Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Puasa sunat enam - Menyempurnakan kekurangan Ramadan


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Puasa sunat enam - Menyempurnakan kekurangan Ramadan


Sebagaimana setiap amalan ada kesan dan hasil, begitu juga bulan
puasa yg mampu menjadikan seseorang lebih bertakwa.

Oleh kerana kenikmatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadan,
kalau boleh kita ingin keberkatannya berpanjangan di sepanjang
tahun. Hakikatnya, hadir Ramadan hanya sebulan dlm setahun. Mereka
yg leka akan tertinggal dan terpaksa menunggu pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, kita masih berpeluang meraih pahala dan keberkatan
selepas 1 Syawal dgn mengerjakan puasa enam di bulan Syawal. Pahala
puasa Ramadan yg dilanjutkan dgn puasa enam hari di bulan Syawal
menyamai pahala puasa satu tahun penuh - kerana setiap kebaikan
diberi ganjaran sepuluh kali ganda.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Barang siapa berpuasa
Ramadan kemudian diikuti dgn puasa enam hari dlm bulan Syawal, maka
orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh. Sementara itu, Imam
Ahmad dan An-Nasa'i pula meriwayatkan dari Tsauban, Rasulullah
s.a.w. bersabda: Puasa Ramadan (ganjarannya) sebanding dgn (puasa)
sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal,
pahalanya) sebanding dgn (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan
berpuasa selama setahun penuh.

Membiasakan puasa setelah Ramadan memiliki banyak manfaat,
antaranya: Sebagaimana yg diketahui, semua amalan sunat adalah
sebagai penampalmana-mana kekurangan dlm amalan fardu. Begitu juga
puasa enam hari pada bulan Syawal yg mana ia boleh dilakukan mulai 2
Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dlm
bulan tersebut.

Puasa Syawal bagaikan solat sunnah rawatib yg berfungsi sebagai
penyempurna dari kekurangan kerana pada hari Kiamat yg mana amalan
fardu akan disempurnakan (dilengkapi) dgn amalan sunat. Ini kerana
majoriti puasa fardu yg dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan
dan ketidaksempurnaan. Oleh itu ia memerlukan sesuatu bagi menutupi
dan menyempurnakannya.

Justeru, selain mendapat pahala puasa setahun, berpuasa enam di
bulan Syawal juga dapat memperbaiki kekurangan dlm ibadat puasa di
bulan Ramadhan. Membiasakan puasa setelah Ramadan menandakan
diterimanya puasa Ramadan kerana apabila Allah Taala menerima amal
seorang hamba, pasti Dia menolongnya dlm meningkatkan perbuatan baik
setelahnya. Sebahagian orang bijak mengatakan pahala amal kebaikan
adalah kebaikan yg ada sesudahnya. Oleh itu, sesiapa yg mengerjakan
kebaikan kemudian melanjutkannya dgn kebaikan lain, maka ia
merupakan tanda kepada terkabulnya amal pertama. Demikian pula
sebaliknya. jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dgn
yg buruk maka ia merupakan tanda tertolaknya amalan yg pertama.
Puasa Ramadan dapat mendatangkan maghfirah atau pengampunan ke atas
dosa-dosa masa lain. Membiasakan puasa setelah Aidil Fitri merupakan
bentuk kesyukuran atas nikmat ini kerana tiada nikmat yg lebih agung
daripada pengampunan dosa-dosa.

Jika ia digantikan dgn perbuatan maksiat, maka mereka termasuk dlm
kelompok orang yg membalas kenikmatan dgn kekufuran. Malah,
sekiranya seseorang berniat untuk kembali melakukan maksiat pada
ketika dia melakukan ibadah puasa, maka puasanya tidak akan
terkabul. Bagaikan orang yg mendirikan sebuah bangunan megah lantas
menghancurkannya kembali. Dlm hal ini, Allah Taala berfirman: Dan
janganlah kamu seperti seorang perempuan yg menguraikan benangnya yg
sudah dipintal dgn kuat menjadi cerai berai kembali. (An-Nahl: 92).

Orang yg setelah Ramadan berpuasa bagaikan orang yg cepat-cepat
kembali dari pelariannya seperti orang yg baru lari dari peperangan
di jalan Allah lantas kembali lagi. Ini kerana tidak sedikit manusia
yg berbahagia dgn berlalunya Ramadhan sebab mereka merasa berat,
jenuh dan lama berpuasa Ramadan. Sesiapa merasa demikian maka sukar
baginya untuk segera kembali melaksanakan puasa, padahal orang yg
segera kembali melaksanakan puasa setelah Aidil Fitri merupakan
bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa.

Seorang ulama salaf ditanya tentang kaum yg bersungguh-sungguh dlm
ibadahnya pada bulan Ramadan tetapi tidak bersungguh-sungguh
selepasnya, beliau mengulas: ``Seburuk-buruk kaum adalah yg tidak
mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal
orang salih adalah yg beribadah dgn sungguh-sungguh di sepanjang
tahun.'' Bagi kaum perempuan yg tidak dapat berpuasa penuh dlm bulan
Ramadan kerana keuzuran syarie, puasa sunat enam hari dlm Syawal ini
memberi peluang terbaik untuk berpuasa ganti di samping mendapatkan
pahala puasa sunat.

Lebih-lebih lagi kerana amalan wajib jika ditinggalkan mestilah
segera digantikan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita
terhadap Allah taala. Dgn itu, berpuasa di bulan Syawal mempercepat
proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya di samping
meraih keberkatan yg ada.



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard