Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Konvoi Amal Ramadhan 2005


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Konvoi Amal Ramadhan 2005


Assalamualaikum...///


Dimaklumkan RD CLUB, salah satu sayap kanan Pekida seperti yang diiktiraf Dato Presiden akan mengadakan Ride Amal Ramadhan 2005. Motif konvoi adalah untuk mengadakan konvoi motor sambil menyumbang dan melawat golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadhan ini. Aturcara program bermula di Dataran Merdeka (hadapan Muzium Sejarah Kuala Lumpur) pada 23 Oktober 2005 (Ahad) bermula jam 12 tengahari dan berakhir di Maju Junction (Mawar Biru Cafe) untuk berbuka puasa.


Beminat untuk menyertai, sila hubungi Zack di talian 012-6931005. Kereta dan motorsikal di alu2kan.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

insyaallah kalu tak ada program..nak tanya sikit konvoi amal untuk siapa?anak yatim ,fakir miskin atau sebagainya....berapa nak collect R.M. maaf kalu bertanya lebih2 bukan apa nak call peripid dah abis...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Konvoi itu untuk 2 buah rumah anak yatim di Danau Kota dan Bandar Tun Razak, sepasang suami isteri warga emas di Cheras Baru dan seorang makcik warga emas di Sentul.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Olin wrote:


insyaallah kalu tak ada program..nak tanya sikit konvoi amal untuk siapa?anak yatim ,fakir miskin atau sebagainya....berapa nak collect R.M. maaf kalu bertanya lebih2 bukan apa nak call peripid dah abis...


dah elok lah tuuu...


dua taiko superbike dan kelab motor bertemu. gabungkan keduanya jadi satu, satu matlamat, satu tujuan... dua baju tak apa lah... jum ajak ramai ramai.


 


p/s: dok tunggu ninja kanda mas repair tak siap siap... kalo tak boleh gak tumpang join sama...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...


Alhamdulillah program berjalan lancar. Peserta-peserta konvoi telah bersedia di Dataran Merdeka dengan jentera masing-masing tepat jam 2 petang lagi. Dengan diiringi sebuah kereta pengiring, konvoi bergerak menuju ke Sentul bagi melawat makcik Fatimah, warga emas yang tinggal sebatang kara. Setelah beramah mesra dan menyampaikan sedikit sumbangan, konvoi bergerak ke Danau Kota bagi melawat Asrama Anak-anak Yatim Nur Iman juga bagi menyampaikan sumbangan dan beramah mesra dengan anak-anak yatim di asrama tersebut.


Laporan dan gambar bakal menyusul nanti.


Terima kasih kepada Dato Presiden dan Abg Long Dr. Masjuki atas restu dan sokongan kepada program ini.


Zackbikers



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

Setinggi tinggi tahniah buat kanda zack bikers dan RD club...

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

BERITA PENUH :


 


Konvoi Amal Ramadhan RD CLUB 2005

Pada 23 Oktober 2005 yang lepas, RD Club atas rasa keinsafan telah mengadakan konvoi amal bermotor sempena bulan Ramadhan. Konvoi ini diadakan bagi Tepat jam 2 petang, peserta-peserta konvoi sudah mula berkumpul di Dataran Merdeka.

Pada 23 Oktober yang lalu, seramai 10 orang ahli RD CLUB yang datang telah mula berkumpul di Dataran Merdeka bagi menjayakan program amal yang dinamakan Program Amal Ramadhan RD CLUB. Tepat jam 2 petang, konvoi RD CLUB telah bertolak ke Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur bagi menziarahi makcik Fatimah yang tinggal berseorangan. Kedatangan konvoi sepuluh buah motorsikal di perkampungan itu menarik perhatian penduduk-penduduk terutama kanak-kanak.

Makcik Fatimah merupakan mualaf dan kehilangan suaminya, allahyarham Hassan 41 tahun dahulu. Melihatkan rumah makcik Fatimah yang daif itu, timbul rasa simpati pada diri kami. Dengan rumah beliau yang atapnya telah pecah dan bocor, bilik air yang tidak selesa serta dinding zink belakang yang telah roboh membuatkan kami bagaikan tidak percaya yang rumah tersebut terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandaraya bertaraf dunia. Makcik Fatimah yang terharu mengalirkan air mata melihatkan kehadiran kami. Mujurlah makcik Fataimah mempunyai jiran yang bersimpati iaitu sebuah keluarga rakyat Myanmar yang simpati dengan beliau. Keluarga Myanmar tersebut turut menjaga dan memberi tempat berteduh pada makcik Fatimah ketika siang hari. Malah anak tunggal keluarga Myanmar tersebut yang berumur 4 tahun amat manja dengan makcik Fatimah. Setelah berbual dan bertanya khabar dengan makcik Fatimah, Presiden RD CLUB Azhanyzam Zakarai menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk beras, gula dan tepung untuk kegunaan di Hari Raya yang bakal menjelma.

Setelah itu, konvoi RD CLUB bergegas ke Danau Kota di Jalan Bakubang bagi melawat Asrama Anak Yatim Nur Iman. Rumah anak-anak yatim, mualaf dan anak orang-orang asli itu di seliakan oleh Ustazah Sharimah dan menampung seramai 45 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Setelah bertanya khabar dan berbual dengan Ustazah Sharimah, kami menghulurkan juga sedikit sumbangan berbentuk beras, gula dan tepung sebelum meminta diri memandangkan waktu berbuka hampir tiba. Anak-anak yatim yang mulanya agak malu untuk bergambar akhirnya sudi bergambar setelah diajak berkali-kali oleh ahli-ahli RD CLUB.

Setelah itu, konvoi RD CLUB ke sebuah restoran berdekatan Maju Junction untuk berbuka puasa beramai-ramai. Menurut Presiden RD CLUB, Azhanyzam Zakaria, konvoi tersebut berjaya terlaksana dengan jayanya. Lebih-lebih lagi dengan sokongan daripada Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik Kuala Lumpur serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan. Malah kata-kata Presiden Pekida, Dato Dr. Mohd. Fuad kepadanya baru-baru ini yang mahukan lebih ramai anak-anak muda terlibat dengan kerja amal dan kebajikan serta menjauhi gejala sosial dijadikan azam dan pegangan untuk dilaksanakan oleh RD CLUB. Walaupun kos konvoi ini diperolehi daripada hasil kutipan derma ahli-ahli RD CLUB, dan tidak banyak, namun usaha, semangat dan keikhlasan ahli-ahli RD CLUB ini patut dipuji.

Dan RD CLUB tidak sabar menunggu untuk mengadakan program amal dan kebajikan yang akan datang kerana aktiviti-aktiviti tersebut sudah sebati dan menjadi kebiasaan dalam program RD CLUB walaupun untuk mengharap orang ramai sama-sama membantu sahaja agak sukar. Kadang-kadang agak sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai sanggup berbelanja berhabisan untuk persiapan Hari Raya, tetapi kedekut untuk menghulurkan sedikit wang bagi golongan kurang bernasib baik.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

Syabas diucpkn kpd semua yg terlibat...
kerja-kerja amal yg patut diteruskan utk masa-masa akan dtng...

__________________
zack@Aboy


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Gambar-gambar program


Klik>


http://www.clubphoto.com/reward.php?id=3796625&mid=members7_zackbikers 933096&pwd=

http://rdclub.fotopages.com/?entry=612326&back=http://rdclub.fotopages.com/?page=2

-- Edited by zackbikers at 11:59, 2005-10-27

-- Edited by zackbikers at 09:43, 2006-04-17

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

Akum...///


Tahniah brader Zack. Ade juga mat mat motor Pekida yang jadi contoh. Daripada jadi mat rempit yang tak berguna. Usaha yang amat dibanggakan. Teruskan.



__________________
Thunder...Thunder....Thundercat!


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

thundercat wrote:


Akum.../// Tahniah brader Zack. Ade juga mat mat motor Pekida yang jadi contoh. Daripada jadi mat rempit yang tak berguna. Usaha yang amat dibanggakan. Teruskan.


yezzzzsss... itu lah yg baik sekali... tahniah bro Zack. u r our HERO...


p/s: nak salinan video masa kuar kat NTV7 tu boleh ke Zack? PM saya ok?



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

LangBuana wrote:


thundercat wrote: Akum.../// Tahniah brader Zack. Ade juga mat mat motor Pekida yang jadi contoh. Daripada jadi mat rempit yang tak berguna. Usaha yang amat dibanggakan. Teruskan. yezzzzsss... itu lah yg baik sekali... tahniah bro Zack. u r our HERO... p/s: nak salinan video masa kuar kat NTV7 tu boleh ke Zack? PM saya ok?


Terima kasih semua. Copy video NTV7? Saya pun nak jugak sebenarnya. Dah minta dan tulis surat kat NTV7, tapi senyap jer.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard