Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KL mahu Bangkok henti tuduhan


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
KL mahu Bangkok henti tuduhan


 


KUALA LUMPUR: Malaysia mahu Thailand menghentikan tuduhan yang dilemparkan berhubung isu di selatan negara itu kerana negara ini ‘sudah tidak larat’ melayan kerenah Bangkok.




 


Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata Malaysia tahu bagaimana untuk mengurus hubungan luar negara dan tidak akan mengajar Thailand bagaimana untuk berbuat demikian.

“Saya minta Thailand supaya tak payah buat tuduhan kepada kita kerana kita akan uruskan dasar luar kita mengikut apa yang kita fikir tepat dan sesuai dengan kepentingan Malaysia,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas tuduhan rakan sejawatannya dari Thailand, Kantathi Supamongkhon bahawa Malaysia memberi pandangan negatif berhubung pendekatan kerajaannya mengendalikan konflik di wilayah selatannya.

Katanya, sebagai negara berjiran hubungan dua hala di antara Malaysia dan Thailand tidak sepatutnya disandarkan sesuatu isu semata-mata.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra bahawa negaranya mendapat cukup sokongan bagi calon untuk jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Syed Hamid berkata, Malaysia tumpang bergembira dengan kejayaan itu.

Katanya, Malaysia adalah antara negara pertama menyokong usaha Thailand dan sebagai negara Asean sokongan itu tidak pernah pudar.

“Saya ucapkan tahniah kepada Thailand kalau ia sudah pasti. Thailand adalah calon dari Asean, tak ada sebab untuk kita tidak puas hati.

“Itu pendirian Asean, saya yang mempengerusikan mesyuarat untuk memperkenalkan calon dari Thailand di PBB baru-baru ini. Asean sebulat suara menyokong, tak ada negara yang berbeza pendapat, malah Malaysia awal-awal lagi memberi sokongan kepada Thailand,” katanya.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

sikap bangkok tidak sihat dalam hubungan dua hala thailand n malaysia

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Bangkok yang bengkok? :P

__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard