Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: AL-FATIHAH BUAT AYAH KEPADA ZACK BIKERS


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
AL-FATIHAH BUAT AYAH KEPADA ZACK BIKERS


Ayah kepada Zack Bikers kita telah kembali ke rahmatullah jam 7 pagi tadi, 1 syawal 1426 bersamaan 3 November 2005 akibat sakit jantung.


Sebenarnya ada beberapa cerita pilu di sebalik kejadian ini. Ibu dan ayah Zack telah di masukkan ke hospital yg sama, Pusat rawatan Putra Jaya dan di tahan beberapa hari sebelum raya.


Zack dan keluarga terpaksa bergiliran menjaga mereka. Ibu zack keluar awal dan pada malam raya, kanda dan beberapa anggota jemaah r&d bercadang melawat, tapi terlewat. wad ICU pulak tak benarkan pelawat datang malam.


Zack antar sms minta pedoman utk menenangkan ayahnya yang nampak agak gelisah kesakitan. kanda cuba antar sms tapi malam itu server down, hampis semua handfone tak leh antar sms. cuba call, tapi zack sedang merawat ayahnya dan tak dapat angkat talipun.


Tetiba pagi syawal dapat sms beliau telah menghembus nafas terakhir, kembali menemui allah robbul Jalil. Cuba antar sms ajak jemaah datang tapi semua balas tak dapat datang sebab berada di kampung beraya.


Jenazah selamat di kebumikan jam 3 ptg. Kesian tengok bro zack kita keletihan menguruskan jenazah... menyesal jugak sebab tak sempat ziarah dan bertemu arwah yang sangat rapat dengan r&d sejak awal pembabitan zack lagi...


petang jam 3.30 kami sampai rumah zack dan zack sampai dari kubur dengan pakaian penuh lumpur bersama ibu dan adik adiknya 5 minit kemudian. Kami sempat bertahlil bersama keluarga yg masih tinggal... kelihatan benar keletihan di wajah zack... tapi jelas beliau adalah orang yg tabah.


Malam kami sempat bersama ke rumah dato presiden utk ziarah raya dan melapurkan isu semasa tentang pertubuhan kepada beliau.


MARI SAMA SAMA KITA HADIAHKAN ALFATIHAH DAN DOA AGAR ROH ALLAHYARHAM DI CUCURI RAHMAT DAN MENDAPAT KEAMPUNAN.


ALFATIHAH.


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:

askum///


AL-FATIHAH..buat ayah zack...


semuga roh allahyarham dicucuri rahmat..



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

taziah buat keluarga ateh and angah sekeluarga...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamulaikum...///


Para sahabat mujahid sekalian...


Terima kasih kanda Mas.


Allahyarham ayah saya, Hj. Zakaria bin Puteh telah kembali ke rahmatullah pada pagi 1 Syawal 1426 bersamaan 3 November 2006 pada jam 7 pagi di Hospital Putrajaya. Dan jenazah Allahyarham telah selamat bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 18, Hulu Langat bersebelahan anak sulungnya yang telah kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal 30 tahun yang lepas.


Alhamdulillah, ibu saya yang amat sedih bertambah tenang. Dengan keadaan beliau yang daripada pagi tidak sempat menjamah makanan dan mengambil ubat darah tinggi dan diabetes dari pagi hingga ke petang, sudah tentu peristiwa sedih itu amat menekan jiwa beliau. Mujur juga dengan kehadiran kanda Mas dan para sahabat dapat menenangkan beliau lebih-lebih lagi dengan kata-kata semangat daripada kanda Mas.


Allahyarham ayah saya adalah bekas pegawai kerajaan yang kurang melibatkan diri dengan parti politik dan NGO. Namun allahyarham tidak pernah melarang saya dan adik saya menyertai Pekida. Malah allahyarham amat mengkagumi RND Pekida Pusat pimpinan kanda Mas terutama dengan penampilan team RND di majlis pertunangan adik saya serta penampilan diri saya sendiri setelah bernaung di bawah pimpinan kanda Mas. Allahyarham tidak pernah melarang saya ke RND dan pulang lewat kerana beliau tahu bahawa apa yang di perolehi di RND merupakan ilmu yang sukar di perolehi di tempat lain. Malah allahyarham juga berharap dapat melihat Team RND Pekida Pusat  sebagai tetamu VVIP di majlis perkahwinan adik saya bulan 3 tahun depan. Namun, apakan daya, kita merancang tetapi Allah yang menentukan.


Semoga roh allahyarham ayah saya,  Zakaria bin Puteh di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama roh orang-orang yang saleh. Al- Fatihah.


ps: Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang menyampaikan ucapan takziah terutama kanda Mas, Ayahanda Masrur, Ayahanda Hudari, kanda Hatta, saudara Azmi RND, saudara Syafiq, saudara Andy Kecik, saudara Azizan, saudara Nik Uniten, dan ramai lagi. Juga terima kasih kepada Dato' Fuad yang sempat mengucapkan takziah pada saya malam  itu juga.


Saya juga ingin menjemput para sahabat hadir ke majlis tahlil di rumah saya pada malam Jumaat (10 Nov 2006) selepas Isyak minggu hadapan. Bolehlah hubungi kanda Mas untuk maklumat lanjut. Terima kasih.


Zackbikers



-- Edited by zackbikers at 18:03, 2005-11-06

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

Assalamualaikum ... ///


Semoga Ayah kpd Kekanda Zack Bikers di cucuri rahmat & di tempatkan bersama org2 yg beriman ... Tabahlah Mengahadapinya ...


AL-FATIHAH 



___________________


''' BeRsaTu ... AMaN ... SeJaGaT '''



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

Innalillahiwa innalillahirrojiun... semoga roh allahyarham di rahmati Allah


al fatihah.......amin



__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Salam takziah buat bro zackbikers...

Al-Fatihah

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

AL-FATIHAH....


semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

Alfatihah......

moga allah mencucuri rahmat keatas rohnya.....

Dan kepada Brader zack....ducapkan takziah.....

yang pergi takkan kembali lagi....yang ada tetap kan pergi.....

__________________
zack@Aboy


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

Assalamualaikum..


Al Fatihah buat ayah kepada Zackbikers.


Dan buat Zackbikers serta keluarga, bersabarlah..


Kita doaakan semoga rohnya dicucuri rahmat.


Amin..... Sad Crying 1 







__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...


al-fatihah semoga saudara zackbikers tabah...



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

al-fatihah...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:

Salam takziah...Al-fatihah

__________________
- ||| taat setegap ||| -


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

al fatihah...


takziah buat saudara zack sekeluarga...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:

Al Fatihah

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

AL - FATIHAH....ALLAH BANYAK MENGUJI KESABARAN HAMBANYA SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI DAN MENINGGALKAN KITA.hanya doa2 yang dapat kita sampaikan kepada nya semoga rohnya dicucuri rahmat allah ............................................amin

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
Salam takziah...


AL-FATIHAH...


MOGA-MOGA ROH Arwah ditempatkan bersama para solohin.


AMIN.



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
RE: AL-FATIHAH BUAT AYAH KEPADA ZACK BIKERS


Mengikut apa yg diceritakan oleh kanda Mas memang amat Memilukan. Lebih2 lagi ia berlaku di pagi Syawal, tanpa saudara2 seperjuangan berada disisi. Mungkin ia ada hikmah disebaliknya. Bersabarlah dan bertawakalah kepadaNYA supaya beliau bersama dgn para solihin. Salam takziah dari saya.

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

al fatihah wat arwah ayah saudara zack...sabarlah menempuhi dugaan...



__________________
Budak Baru Belajar...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard