SONY (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan pemain semula muzik MP3 dalam siri inovatif NW-E300 yang lebih dikenali dengan nama ‘Walkman Bean’.
Berasaskan sistem storan memori pantas, ia menggabungkan reka bentuk ergonomik seperti biji kacang dengan ciri mesra pengguna.
Didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu hitam, biru, putih dan merah jambu, berat model ini hanya 45 gram dan direka khusus untuk kesesuaian dipakai (digantung) atau dipegang saja.
Peranti kecil molek yang memikat mata memandang ini ialah pemain audio digital lengkap dengan jek USB pop-up, yang mana ia boleh terus dicucuk pada pelabuh USB pada PC pengguna untuk memindah turun lagu.
Kekunci ‘jog’nya pula membolehkan pengguna melaras atau mencari lagu kegemaran dengan hanya sebelah tangan.
Dilengkap juga dengan skrin pemapar satu baris ‘Organic Electroluminescene’ (OEL) dan operasi walkman ‘biji kacang’ ini dikuasai oleh bateri ion litium yang boleh memberi tenaga sehingga 50 jam waktu memainkan lagu (bergantung kepada cara penggunaan).
Baterinya adalah dari jenis yang pantas dicas semula atau tempoh cas tiga minit boleh memberi tenaga sehingga tiga jam.
Dua pilihan ditawarkan dalam siri ini iaitu NW-E305 dengan kapasiti memori 512 MB dijual pada harga RM499 dan NW-307 berkapasiti 1 GB berharga RM599. Kedua-duanya menyokong format muzik ATRAC3plus dan