Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana majlis telah berjalan dengan tenang dan lancar.
Setinggi tinggi tahniah ke atas YB Dato Presiden, yang juga selaku Pengerusi Masjid Keramat serta Kekanda Gleme, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan.
Turut Hadir dan menyampaikan ucapan dalam Majlis itu ialah YB Dato Hj Astaman, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta beberapa ayahanda Penasihat dan Abang Long Penyelia Pekida Malaysia.
Berita Penuh akan di sampaikan oleh kanda Zack Bikers sebentar lagi.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana majlis telah berjalan dengan tenang dan lancar. Setinggi tinggi tahniah ke atas YB Dato Presiden, yang juga selaku Pengerusi Masjid Keramat serta Kekanda Gleme, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan. Turut Hadir dan menyampaikan ucapan dalam Majlis itu ialah YB Dato Hj Astaman, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta beberapa ayahanda Penasihat dan Abang Long Penyelia Pekida Malaysia. Berita Penuh akan di sampaikan oleh kanda Zack Bikers sebentar lagi. Gambar kenangan di alamat www.pekida.org/sumbangan.htm
tahniah dari saya juga.
alhamdulillah syukur... program yang baik di bulan yg baik...
Sedih rasanya tak dapat memenuhi permintaan YB Dato Presiden utk berbuka posa sama, sebab terpaksa meneruskan program lain yg telah di atur lebih awal...
Alhamdulillah pada 16 Oktober 2005 bersamaan hari Ahad pada jam 5 petang selepas solat Asar, telah berlangsung Majlis Penyampaian Derma untuk Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Kariah Masjid Al-Akram Dato Keramat. Majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) melalui Pekida Wilayah Persekutuan itu telah di sempurnakan oleh ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz. Turut menyampaikan sumbangan dan ucapan ialah Presiden Pekida sendiri iaitu Senator Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad yang bertindak sebagai pengerusi Masjid Al-Akram. Bersama-sama mengiringi ialah Ayahanda Paduka Hj. Abd. Malek bin Ranting, Tuan Hj. Che Mat Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kekanda Dr. Masjuki, Kekanda Hatta, Kekanda Glamey, serta adik-adik RND Pekida Pusat.
Setiap anak-anak yatim menerima buku simpanan bank dengan sejumlah wang serta makanan. Ini adalah bagi memupuk semangat menabung. Pekida juga turut menyampaikan sumbangan khas bagi ahli-ahli Pekida di mana salah seorang penerima merupakan anak allahyarham Ismail Din yang baru meninggal dunia baru-baru ini. Para ibu tunggal juga turut tidak dilupakan bagi menerima sumbangan.
Program seumpama ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) amat bermakna dan sejajar dengan tanggungjawab Pekida sebagai NGO prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan kaum Melayu dan umat Islam khasnya. Tahniah kepada Presiden Pekida Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad dan individu-individu yang terlibat dalam usaha murni ini.
Nak rasanya bersama-sama RND, tapi masa tak ada. Sibuk dengan kerja. Insyaallah kalau ada kelapangan nanti, akan tercapai hasrat saya. Seronok tengok disiplin RND.
zunnur wrote: semoga yang baik berterusan bro zunnur... macam pernah kudengar ayat ini... tapi di mana erkk? Apa pun tahniah kuucapkan.. harap-harap agar diteruskan lagi program-program seperti ini di lain masa....
sama sama kita doakan... jangan sama sama kita matikan usaha yang murni ini ...!
pekida wrote: Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana majlis telah berjalan dengan tenang dan lancar. Setinggi tinggi tahniah ke atas YB Dato Presiden, yang juga selaku Pengerusi Masjid Keramat serta Kekanda Gleme, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan. Turut Hadir dan menyampaikan ucapan dalam Majlis itu ialah YB Dato Hj Astaman, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta beberapa ayahanda Penasihat dan Abang Long Penyelia Pekida Malaysia. Berita Penuh akan di sampaikan oleh kanda Zack Bikers sebentar lagi.
Gambar kenangan di alamat www.pekida.org/sumbangan.htm