Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kerjasama bantu pelajar Felda tercicir akademik


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Kerjasama bantu pelajar Felda tercicir akademik


KLUANG 21 Okt. - Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan pengurusan Felda untuk mengesan dan membantu pelajar di tanah rancangan yang tercicir dalam bidang akademik.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun banyak generasi kedua Felda berjaya dalam pelbagai bidang tetapi masih ramai yang tercicir serta terjebak dengan gejala negatif.

Menurutnya, peranan Felda dan masyarakat peneroka penting kerana mereka memiliki maklumat lebih lengkap berbanding Kementerian Pelajaran berhubung latar belakang keluarga dan pelajar. ``Ini memudahkan Felda mengesan mereka dan kementerian akan memberi bantuan sewajarnya untuk membantu golongan yang tercicir ini,'' katanya.

Hishammuddin menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri bagi pihak Felda RM350 kepada setiap keluarga peneroka di Felda Bukit Tongkat, dekat sini hari ini.

Sumbangan yang melibatkan 2,285 keluarga peneroka itu berjumlah RM799,750 yang merangkumi empat tanah rancangan Felda iaitu Kahang Timur, Kahang Barat, Hulu Dengar, Hulu Pengeli dan Hulu Belitong. Pada majlis itu juga, 10 anak yatim dari lima Felda tersebut menerima sumbangan hari raya.

Hishammuddin berkata, langkah agensi tersebut mengiktiraf peneroka memiliki anak ramai dan berjaya mendidik mereka melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara perlu dicontohi.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard