Gempar: Bayi Baru Lahir Berkata-Kata Muncul Di Pahang!! Oleh Cucu Mat Kilau Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Alkisah, maka hebohlah diperkatakan orang di negeri Cucu Pahang Darul Makmur ini, perihal seorang bayi yang baru lahir...tiba-tiba boleh berkata-kata. Cerita ini tersebar luas dan sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Cuma mungkin ada beberapa pihak yang hairan, kenapakah cerita ini tidak disiarkan atau menjadi tajuk utama akhbar-akhbar arus perdana di negara kita? Apakah benar kejadian ini... Dan apakah mungkin ianya hanya rekaan sesetengah pihak?
Cucu tidak mahu untuk mengiyakan... atau menidakkan kejadian sensasi ini. Kerana sesungguhnya segalanya yang berlaku, andainya benar... Ia jelas menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Kita sebagai hambaNya, perlu menerima semua ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk melihat kejadian ini ketika kita masih lagi menghirup udara segar di bumi yang tercinta ini. Bagaimana dengan orang-orang yang terdahulu, yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Menurut laporan yang Cucu terima peristiwa ini berlaku di sebuah hospital di negeri ini. Khabarnya, salah seorang ibu yang sarat mengandung telah dibawa masuk ke bilik bersalin oleh para jururawat. Alkisah semasa diusung telah banyak kejadian yang agak ganjil berlaku, namun para jururawat tidak dapat menjangka satu kejadian yang lebih aneh akan terjadi selepas itu.
Setelah beberapa ketika berhempas pulas untuk melahirkan anak tersebut, maka lahirlah seorang anak kecil yang amat comel sekali paras rupanya (Ini dijelaskan oleh jururawat yang menyambut kelahiran anak tersebut). Apa yang mengejutkan di tapak tangan bayi tersebut kelihatan kalimah ALLAH dan MUHAMMAD. Mungkin sekiranya jururawat terbabit mempunyai telefon kamera gambar tersebut boleh dirakamkan.
Menurut laporan tersebut lagi, ketika selang beberapa ketika selepas dilahirkan... tiba-tiba jururawat terbabit menyaksikan satu kejadian yang aneh lagi menggemparkan. Kedengaran suara halus dari mulut bayi tersebut yang antara lain mengatakan "Tidak lama lagi satu malapetaka yang lebih besar dari Tsunami akan melanda negara ini".
Begitulah antara perkataan yang sempat didengari oleh jururawat terbabit, dan akibat terkejut dengan anak kecil yang berkata-kata itu ibu bayi tersebut telah menghembuskan nafas terakhir ketika itu juga. Begitulah kisahnya. Cucu hanya menyampaikan dari apa yang Cucu dengari, dan sememangnya kisah ini telah menjadi bualan ramai orang di negeri ini. Malahan Cucu mendapat laporan pihak media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian juga telah menerima berita tersebut, Cuma mereka tidak dibenarkan mengeluarkan berita tersebut kerana dikhuatiri menimbulkan masalah kepada semua pihak.
Persoalannya di sini, andai kata kejadian ini adalah benar maka seharusnya ia perlu dihebahkan kepada umum. Tambahan pula dengan status negara ini sebuah negara Islam. Ia sekurang-kurangnya akan menginsafkan pihak kerajaan agar lebih berhati-hati dalam melaksanakan amalan Islam di negara ini.
Kisah bayi berkata-kata sebelum ini pernah Cucu dengari dari Ustaz-Ustaz yang mengajar Cucu di sekolah agama dulu. Ia berlaku kepada Nabi Allah Isa a.s.
Seingat Cucu setelah heboh perihal ibu Nabi Isa a.s iaitu Mariam melahirkan anak tanpa bapa, maka ramailah penduduk dari jauh dan dekat datang berduyun-duyun untuk menyaksikan sendiri bayi yang dilahirkan oleh Mariam itu. Mereka inginkan bukti dan kebenaran, bagaimana Mariam boleh melahirkan anak tanpa bapa seperti orang lain? Mariam diejek dan ditohmah oleh kaumnya, kononnya beliau telah melakukan kemungkaran dan perzinaan hingga melahirkan anak. Oleh kerana tidak tahan dengan ejekan dan tohmahan tersebut.
Akhirnya Mariam berdiri mengambil anak bayinya itu, lalu berkata kepada mereka: "Ini adalah anakku, tanyakanlah kepadanya hakikat kejadian yang sebenarnya, yang tuan-tuan tanyakan itu." Orang ramai hairan dan tercengang mendengarkan jawapan Mariam yang tidak masuk akal itu. Mereka lalu berkata: Bagaimana kami dapat berbicara dengan bayi yang masih dalam ayunan itu?
Mendengar ejekan yang berturut-turut itu, lalu Allah memperlihatkan kekuasaanNya untuk mukjizat yang sebesar-besarnya bagi bayi yang bernama Isa al-Masihi itu di kala besarnya. Di saat itulah bayi Isa a.s. yang masih kecil itu berkata dengan terang kepada orang banyak: “Sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah, akan diberinya kepadaku sebuah Kitab (Injil) dan dijadikanNya aku seorang Nabi. DijadikanNya aku seorang yang berguna buat manusia di mana aku berada, diwasiatkanNya kepadaku berbuat dan mengerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat selama aku hidup. Dan aku berbakti kepada ibuku, tidaklah aku dijadikan Tuhan seorang yang sombong dan derhaka. Selamatlah diriku ketika aku dilahirkan dan ketika aku mati dan ketika aku kembali hidup."
