Ayah kepada Zack Bikers kita telah kembali ke rahmatullah jam 7 pagi tadi, 1 syawal 1426 bersamaan 3 November 2005 akibat sakit jantung.
Sebenarnya ada beberapa cerita pilu di sebalik kejadian ini. Ibu dan ayah Zack telah di masukkan ke hospital yg sama, Pusat rawatan Putra Jaya dan di tahan beberapa hari sebelum raya.
Zack dan keluarga terpaksa bergiliran menjaga mereka. Ibu zack keluar awal dan pada malam raya, kanda dan beberapa anggota jemaah r&d bercadang melawat, tapi terlewat. wad ICU pulak tak benarkan pelawat datang malam.
Zack antar sms minta pedoman utk menenangkan ayahnya yang nampak agak gelisah kesakitan. kanda cuba antar sms tapi malam itu server down, hampis semua handfone tak leh antar sms. cuba call, tapi zack sedang merawat ayahnya dan tak dapat angkat talipun.
Tetiba pagi syawal dapat sms beliau telah menghembus nafas terakhir, kembali menemui allah robbul Jalil. Cuba antar sms ajak jemaah datang tapi semua balas tak dapat datang sebab berada di kampung beraya.
Jenazah selamat di kebumikan jam 3 ptg. Kesian tengok bro zack kita keletihan menguruskan jenazah... menyesal jugak sebab tak sempat ziarah dan bertemu arwah yang sangat rapat dengan r&d sejak awal pembabitan zack lagi...
petang jam 3.30 kami sampai rumah zack dan zack sampai dari kubur dengan pakaian penuh lumpur bersama ibu dan adik adiknya 5 minit kemudian. Kami sempat bertahlil bersama keluarga yg masih tinggal... kelihatan benar keletihan di wajah zack... tapi jelas beliau adalah orang yg tabah.
Malam kami sempat bersama ke rumah dato presiden utk ziarah raya dan melapurkan isu semasa tentang pertubuhan kepada beliau.
MARI SAMA SAMA KITA HADIAHKAN ALFATIHAH DAN DOA AGAR ROH ALLAHYARHAM DI CUCURI RAHMAT DAN MENDAPAT KEAMPUNAN.
ALFATIHAH.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Allahyarham ayah saya, Hj. Zakaria bin Puteh telah kembali ke rahmatullah pada pagi 1 Syawal 1426 bersamaan 3 November 2006 pada jam 7 pagi di Hospital Putrajaya. Dan jenazah Allahyarham telah selamat bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 18, Hulu Langat bersebelahan anak sulungnya yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal 30 tahun yang lepas.
Alhamdulillah, ibu saya yang amat sedih bertambah tenang. Dengan keadaan beliau yang daripada pagi tidak sempat menjamah makanan dan mengambil ubat darah tinggi dan diabetes dari pagi hingga ke petang, sudah tentu peristiwa sedih itu amat menekan jiwa beliau. Mujur juga dengan kehadiran kanda Mas dan para sahabat dapat menenangkan beliau lebih-lebih lagi dengan kata-kata semangat daripada kanda Mas.
Allahyarham ayah saya adalah bekas pegawai kerajaan yang kurang melibatkan diri dengan parti politik dan NGO. Namun allahyarham tidak pernah melarang saya dan adik saya menyertai Pekida. Malah allahyarham amat mengkagumi RND Pekida Pusat pimpinan kanda Mas terutama dengan penampilan team RND di majlis pertunangan adik saya serta penampilan diri saya sendiri setelah bernaung di bawah pimpinan kanda Mas. Allahyarham tidak pernah melarang saya ke RND dan pulang lewat kerana beliau tahu bahawa apa yang di perolehi di RND merupakan ilmu yang sukar di perolehi di tempat lain. Malah allahyarham juga berharap dapat melihat Team RND Pekida Pusat sebagai tetamu VVIP di majlis perkahwinan adik saya bulan 3 tahun depan. Namun, apakan daya, kita merancang tetapi Allah yang menentukan.
Semoga roh allahyarham ayah saya, Zakaria bin Puteh di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama roh orang-orang yang saleh. Al- Fatihah.
ps: Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang menyampaikan ucapan takziah terutama kanda Mas, Ayahanda Masrur, Ayahanda Hudari, kanda Hatta, saudara Azmi RND, saudara Syafiq, saudara Andy Kecik, saudara Azizan, saudara Nik Uniten, dan ramai lagi. Juga terima kasih kepada Dato' Fuad yang sempat mengucapkan takziah pada saya malam itu juga.
Saya juga ingin menjemput para sahabat hadir ke majlis tahlil di rumah saya pada malam Jumaat (10 Nov 2006) selepas Isyak minggu hadapan. Bolehlah hubungi kanda Mas untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
AL - FATIHAH....ALLAH BANYAK MENGUJI KESABARAN HAMBANYA SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI DAN MENINGGALKAN KITA.hanya doa2 yang dapat kita sampaikan kepada nya semoga rohnya dicucuri rahmat allah ............................................amin
MOGA-MOGA ROH Arwah ditempatkan bersama para solohin.
AMIN.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Mengikut apa yg diceritakan oleh kanda Mas memang amat Memilukan. Lebih2 lagi ia berlaku di pagi Syawal, tanpa saudara2 seperjuangan berada disisi. Mungkin ia ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah dan bertawakalah kepadaNYA supaya beliau bersama dgn para solihin. Salam takziah dari saya.