Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD


Assalamualaikum WBT.

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu
peristiwa yang berlaku
di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat
Solat Tarawih, sama
ada patut dibuat 8 atau 20 rakaat. Suasana begitu tegang sehingga
timbul bahasa-bahasa
yang keras.

<>Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka
yang bertelagah itu,
mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum
menjaga kesatuan
umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga
kesatuan umat islam
adalah wajib.

<>Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan
kesatuan umat islam
yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang
mahu menunaikan 8,
tunaikan 8, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

<>Inilah yang dimaksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang
berperanan sebagai
Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk
mengumpulkan manusia seramai
mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu
akhlak yang diajar oleh
Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai
peristiwa di zaman Nabi
SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand,
Then to be
Understood".

<>Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya
siang malam pagi
petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej
Islam yang kita
cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang
Da'ie tidak melihat
perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau
masalah nas. Masalah yang
berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR.
Ini bukannya masalah
yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas
al-Quran dan Hadith
kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu
menghargai nas al-Quran dan
Hadith.

<>Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak
menyalahkan orang
ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang
asyik menyelesaikan
masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..."

<>Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u
yang diseru, sebelum
dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia
bawa. Mari kita
semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30
minit dan ukurlah
berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah'
kita. Pernahkah kita
menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa
jauhkan kita
mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

<>Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita
yang telah 10 tahun
membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20,
beliau dibesarkan di
Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia
mengajukan soalan kepada
saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't
believe in wearing scarf. If God
doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"
<>

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat,
kenapa tak boleh bela
anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan
jiwa Fiqh otak Da'ie,
mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung,
tujuannya menurut
al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001
penjelasan yang disambut
dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya
akan kagum
dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya
ingat dan bentangkan
dengan fasih!  <>

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya
sebutkan kepada gadis
tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan ke8 dan ke9 kita. Ada
persoalan awal yang
perlu diselesaikan terlebih dahulu".  <>

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.  <>

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.  <>

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di
padang bola tiada tiang
gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa
rasanya kalau awak terlibat
dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

   <>"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.  <>

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu,
tetapi sebenarnya kita
sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada
lubang golf. Kalau
kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus
dan membuat prioriti?
Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan
membuat prioriti, pasti
mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.  <>

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup
awak?", beliau bertanya
lagi.  <>

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang
awak nak capai
dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year",
katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu
tujuan hidup kita. Tapi
bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal,
ketika mereka sampai ke
puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka
masih terus bertanya,
apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang
bunuh diri atau
sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan
ke?", saya bertanya
kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

   <>
"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita
telah ada sebelum kita
lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh
menjawab, mungkin dia
tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang
yang membuat lampu itu
tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi
soalan dan jawapan di
dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan
manusia. Jika mahu
kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia
iaitu Allah. Dan Allah
telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam
Instruction Manual-Nya
yang bernama..."  <>

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis
tersebut mengacukan
soalannya.  <>

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka
mengabdikan diri
kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada
beliau konsep
ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain,
apa sahaja pekerjaan
yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah.
Dan akhirnya saya
membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan
dalam hidup ini, maka
barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita
perlu sembahyang
kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh
setuju dengan kewajipan
sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena
pakai tudung. Jika kita
mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak
mengadap Allah di
dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung
kerana itu kehendak
Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa
Islam tak benarkan kita
bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah
dengan air dan tanah. Tetapi
Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan
memukulnya. Itu semua soal
adat sahaja!"

   <>
Alhamdulillah dalam tempoh 1 jam pertemuan saya dengannya, itulah
hasil perbincangan kami.
Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya
sudah mencuba untuk
menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak
sebaliknya. Gadis itu ada latar
belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan
saya. Kerana itulah
saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia
sebelum memutuskan
apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan
kemarahan atas
provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan
saya sekadar menggelengkan
kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak
sekarang!"

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa
Hasan al-Banna itu,
marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu
"SEEK TO
UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

tq for info..bro...satu info yg berguna..

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

thankz 4 da knwledge...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///
Ja


Senior

Status: Offline
Posts: 108
Date:

Alhamdulillah...........

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

ishhhh!!...pjg btol hujah anda dgn anak gadis tu..kalau saya,saya jawab"Allah ciptakan rambut utk pompuan supaya mereka menjaga dengan menutupnya,kalau Allah jadikan mereka botak,xperlu lah mereka tutup sbb xder ape2 nk ditutup[sambil tersenyum]"


....atau saya akan jawab "kalau anda membeli sebuah kereta dan pembuat kereta tersebut menyuruh anda mengisi air paip dalam tangki minyak petrol,adakah anda akan mengingkarinya walaupon arahan itu tidak logik oleh akal anda??,sesungguhnya Tuhan yg menciptakan anda lebih mengetahui apa yang patut bagi makhluk ciptaanNYA...."



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:

Assalamualikum....


salam///


Amboih pandainyerrrr ko.....


Alhamdulillah....


Harap ramai lagi insan didunia ni cam si azam nih,ha baru lah dapat melahirkan insan mulia.....



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:


Raden wrote:


Assalamualikum.... salam/// Amboih pandainyerrrr ko..... Alhamdulillah.... Harap ramai lagi insan didunia ni cam si azam nih,ha baru lah dapat melahirkan insan mulia.....


baguih dok ada no.. =)



__________________
yusof
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard