Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: formula utk selamatkan GPMS.


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:
formula utk selamatkan GPMS.


Suhaimi, Reezal digesa lupakan hasrat bertanding

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Seruan ke arah menyelamatkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMC) semakin memuncak apabila ahli politik Datuk Suhaimi Ibrahim dan Reezal Marican Naina Merican digesa melupakan sahaja hasrat bertanding jawatan presiden badan itu.


Serahkan sepenuhnya kepada golongan siswa, tegas bekas Setiausaha Pendidikan GPMS (1956-1959), Prof. Datuk Kamarudin Kachar.


``Kedua-dua mereka (Suhaimi dan Reezal) bukan pelajar lagi, tingkah laku mereka hanya akan menjahanamkan GPMS, lupakan sahaja hasrat mempolitikkan badan itu,'' katanya yang menyahut seruan supaya orang politik jangan lagi mengganggu pertubuhan itu.


Beliau berkata, jika kedua-dua pemimpin itu bersedia untuk melaksanakan formula ini, bermakna mereka akan melakukan `pengorbanan suci' untuk kepentingan anak bangsa dalam bidang pendidikan.


Tegas beliau, mereka sepatutnya meletakkan kepentingan anak bangsa dari kepentingan peribadi.


``Namun jika Suhaimi terus mahu mempertahankan jawatan dan Reezal pula bersedia untuk dicalonkan sudah pasti akan berlaku perpecahan kepada Team A dan Team B.


``Justeru dalam mesyuarat pemilihan GPMS akan datang serahkan sahaja kepada perwakilan untuk mencalonkan pemimpin yang berkecuali, sebaik-baiknya cari siswa berpendidikan tinggi dan berkaliber yang masih belajar untuk memimpin seperti tradisi pertubuhan ini dulu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kamarudin mengulas isu kemelut dalam perebutan kepimpinan GPMS kerana Suhaimi enggan berundur dan Reezal pula bersedia untuk menerima pencalonan sebagai presiden pada pemilihan majlis tertinggi pertubuhan itu, Disember ini.


Menurutnya, kemelut perebutan kuasa yang melanda gabungan itu sekarang adalah disebabkan ia dipimpin oleh orang politik dan dipolitikkan.


``Saya amat dukacita dengan kemelut perebutan kuasa dalam kepimpinan GPMS sekarang mengakibatkan ia tidak dapat memberi tumpuan kepada fungsi asal penubuhannya dan yang rugi ialah para pelajar Melayu sendiri,'' tegasnya.


Perebutan kuasa dalam pertubuhan itu bermula sejak sebulan lalu, berikutan terdapat usaha ahli majlis tertingginya untuk mencalonkan Exco Pemuda UMNO, Reezal Marican Naina Merican sebagai presiden baru GPMS.


Kemelut itu semakin memuncak apabila Suhaimi pada Selasa lalu telah memecat Timbalan Presidennya Shahril Rejab dan Setiausaha Agung GPMS Terengganu, Syed Anuar Syed Mohamad atas alasan memecahbelahkan perpaduan pertubuhan.


Sehari selepas itu kumpulan yang dipecat bertindak balas `merampas kuasa' dengan Shahril menjadi Pemangku Presiden GPMS serta menggantung pula jawatan Suhaimi, termasuk Setiausaha Agung, Sobri Ahmad dan Bendahari Agung, Azan Ismail.


Kamarudin yang juga bekas Naib Canselor Universiti Industri Selangor (1999-2001) berkata, Presiden GPMS perlu diserahkan kepada golongan siswa kerana hanya mereka yang tahu secara mendalam masalah terkini pelajar dan langkah mengatasinya.


``GPMS juga perlu memberikan tumpuan kepada empat perkara utama yang berorientasi pendidikan bagi menjulang maruah Melayu di peringkat negara dan antarabangsa,'' katanya.


Beliau berkata, antaranya ialah memperjuangkan bahasa Melayu supaya kekal sebagai bahasa kebangsaan, menghidupkan semangat juang Melayu, memperjuangkan hak Melayu dan meningkatkan taraf pendidikan Melayu menerusi pelbagai pelan aktiviti yang konkrit.


``GPMS perlu terus berperanan menyatupadukan para pelajar Melayu dalam dan luar negara serta bersama menyokong aspirasi kerajaan demi keutuhan negara,'' katanya.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

ya lah tuuu... dua dua tak leh pakai. Pilih saja orang lain , yg baru dan tak mempolitikkan NGO.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

suluh30 wrote:


ya lah tuuu... dua dua tak leh pakai. Pilih saja orang lain , yg baru dan tak mempolitikkan NGO.


        Namapun Gabungan Pelajar, apahal pulak orang tua nak pimpin. Takkan nak jadikan badan macam ni batu loncatan politik. Dulu takde pun kecoh macam ni. Pelajar Melayu rasa terbela dengan keprihatinan pemimpin dulu-dulu yang perjuangkan nasib anak bangsa. Berebut jawatan macam ni buat malu Melayu je.



__________________
Ikhwan Muslimin
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard