Sebagaimana setiap amalan ada kesan dan hasil, begitu juga bulan puasa yg mampu menjadikan seseorang lebih bertakwa.
Oleh kerana kenikmatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadan, kalau boleh kita ingin keberkatannya berpanjangan di sepanjang tahun. Hakikatnya, hadir Ramadan hanya sebulan dlm setahun. Mereka yg leka akan tertinggal dan terpaksa menunggu pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, kita masih berpeluang meraih pahala dan keberkatan selepas 1 Syawal dgn mengerjakan puasa enam di bulan Syawal. Pahala puasa Ramadan yg dilanjutkan dgn puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh - kerana setiap kebaikan diberi ganjaran sepuluh kali ganda.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dgn puasa enam hari dlm bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh. Sementara itu, Imam Ahmad dan An-Nasa'i pula meriwayatkan dari Tsauban, Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa Ramadan (ganjarannya) sebanding dgn (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dgn (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.
Membiasakan puasa setelah Ramadan memiliki banyak manfaat, antaranya: Sebagaimana yg diketahui, semua amalan sunat adalah sebagai penampalmana-mana kekurangan dlm amalan fardu. Begitu juga puasa enam hari pada bulan Syawal yg mana ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dlm bulan tersebut.
Puasa Syawal bagaikan solat sunnah rawatib yg berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan kerana pada hari Kiamat yg mana amalan fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dgn amalan sunat. Ini kerana majoriti puasa fardu yg dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan. Oleh itu ia memerlukan sesuatu bagi menutupi dan menyempurnakannya.
Justeru, selain mendapat pahala puasa setahun, berpuasa enam di bulan Syawal juga dapat memperbaiki kekurangan dlm ibadat puasa di bulan Ramadhan. Membiasakan puasa setelah Ramadan menandakan diterimanya puasa Ramadan kerana apabila Allah Taala menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dlm meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebahagian orang bijak mengatakan pahala amal kebaikan adalah kebaikan yg ada sesudahnya. Oleh itu, sesiapa yg mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dgn kebaikan lain, maka ia merupakan tanda kepada terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya. jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dgn yg buruk maka ia merupakan tanda tertolaknya amalan yg pertama. Puasa Ramadan dapat mendatangkan maghfirah atau pengampunan ke atas dosa-dosa masa lain. Membiasakan puasa setelah Aidil Fitri merupakan bentuk kesyukuran atas nikmat ini kerana tiada nikmat yg lebih agung daripada pengampunan dosa-dosa.
Jika ia digantikan dgn perbuatan maksiat, maka mereka termasuk dlm kelompok orang yg membalas kenikmatan dgn kekufuran. Malah, sekiranya seseorang berniat untuk kembali melakukan maksiat pada ketika dia melakukan ibadah puasa, maka puasanya tidak akan terkabul. Bagaikan orang yg mendirikan sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali. Dlm hal ini, Allah Taala berfirman: Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yg menguraikan benangnya yg sudah dipintal dgn kuat menjadi cerai berai kembali. (An-Nahl: 92).
Orang yg setelah Ramadan berpuasa bagaikan orang yg cepat-cepat kembali dari pelariannya seperti orang yg baru lari dari peperangan di jalan Allah lantas kembali lagi. Ini kerana tidak sedikit manusia yg berbahagia dgn berlalunya Ramadhan sebab mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadan. Sesiapa merasa demikian maka sukar baginya untuk segera kembali melaksanakan puasa, padahal orang yg segera kembali melaksanakan puasa setelah Aidil Fitri merupakan bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.
Seorang ulama salaf ditanya tentang kaum yg bersungguh-sungguh dlm ibadahnya pada bulan Ramadan tetapi tidak bersungguh-sungguh selepasnya, beliau mengulas: ``Seburuk-buruk kaum adalah yg tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang salih adalah yg beribadah dgn sungguh-sungguh di sepanjang tahun.'' Bagi kaum perempuan yg tidak dapat berpuasa penuh dlm bulan Ramadan kerana keuzuran syarie, puasa sunat enam hari dlm Syawal ini memberi peluang terbaik untuk berpuasa ganti di samping mendapatkan pahala puasa sunat.
Lebih-lebih lagi kerana amalan wajib jika ditinggalkan mestilah segera digantikan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah taala. Dgn itu, berpuasa di bulan Syawal mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya di samping meraih keberkatan yg ada.
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I