apa yang kita lihat semua dalam dunia ini sering berkaitan. Adat '' dikaitankan dengan perilaku seseorang itu.macam mana nak tulis haaa.. mmm macam nie ''perangai seseorang itu'' sopan ataupun biadap... kurang lebih gitu.Orang yang ''beriman pasti perilakunya itu baik''.
Tempang maksudnya tak sempurna ... tak sempurna jika agama yang melanggar hukum alam.
Agama islam cukup sempurna mengajar kita semua.Semua kejadiaan Allah s.w.t ada hubungan kecuali Zatnya.
jika ada yang lain nak terangkan lebih lanjut silakan. Yang bijaksana itu Adalah Allah jua.Kita ini cuma tahu sedikit saja.
''hanya allah sahaja yang mengetahui''
ya Allah lapangkan lah dada ku ,mudahkan lah tugasku agar mereka faham perbicaaraanku
Sebenarnya bahasa kiasan dari rumpun melayu, orang melayu penuh kaya dgn bahasa .’’ biar mati anak jangan mati adat’’ kiasan ini mengambarkan mereka menjunjung adat pd tahap yg tinggi. Adat timbul bak sabut yg jatuh di sungai(tiba2 saje timbul)… dgn sendirinya kerana manusia dibekalkan akal, oleh itu dengan sendiri ia diguna pakai dalam kehidupan manusia.kita ni baru idup, lahir2pun dah dikelilingi adat…
Kiasan ini dari segi zahir nampak kejam hingga sanggup mati anak kerana adat, kejam bukan?? adat melayu penuh dgn budi bahasa dgn kesopanan . ’’lembut tetapi tegas’’
Tak akan melayu hilang di dunia.
Adat yang menunjukkan budaya bangsa sebab itu ianya perlu dijaga supaya generasi akan datang tidak melupakan asal usul mereka yang beradat beradab dan bertata susila kaya dgn bahasa serta bertamadun.Jika masuk rumah orang pun nak pakai kasut..takde adat langsung!!
Kiasan halus perlu difikirkan.
Kain buruk jatuh di papan, Patah terkulai pohon meranti,Biar buruk wajahmu puan asal pandai mengambil hati…(bahasa menunjukkan bangsa///) kita sendiri dapat membayangkan maksud pada zahir bahasa itu…’ biarlah tak cantik takpe’. Siapa yang tak mahu kalau tak cantik betul tak? semua org nak yg cantik dan takde sape nak buruk.Sebenarnya bahasa itu jika dihalusi menyatakan walaupun muka lawa kalau hati tak baik tiada gunanya.
‘’Seorang penyair yang gundah daun kering gugur pun terasa indah, dari rasa yang didatangkan oleh setiap penjuru alam panorama.Adakah kita terharu menyaksikan kesempurnaan ciptaanNya’’
betapa halus dan indah jika dihalusi…
Dengan itu…
-Tiadalah ada satu pun ciptaan Allah s.w.t dijadikan dgn sia-sia-
1)'' adat tanpa agama buta.. agama tanpa adat tempang''
2)"adat mengikut agama... bukan agama mengikut adat"
Bismillahhirrahmannirrahim..
assalmualaikum wbt..
Saya sokong bagi statement "adat mengikut mengikut agama".. tapi statement pertama tu.. saya agak kurang faham.. "agama tanpa adat tempang".. adakah menjadi kemestian bagi sesuatu agama memiliki adat? Disini kita boleh dikaitkan dgn Islam. Adakah perlu Islam ini berdiri dgn adat, kalau tak.. tempang? statement diatas menunjukkan betapa perlunya adat bagi mengukuhkan agama yakni bagi memastikannya supaya tidak tempang.. betul atau tidak? jadi, saya agak terkeliru bahkan tidak faham langsung mengenai keperluan adat dalam menentukan perkembangan sesebuah agama.
Bagi pendapat saya, agamalah yg membentuk sesebuah adat bukan adat yg membentuk sesebuah agama.
Sbg contoh, negeri sembilan yg mengamalkan adat pepatih "biar mati anak jgn mati adat".Memang sinonim kiasan tersebut dgn org2 negeri sembilan. Sebenarnya, adat yg digunakan dididalam masyarakat minangkabau khususnya, yakni yg slalu kita sebut "adat pepatih" adalah lebih kepada peraturan2 yg ditetapkan oleh org2 yg terdahulu dimana dikenali juga sebagai "adat temenggong" dan ini lah yg berkait rapat dgn kiasan tersebut. Merujuk kpd adat yg kita bincangkan adalah lebih kpd perkara atau pun aktiviti yg menjadi rutin kepada sesuatu masyarakat dgn mengundang kepelbagaian kepercayaan yakni lebih merujuk kpd perbuatan individu atau masyarakat itu sendiri.
Sbg contoh adat, "apabila sebuah keluarga menimang cahaya mata, mereka akan mengadakan majlis cukur jambul dan diselangi dgn nyanyian marhaban" (ini sering dipraktikkan di negeri sembilan) dan contoh bagi peraturan/undang2/kepercayaan pula; "tidak boleh berkahwin sesama suku (terdapat pelbagai suku di negeri sembilan sbg cth; suku biduan dimana suku bagi anak mengikut suku ibunya -zaman sekarang ramai dah melupakannya) atau pun bersepupu". Peraturan ini hanya diguna pakai di negeri sembilan oleh org2 yg betul2 pure dgn kepercayaan mereka kpd adat.
