Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: HIDAYAH...


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:
HIDAYAH...


>> Sahabat sekalian,
>>
>> Sempena Ramadan al-Mubarak, mari kita hayati satu kejadian benar yang
>> berlaku baru-baru ini.
>>
>> Kita semua sedia maklum bahawa Almarhum Raja Fahd, Raja Arab Saudi
>> telah mangkat baru-baru ini (innalillah...). Lazimnya,
>> pengkebumian keluarga diraja tentulah dengan penuh kemewahan
>> dan 'high class'. Pengkebumian Raja Fahd telah ditayangkan secara
>> langsung melalui TV ke seluruh dunia,terutamanya ke negara Islam
>> dan negara sekutu Arab Saudi.
>>
>> Ini cerita benar yang saya dengar sendiri dari seorang Imam. Malah
>> telah keluar dalam beberapa majalah/surat khabar mengenainya. Ramai
>> penduduk dunia telah menyaksikan pengkebumian Almarhum dan turut
>> menyaksikan pengkebumian Almarhum Raja Fahd adalah warga Itali.
>> Seorang timbalan paderi(dikatakan paderi nombor dua di Itali)
>> juga telah menyaksikan bagaimana keranda Raja Fahd telah diusung
>> ke masjid untuk disolatkan dan diusung pula ke tanah perkuburan.
>>
>> Setelah menyaksikan solat jenazah dilakukan dan pengkebumian Almarhum
>> Raja Fahd, timbalan paderi dengan serta merta telah menaruh niat untuk
>> memeluk Islam dan laporan mengatakan beliau telah pun memeluk Islam.
>> Perkara
>> ini telah diceritakan dan disahkan sendiri sendiri oleh bekas paderi dan
>> bekas kristian ini kepada suatu majalah.Bagi yang rajin melayari
> internet,
>> cubalah cari artikel ini dan edarkan kepada semua.
>>
>> SubahanAllah. Apakah yang sebenarnya menyebabkan terbuka hati beliau
>> untuk menerima Islam? Ingin saya jelaskan perkara ini telah saya dengar
>> dari
>> kuliah sebelum solat Juma'at yang lalu.
>>
>> Bekas paderi ini telah memerhatikan dengan teliti pengekebumian
>> Almarhum dan sambil membuat penilaian sendiri. Beliau merasa kagum
>> kenapa
>> Almarhum Raja Fahd dibalut dengan kain putih (kapan) biasa sahaja
>> padahal
>> dia
>> adalah Raja Arab Saudi, negara minyak terkaya di dunia? Jenazah baginda
>> juga
>> diusung dengan pengusung biasa sahaja bukan peti mayat yang berharga
>> beribu-ribu!
>>
>> Lebih menambahkan kekaguman dia adalah apabila melihat kejadian yang
>> seterusnya. Semasa jenazah baginda Raja Fahd diusung masuk ke masjid
>> untuk disolat jenazah, kebetulan ada seorang rakyat biasa telah
>> meninggal
>> dan hendak juga disolatkan. Bekas paderi ini hairan dan tersentak
>> melihat
>> jenazah rakyat biasa ini juga diusung bersama dengan jenazah Raja
>> Fahd. Ditempatkan bersebelahan di masjid dan solat jenazah telah
> dilakukan
>> sekaligus untuk kedua-dua jenazah! MasyAllah!. Saya sendiri hairan dan
>> rasa teringin pula melihat semula pengkebumian tersebut.
>>
>> Lebih mengejutkan bekas paderi ini dan saya sendiri apabila jenazah
>> rakyat biasa ini telah turut diusung keluar bersama dengan jenazah
>> Almarhum
>> Raja Fahd dan dikebumikan diperkuburan yang sama. Allahu Akbar.
>>
>> Maka berkata bekas paderi ini, inilah sebenar-benar agama yang tidak
>> membezakan jenazah rakyat biasa dengan jenazah keturunan Raja.
>> Dikatakan bekas paderi ini telah memeluk Islam. Jelaslah kepada kita,
>> hidayah
>> itu Allah yang beri dan kita perhatikan bagaimana seorang paderi Roman
>> Katolik (mazhab kristian yang paling fanatik) boleh menerima Islam tidak
>> lain
>> kerana Hidayah yang dari Allah.
>>
>> Menyingkap Riwayat Nabi Musa a.s. kita teringat bagaimana Musa yang
>> dibela oleh Fira'un menjadi Nabi dan Rasul tetapi Musa (Samiri) yang
>> dibela
>> oleh Jibrail a.s. telah mati dalam kekafiran tidak lain kerana Hidayah
>> Allah SWT. Kita teringat bagaimana anak Nabi Nuh tidak mahu naik bahtera
>> dan
>> lemas dalam kekafiran dan isteri Nabi Luth mati dalam kemunafikan.
>> Lebih dasyat lagi bagaimana mungkin bapa saudara Nabi Agung SAW sendiri
>> tidak mahu mengucap sahadah walaupun yang mengajarnya adalah Nabi SAW
>> sendiri bukan kerana apa tidak dapat Hidayah Allah SWT padahal kita tahu
>> jasa
>> Abu Thalib terhadap Nabi SAW lebih hebat dari kalangan sahabat!!
>>
>> Rakan-rakan mari kita berdoa supaya Allah SWT memberikan Hidayah ini
>> kepada kita, suami/isteri kita dan anak-anak, cucu-cicit dan seluruh
>> generasi
>> kita serta saudara semuslim kita tidak lupa kepada mereka yang masih
> dalam
>> kegelapan supaya kita tidak kerugian di dunia dan akhirat.
>>
>> Allahu'alam.
>>



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

tq for information.bagus bro...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard