Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KARNIVAL KELUARGA MALAYSIA Bera 2005


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
KARNIVAL KELUARGA MALAYSIA Bera 2005




KARNIVAL KELUARGA MALAYSIA Bera 2005 



Untuk makluman semua, satu program besar-besaran iaitu Karnival Keluarga Malaysia akan diadakan di Bera pada 11 hingga 14 Disember 2005 yang akan dianjurkan oleh Sekretariat Islam Hadhari - PEKIDA Malaysia, Pekida Daerah Bera dan JEMMA Malaysia dengan kerjasama sepenuhnya dari Kem. Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, kerajaan Negeri Pahang dan Parlimen Bera. Karnival tersebut akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd. Razak.



Antara aturcara program ialah Expo, Konvensyen, Sukaneka, Forum Perdana, Pertandingan Memancing dan Persembahan Kebudayaan. Program Karnival selama tiga haru bermula 11 Disember hingga 13 Disember 2005. Pada 11 Disember 2005 program didahului dengan Pertandingan Memancing di Kuala Rompin yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Jamaluddin Jarjis, Menteri Sains Dan Inovasi. Selain pertandingan memancing, pelbagai acara diadakan untuk  seperti persembahan kebudayaan, pertandingan melukis, pertandingan karaoke dan sukaneka. Pada 12 Disember 2005 pula, expo atau pameran dibuka untuk orang ramai. Antara acara dan aktiviti di expo/pameran itu ialah sukan rakyat, persembahan kebudayaan, seni bela diri serta program-program tentetif seperti pertandingan karaoke, pertandingan ketawa paling lucu dan pakaian beragam.



Program  adalah pada 13 Disember 2005 di mana konvensyen bermula yang akan dimulai oleh ucapan EMC iaitu Dr. Masjuki. Ceramah dari Jakim serta perbentangan kertas kerja juga akan di adakan. Acara kemuncak ialah perasmian KArnival Keluarga Malaysia Bera 2005 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd. Razak dengan pelbagai acara dan program menarik selepas itu.



Pada 14 Disember 2005 pula di mana hari terakhir, expo/pameran akan dibuka dengan pelbagai aktiviti di tapak expo seperti demo oleh ATM, Bomba, JPA, AADK, PDRM dan banyak lagi. Pertandingan melukis kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan pertandingan karaoke akan diadakan. Pada sebelah malam pula, akan diadakan program Forum Perdana  RTM pada jam 9 malam.



Team RND Pekida Pusat merupakan antara penggerak tenaga penting dalam program Karnival Keluarga Malaysia Bera 2005 ini. Semua adik-adik RND Pekida Pusat diminta menghubungi abang long Dr. Masjuki untuk agihan tugas dan taklimat kerja secepat mungkin.




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Gambar mesyuarat persiapan dan lawatan tapak di alamat,


www.pekida.org/bera1.htm


Selepas mesyuarat, rombongan juga melawat pejabat Pekida Bera dan gambar kenangan di alamat,


 


www.pekida.org/pejabatbera.htm



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard