Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Puasa enam gilap ibadat Ramadan


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Puasa enam gilap ibadat Ramadan


UMAT Islam menyambut Syawal sebagai hari kemenangan dgn penuh
kesyukuran kepada Allah kerana dapat menyelesaikan puasa selama
sebulan dan merayakan Aidilfitri.

Dalam bahasa Arab, Syawal bermaksud *peningkatan*. Ini bermakna
frekuensi ibadat umat Islam yg melaksanakan puasa dgn penuh keimanan
dan keikhlasan kerana Allah akan meningkat dari segi kualiti amal
sesudah Ramadan. Ini wajar kerana dgn latihan sebulan pada Ramadan
dapat dijadikan pelajaran yg bermanfaat.

Umat Islam yg berjaya dgn baik menghadapi puasa akan lahir sebagai
*pemenang* Aidilfitri kerana hari mulia ini adalah milik mereka yg
berpuasa. Justeru, dalam usaha meningkatkan amalan yg berterusan
selepas Ramadan, kita sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada
Syawal tetapi cuma enam hari, yg dikenali dgn puasa enam. Allah SWT
sebenarnya ingin menguji hamba-Nya apakah sanggup meneruskan puasa
selepas sebulan Ramadan walaupun hanya sekadar enam hari. Rangsangan
kepada mereka yg berpuasa enam ialah ganjaran yg besar seperti mana
Nabi Muhammad bersabda: *Sesiapa
berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dgn (puasa) enam hari pada
Syawal, maka ia seperti berpuasa satu tahun penuh.* * (Muslim).

Hikmah atau rahsia puasa enam hari Syawal untuk mendidik kesabaran
kita, tidak menjadikan hari raya sebagai sebagai medan atau masa
membalas dendam iaitu dgn makan makanan lazat sepuas-puasnya selepas
sebulan berpuasa. Ia juga memberi kesempatan kepada tubuh untuk
menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan
dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada tanggal 2 Syawal
kerana pada saat itu, godaan makanan melimpah ruah menerusi rumah
terbuka. Matlamat puasa ialah melahirkan takwa. Jadi selepas Ramadan
habis, bukan bermakna berakhir suasana ketakwaan kepada Allah SWT
tetapi kita harus membuktikan ibadat Ramadan dgn peningkatan
ketakwaan kepada Allah.

Oleh kerana Syawal bererti peningkatan, maka di sinilah letaknya
kepentingan memelihara nilai ibadat Ramadan, terutama dalam
memelihara ketakwaan kepada Allah SWT.

Selepas selesai menyambut kemenangan pada Aidilfitri, bukan bermakna
berakhir perjuangan kita. Menurut pendapat hukama*, seseorang yg
mahukan buah daripada pokok yg ditanamnya, maka ia perlu merawat
(menjaga) dgn cara menyiram sehingga akarnya dapat diserapi air dan
menyebabkan daun-daun tidak kering dan layu. Apabila pokok tidak
disiram maka daun dan batangnya akan layu dan kering, sementara buah
yg diharapkan pasti tidak akan muncul. Demikianlah suasana raya.

Selepas umat Islam menyambut lebaran dgn segala kegembiraan dan
saling bermaaf-maafan, diharapkan mereka tidak lagi melakukan
kesalahan dan kejahatan pada hari berikutnya. Ini kerana seseorang
yg benar-benar dilatih menerusi Ramadan akan meninggalkan kesan
positif dalam usaha membentuk insan muttaqin.




__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard