Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jalur lebar guna talian elektrik


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:
Jalur lebar guna talian elektrik


Jalur lebar guna talian elektrik
Oleh Husain Jahit



CANGGIH: Yetty Natalia Abdullah menunjukkan sebahagian
komponen modem jalur lebar PLC yang mampu memberi
kelajuan sehingga 224 Megabit sesaat.

Malaysia berjaya membangunkan teknologi menggunakan talian elektrik sebagai saluran perkhidmatan jalur lebar

SEMUA premis kediaman atau perniagaan di Malaysia yang ada bekalan elektrik bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar termasuk capaian internet berkelajuan tinggi dan televisyen digital tidak lama lagi kerana Masers Digital Sdn Bhd sudah berjaya membangunkan teknologi itu untuk dilaksanakan.


Terlaksananya impian itu, Malaysia akan menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara menggunakan talian elektrik sebagai saluran perkhidmatan jalur lebar, sekali gus menjadi paradigma baru berbanding kaedah talian telefon atau gentian optik.

Ketua Pegawai Teknologi, Masers Digital Sdn Bhd, Suhaimi Abdul Rahman, berkata teknologi komunikasi talian tenaga (PLC) itu akan menjadi pemangkin kepada hasrat kerajaan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

“PLC membolehkan komunikasi data menerusi talian elektrik biasa yang ada di rumah, pejabat atau kilang di negara ini. Kami yakin ia dapat dikomersilkan mulai 2007 selepas ujian teknologi dan ujian sebenar dapat dijalankan tahun depan.”

“Teknologi PLC terlalu baru dan pencapaian itu diperoleh selepas dua tahun melalui proses penyelidikan dan pembangunan. Kejayaannya sudah boleh dilihat dan bersedia untuk bergerak lebih jauh sebagai penyedia dan pembangun platform prasarana jalur lebar berasaskan teknologi PLC di Malaysia,” katanya.

Suhaimi berkata, inilah teknologi baru yang dikatakan paling meyakinkan dan kos efektif. Kos perkhidmatannya dijangka lebih sedikit berbanding kaedah dail masuk dan kurang dari caj talian jalur lebar biasa.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian dengan Spidcom Technologies SA (Perancis) untuk membekalkan cipset bagi pembangunan modem berasaskan PLC dan bersama Menara Axis Sdn Bhd untuk projek perintis.

Hadir mewakili Spidcom ialah ketua eksekutifnya, Radomir Jovanovic dan Atase Pesuruhjaya Tinggi Perancis di Malaysia, Christophe Destais, sementara Menara Axis diwakili Presidennya, Tengku Ngah Putra Tengku Ahmad.

Masers Digital akan menggunakan cip Spidcom untuk disepadukan ke dalam rumusan yang boleh diselaraskan mengikut keperluan bagi sokongannya terhadap sebarang perkhidmatan jalur lebar seperti internet, suara berasaskan protokol internet (VoIP), video atas permintaan (VOD), penyambungan sistem rangkaian setempat (LAN), audio digital dan penyaluran siaran televisyen digital.

“Kerjasama itu juga membolehkan Masers menyediakan pasaran dengan prasarana PLC dan peralatan yang boleh membuat pemindahan data pada kadar sehingga 224 Megabit sesaat, iaitu yang terpantas di dunia bagi perkhidmatan jalur lebar PLC,” katanya.

Menurutnya, kelajuan itu jauh lebih tinggi berbanding modem 56k bagi talian telefon.

Bagaimanapun, Suhaimi menegaskan masih banyak perkara perlu dilakukan sebelum ia dapat dipasarkan. Antaranya termasuk faktor kewangan, pelesenan, kerjasama daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), TM dan sebagainya.

Pelaksanaannya juga memerlukan Masers memasang modem di setiap sub stesen TNB di seluruh negara. Beliau difahamkan ada lebih 50,000 sub stesen TNB semuanya.


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

Thanks bro for the info

__________________

Got something to advertise?
Come on get me..... I`ve got many hosting & template for ASP.Net
try your luck!



Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

teknologi ni dah lama digunakan di eropah, di malaysia ni yang pertama. tak lama lagi telekom (Streamyx) tutup kedai la jawabnya yeh yeh yeh

__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard