UMAT Islam menyambut Syawal sebagai hari kemenangan dgn penuh kesyukuran kepada Allah kerana dapat menyelesaikan puasa selama sebulan dan merayakan Aidilfitri.
Dalam bahasa Arab, Syawal bermaksud *peningkatan*. Ini bermakna frekuensi ibadat umat Islam yg melaksanakan puasa dgn penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah akan meningkat dari segi kualiti amal sesudah Ramadan. Ini wajar kerana dgn latihan sebulan pada Ramadan dapat dijadikan pelajaran yg bermanfaat.
Umat Islam yg berjaya dgn baik menghadapi puasa akan lahir sebagai *pemenang* Aidilfitri kerana hari mulia ini adalah milik mereka yg berpuasa. Justeru, dalam usaha meningkatkan amalan yg berterusan selepas Ramadan, kita sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari, yg dikenali dgn puasa enam. Allah SWT sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadan walaupun hanya sekadar enam hari. Rangsangan kepada mereka yg berpuasa enam ialah ganjaran yg besar seperti mana Nabi Muhammad bersabda: *Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dgn (puasa) enam hari pada Syawal, maka ia seperti berpuasa satu tahun penuh.* * (Muslim).
Hikmah atau rahsia puasa enam hari Syawal untuk mendidik kesabaran kita, tidak menjadikan hari raya sebagai sebagai medan atau masa membalas dendam iaitu dgn makan makanan lazat sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa. Ia juga memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada tanggal 2 Syawal kerana pada saat itu, godaan makanan melimpah ruah menerusi rumah terbuka. Matlamat puasa ialah melahirkan takwa. Jadi selepas Ramadan habis, bukan bermakna berakhir suasana ketakwaan kepada Allah SWT tetapi kita harus membuktikan ibadat Ramadan dgn peningkatan ketakwaan kepada Allah.
Oleh kerana Syawal bererti peningkatan, maka di sinilah letaknya kepentingan memelihara nilai ibadat Ramadan, terutama dalam memelihara ketakwaan kepada Allah SWT.
Selepas selesai menyambut kemenangan pada Aidilfitri, bukan bermakna berakhir perjuangan kita. Menurut pendapat hukama*, seseorang yg mahukan buah daripada pokok yg ditanamnya, maka ia perlu merawat (menjaga) dgn cara menyiram sehingga akarnya dapat diserapi air dan menyebabkan daun-daun tidak kering dan layu. Apabila pokok tidak disiram maka daun dan batangnya akan layu dan kering, sementara buah yg diharapkan pasti tidak akan muncul. Demikianlah suasana raya.
Selepas umat Islam menyambut lebaran dgn segala kegembiraan dan saling bermaaf-maafan, diharapkan mereka tidak lagi melakukan kesalahan dan kejahatan pada hari berikutnya. Ini kerana seseorang yg benar-benar dilatih menerusi Ramadan akan meninggalkan kesan positif dalam usaha membentuk insan muttaqin.
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I