>> Sahabat sekalian, >> >> Sempena Ramadan al-Mubarak, mari kita hayati satu kejadian benar yang >> berlaku baru-baru ini. >> >> Kita semua sedia maklum bahawa Almarhum Raja Fahd, Raja Arab Saudi >> telah mangkat baru-baru ini (innalillah...). Lazimnya, >> pengkebumian keluarga diraja tentulah dengan penuh kemewahan >> dan 'high class'. Pengkebumian Raja Fahd telah ditayangkan secara >> langsung melalui TV ke seluruh dunia,terutamanya ke negara Islam >> dan negara sekutu Arab Saudi. >> >> Ini cerita benar yang saya dengar sendiri dari seorang Imam. Malah >> telah keluar dalam beberapa majalah/surat khabar mengenainya. Ramai >> penduduk dunia telah menyaksikan pengkebumian Almarhum dan turut >> menyaksikan pengkebumian Almarhum Raja Fahd adalah warga Itali. >> Seorang timbalan paderi(dikatakan paderi nombor dua di Itali) >> juga telah menyaksikan bagaimana keranda Raja Fahd telah diusung >> ke masjid untuk disolatkan dan diusung pula ke tanah perkuburan. >> >> Setelah menyaksikan solat jenazah dilakukan dan pengkebumian Almarhum >> Raja Fahd, timbalan paderi dengan serta merta telah menaruh niat untuk >> memeluk Islam dan laporan mengatakan beliau telah pun memeluk Islam. >> Perkara >> ini telah diceritakan dan disahkan sendiri sendiri oleh bekas paderi dan >> bekas kristian ini kepada suatu majalah.Bagi yang rajin melayari > internet, >> cubalah cari artikel ini dan edarkan kepada semua. >> >> SubahanAllah. Apakah yang sebenarnya menyebabkan terbuka hati beliau >> untuk menerima Islam? Ingin saya jelaskan perkara ini telah saya dengar >> dari >> kuliah sebelum solat Juma'at yang lalu. >> >> Bekas paderi ini telah memerhatikan dengan teliti pengekebumian >> Almarhum dan sambil membuat penilaian sendiri. Beliau merasa kagum >> kenapa >> Almarhum Raja Fahd dibalut dengan kain putih (kapan) biasa sahaja >> padahal >> dia >> adalah Raja Arab Saudi, negara minyak terkaya di dunia? Jenazah baginda >> juga >> diusung dengan pengusung biasa sahaja bukan peti mayat yang berharga >> beribu-ribu! >> >> Lebih menambahkan kekaguman dia adalah apabila melihat kejadian yang >> seterusnya. Semasa jenazah baginda Raja Fahd diusung masuk ke masjid >> untuk disolat jenazah, kebetulan ada seorang rakyat biasa telah >> meninggal >> dan hendak juga disolatkan. Bekas paderi ini hairan dan tersentak >> melihat >> jenazah rakyat biasa ini juga diusung bersama dengan jenazah Raja >> Fahd. Ditempatkan bersebelahan di masjid dan solat jenazah telah > dilakukan >> sekaligus untuk kedua-dua jenazah! MasyAllah!. Saya sendiri hairan dan >> rasa teringin pula melihat semula pengkebumian tersebut. >> >> Lebih mengejutkan bekas paderi ini dan saya sendiri apabila jenazah >> rakyat biasa ini telah turut diusung keluar bersama dengan jenazah >> Almarhum >> Raja Fahd dan dikebumikan diperkuburan yang sama. Allahu Akbar. >> >> Maka berkata bekas paderi ini, inilah sebenar-benar agama yang tidak >> membezakan jenazah rakyat biasa dengan jenazah keturunan Raja. >> Dikatakan bekas paderi ini telah memeluk Islam. Jelaslah kepada kita, >> hidayah >> itu Allah yang beri dan kita perhatikan bagaimana seorang paderi Roman >> Katolik (mazhab kristian yang paling fanatik) boleh menerima Islam tidak >> lain >> kerana Hidayah yang dari Allah. >> >> Menyingkap Riwayat Nabi Musa a.s. kita teringat bagaimana Musa yang >> dibela oleh Fira'un menjadi Nabi dan Rasul tetapi Musa (Samiri) yang >> dibela >> oleh Jibrail a.s. telah mati dalam kekafiran tidak lain kerana Hidayah >> Allah SWT. Kita teringat bagaimana anak Nabi Nuh tidak mahu naik bahtera >> dan >> lemas dalam kekafiran dan isteri Nabi Luth mati dalam kemunafikan. >> Lebih dasyat lagi bagaimana mungkin bapa saudara Nabi Agung SAW sendiri >> tidak mahu mengucap sahadah walaupun yang mengajarnya adalah Nabi SAW >> sendiri bukan kerana apa tidak dapat Hidayah Allah SWT padahal kita tahu >> jasa >> Abu Thalib terhadap Nabi SAW lebih hebat dari kalangan sahabat!! >> >> Rakan-rakan mari kita berdoa supaya Allah SWT memberikan Hidayah ini >> kepada kita, suami/isteri kita dan anak-anak, cucu-cicit dan seluruh >> generasi >> kita serta saudara semuslim kita tidak lupa kepada mereka yang masih > dalam >> kegelapan supaya kita tidak kerugian di dunia dan akhirat. >> >> Allahu'alam. >>