Setelah mendengar ucapan itu barulah sebahagian orang ramai itu insaf dan percaya, yakin akan kesucian Mariam, akan kebesaran dan keagungan bayi yang baru lahir itu. Khabar kesucian dan keagungan bayi itu pun tersiarlah ke mana-mana, sehingga setiap orang menunggu-nunggu akan besarnya anak itu, sebagai seorang Utusan Allah (Rasul) buat mereka.
Melihat kepada kejadian yang berlaku kepada Nabi Isa a.s ini, maka tidak mustahil ianya akan berlaku hari ini. Segalanya terletak di tangan Allah SWT. Kita sebagai hambaNya perlulah menerima segala kejadian ini dengan penuh ketakwaan dan keinsafan.
Sebelum ini pernah berlaku peristiwa "Mayat menjadi Babi" yang akhirnya membawa kepada pemecatan Ustaz Kamal Ashaari. Memang apa yang mustahil ini amat memeranjatkan kita semua. Tetapi andainya benar peristiwa "Bayi baru lahir dan boleh berkata-kata seperti yang dilaporkan itu" Cucu nampak benar ini adalah satu petunjuk dari Allah SWT buat hambaNya.
Mungkin Allah murka dengan apa yang berlaku di negara Islam Hadhari Malaysia ini. Peristiwa Tsunami 26 Disember 2004 itu sepatutnya dijadikan iktibar agar manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Namun bagi kerajaan Malaysia hari ini, mereka masih mempermain-mainkan dan mempersenda-sendakan Islam itu sendiri. Hingga akhirnya kaum Kafir sudah tidak segan silu lagi untuk menghina agama Islam di negara ini.
Pemimpin Islam Hadhari di negara ini kononnya memandang Islam di dunia dihina dan diperkotak-katikkan oleh Amerika dan bangsa Yahudi. Walhal, di negara sendiri lebih teruk dari itu. Islam dicemari secara halus dengan ideologi Yahudi. Penganjuran konsert-konsert, program-program hiburan serta aktiviti-aktiviti mungkar yang langsung tidak menjurus kepada Islam sebenar seperti apa yang dikehendaki oleh Allah amat jelas di negara ini.
Atas nama Hadhari, Islam kononnya terbahagi dua.. dunia dan akhirat. Kejarlah dunia secukup-cukupnya... Pulunlah dunia secukup-cukupnya, akhirat lain cerita. Justeru itulah mereka-mereka rela menganjurkan apa sahaja program yang berunsur maksiat demi membawa lebih ramai pengikut untuk sama-sama menjadi alpa dan berada di dunia khayalan. Hingga mereka terusan menolak apa sahaja peraturan yang berkaitan dengan Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku baru-baru ini. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menggunakan kuasanya untuk mengkaji dulu keperluan menghentikan acara hiburan waktu solat, cara berpakaian lebih sopan dan sebagainya. Sedangkan arahan tersebut dikeluarkan oleh pihak JAKIM iaitu jabatan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia sendiri dalam memajukan Islam di negara ini. Apakah maknanya semua ini?
Maka tidak hairanlah kita, hari demi hari semakin banyak kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini. Kejadian bunuh, rogol, samseng, gaduh, pelacuran, dadah dan sebagainya semakin cepat membiak setelah Islam Hadhari dilancarkan. Apakah kita ingin terus melihat negara ini terus hanyut dengan agenda jahat puak-puak Islam Hadhari ini? Marilah sama-sama kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku hari ini. Jadikan ia sebagai sempadan dan teladan untuk kita mengembalikan kegemilangan Islam sebenar di muka bumi ini.
P/S: Cucu menantikan maklumat lanjut mengenai isu "BAYI BERKATA-KATA". Kepada pembaca yang mengetahui lebih lanjut berita ini dan mengenali individu yang terlibat harap dapat memaklumkan kepada Cucu. Harap Maklum
"Keadilan Untuk Semua, Teruskan Agenda Perubahan Demi Agama Bangsa Dan Negara"
Salam Perjuangan,
CUCU MAT KILAU Anak Watan Jengka Pahang DM cmk_pahang@yahoo.co.uk http://www.cucumatkilau.cjb.net http://cucumatkilau.blogdrive.com/
__________________
Got something to advertise? Come on get me..... I`ve got many hosting & template for ASP.Net try your luck!
assalamualaikum...buatpa mau pelik benda2 lagu tu...qada' dan qadar kita takbleh ragu2...dosa. kalau dikata benda tu betui alhamdulillah la sekurang2nya tambah lagi tanda2...kot tak betui tu tak tau la lagu mana...apa2 jadi pun mau takmau kita kena jugak tanggung.tapi jgn dok risaula slagi lidah boleh lafaz kalimahsyahadah...apapun terima kasih dgn berita sedara ok..assalamualaikum...sbh3rdjunction.
Allahuakbar..allah menentukan kita hanya merancang..allah boleh jatuhkan bala pada bila2 masa..kita tidak dpt larikan dari semua itu..sama juga seperti bayi berkata2 ini..mungkin itu adalah petanda yg amat penting kepada manusia..