Berbalik pada posting saudara sebelum ini.. saya sebenarnya musykil.. dan persoalan yg bermain diminda saya ialah "jika tiada adat, adakah tidak kukuh agama?" hurm.. boleh saudara beri penerangan pada saya bagi mengukuhkan statement saudara "agama tanpa adat tempang'' ?
Saya memohon maaf seandainya terkasar bahasa dalam mengajukan soalan ini. Yg baik dtgnya dr Allah s.w.t dan yg buruk itu dtgnya dr saya.
soalan dri : eddy combat....(Berbalik pada posting saudara sebelum ini.. saya sebenarnya musykil.. dan persoalan yg bermain diminda saya ialah "jika tiada adat, adakah tidak kukuh agama?" hurm.. boleh saudara beri penerangan pada saya bagi mengukuhkan statement saudara "agama tanpa adat tempang'' ? )
my comment : ishhhh..macam ustaz lak saya ni..tapi apepun saya cuba untuk phamkan anda mengenai soalan yang anda kemukakan kpada saya..mmmm saya rasa diri anda tidak perlu utk musykil sedemiakian rupa kerana apa yg saya bangkitkan hanyalah utk renungan kita bersama..disini agama tanpa adat i2 tempang tidak bermaksud tidak kukuh agama..contoh seorang yg tempang jika menggunakan tongkat dia tetap dapat berjalan seperti manusia biasa yang lurus tetapi langkahnya nampak bengkok dan kekok..kerana dia menggunakan tongkat bukannya kaki..jadi adat itu hanyalah sekadar utk pelengkap kpada kehidupan bermasyarakat dan membezakan setiap budaya..contoh saudara sendiri orang malaysia, melayu, ttp byk jenis melayu..Jawa ke, Minang ke, Bugis ke, yang penting anda rakyat malaysia bukannya pendatang..adatpun mcmtu jugak..ada adat agama lain yg bukan Islam,yg x bleh kita ikut.seperti masy. Hindu menyembah kaki tanda hormat. ada yang kita ikut seperti bersanding yg mana masy. hindu lebih dulu memonopoli berbanding orang melayu itu sendiri..Jadi inilah yg saya katakan tanpa adat agama tempang..bukan bermaksud cacat atau agama itu tidak kukuh..Semuanya tepulang pada diri masing2 utk mentafsirkannya sejauhmana maksud tempang yg saya sebutkan...sekian wassalam...jika musykil lagi jgn segan silu ke Pej. Agama yg berdekatan kerana disitu kekeliruan anda bakal dijawab tanpa sebarang kompromiii...Mereka pasti sedia membantu insan yg memerlukan...maaf jika ayat ini mengguris hati sesiapa yg membaca terutama eddy combat...
Maaf sekali lagi...hanyalah pendapat buat renungan kita semua..
Ilmu kita terlalu sedikit berbanding Allah yg maha mengetahui diatas segala kehidupan yg diciptakannya.
Firman Allah Ta`ala:
Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat,bilakah terjadinya?Katakanlah"Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu ada pada sisi Tuhanku,tidak seorang pun yang dappat menjelaskan waktu datangnya selain Dia.Kiamat itu tidak akan datang kepadamu selain dengan tiba-tiba.Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya.Katakanlah 'Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu di sisi Allah,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'
Melayu adalah Muhammad, bangsa yang ada di dunia seperti Bugis ,Jawa, india , Cina dan sebagainya semuanya adalah satu bangsa iaitu bangsa Muhammad,selagi ianya islam selagi itulah adanya muhammad dan selagi adanya muhammad selagi itulah adanya melayu. oleh itu apabila sampai masa dunia akan di binasa kan oleh Allah maka tiadalah dunia dan hilang lah melayu.Selagi ada dunia selagi itulah ada melayu.
Pej. Agama yg berdekatan kerana disitu kekeliruan anda bakal dijawab tanpa sebarang kompromiii...Mereka pasti sedia membantu insan yg memerlukan...maaf jika ayat ini mengguris hati sesiapa yg membaca terutama eddy combat...
hai.. perli nampak.. haha.. pa pe pon.. terima kasih byk2.. biasalah, kadang2 kita manusia ni senang terkeliru.. lagi pun, bagi saya..bertanya adalah perkara yg paling afdal utk menuntut ilmu..
jantunghati wrote: Pej. Agama yg berdekatan kerana disitu kekeliruan anda bakal dijawab tanpa sebarang kompromiii...Mereka pasti sedia membantu insan yg memerlukan...maaf jika ayat ini mengguris hati sesiapa yg membaca terutama eddy combat... hai.. perli nampak.. haha.. pa pe pon.. terima kasih byk2.. biasalah, kadang2 kita manusia ni senang terkeliru.. lagi pun, bagi saya..bertanya adalah perkara yg paling afdal utk menuntut ilmu.. salam!
Salam... sama-sama
Eddy combat,
Saya tak salahkan tuan jika buruk apa saya sampaikan jadikan ia pengajaran jika baik apa yg saya sampaikan jadikanlah ia pelajaran...
jika buruk apa saya sampaikan jadikan ia pengajaran jika baik apa yg saya sampaikan jadikanlah ia pelajaran...Semoga menuju terang ke alam akhirat nanti
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA'D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.
(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(23) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(39) SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat berkat