Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sukan Untuk Remaja


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Sukan Untuk Remaja


AKTIVITI sukan seperti futsal, bola sepak, tidak terkecuali sukan bola jaring semakin menjadi kegilaan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.

Selain baik untuk kesihatan, aktiviti seumpamanya juga dapat mengelakkan kegiatan tidak sihat kalangan remaja.

Memahami kehendak golongan ini yang suka berfesyen dan bergaya dalam apa juga keadaan, Adidas, jenama pakaian sukan terkemuka antarabangsa memperkenalkan himpunan pakaian sukan yang kasual dan sporty khusus untuk remaja lelaki dan perempuan.

Rekaan bukan sahaja tertumpu kepada potongan terkini tiga dimensi bagi meluaskan lagi pergerakan tubuh sewaktu bersukan, bahkan juga keselesaan si pemakai dengan penggunaan fabrik lembut dan dingin.

Ini sesuai dengan tiga perkara utama yang ditekankan oleh pengasas jenama itu sejak 1920-an lagi, Adolph Dassler, iaitu menghasilkan kasut terbaik untuk bersukan, mengelakkan daripada berlakunya kecederaan dan melahirkan produk tahan lama. Inilah yang ada pada pakaian sukan dan senaman Adidas terkini.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard