GEORGETOWN: Pengulas sukan, Sherkawi Jirim (gambar), 55, didenda RM2,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat.
Teman wanitanya, Nora Hazlinda Zainal Abidin, 26, yang turut mengaku salah, pula didenda RM1,900 atau lima bulan penjara.
Sherkawi dari Subang Jaya, Selangor dan Nora Hazlinda dari Maran, Pahang, didakwa mengikut Seksyen 27 (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 yang boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syarie, Mohd Hanif Omar @ Wahab, di hadapan Hakim Syarie Othman Ibrahim. Pasangan itu ditahan dalam bilik bernombor 1419, Hotel Copthorne Orchid, Jalan Tanjung Bungah, kira-kira jam 9 pagi, 7 September lalu.
Mohd Haniff memberitahu mahkamah, pegawai penguat kuasa agama yang membuat pemeriksaan di bilik itu mendapati seorang lelaki memakai seluar panjang dan singlet manakala teman wanitanya tidur dalam keadaan berbaring di atas katil dengan tubuhnya berselimut.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati perempuan itu hanya memakai seluar pendek dan singlet,” katanya.
apa nak jadi ngan dunia sekarang??syaitan makin lama makin bertambah kuat gelak dan berpesta sedangkan manusia di jalan yg gelap dan sesat..kita tidak boleh biarkan ini berleluasa..apa akan jadi pada generasi akan dtg??apa akan diajar pada mereka??kita sebagai umat islam dan saudara harus mengambil tindakan yg sepatutnya..seelok-eloknya tegur bila nampak yg tidak diingini berlaku..dunia makin tua,manusia makin bersuka-ria,mcm mana jika kita ditanya,apabila sampai masanya??
Syaitan telah bersumpah di hadapan Allah yg ia akan mendatangi anak2 Adam dari hadapan,belakang,kiri dan kanan untuk menyesatkan kita.Terpulang kepada mereka untuk menilai mana yg baik dan buruk
ni la dunia yg penuh ngan syaitan bertopengkan manusia..elakkan semua ni berlaku secepat mungkin sebelum sesuatu yg buruk akan tiba di dunia ini..apa akan jadi selepasnya??wallahualam..
yang lelaki separuh abad si pompuan suku abad... tak sedar diri masing-masing buat maksiat.... apa tak tau ker kiamat dah nak dekat... kalau tak kiamat lagi pun, dah kompem dalam kubur kener sebat...
p/s:semua orang cukup tahu sebatan malaikat zabaniyah cukup hebat...
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2