Penjaja dan peniaga/ pengusaha kecil yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon :
Bumiputera dan berumur 18-60 tahun.
Mempunyai lesen /permit/daftar perniagaan yang sah.
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00.
Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.
Satu pembiayaan untuk satu isi rumah.
Premis/Aktiviti Perniagaan Yang Diberi Pertimbangan
Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon. Antara jenis premis/aktiviti perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-
Gerai Tetap Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan dan minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
Gerai Bergerak Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori/van bergerak.
Kedai Tetap
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
Perniagaan Perkhidmatan Seperti jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki peralatan elektrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, tuisyen dan taman bimbingan kanak-kanak.
Perkhidmatan Pengangkutan Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah, bas kilang dan kereta sewa.
Pembuatan Seperti industri kecil memproses makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih.
Nilai Pinjaman
Nilai pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon. Antara jenis premis/aktiviti perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-
Gerai Tetap
Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan dan minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
Gerai Bergerak
Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori/van bergerak.
Kedai Tetap
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
Perniagaan Perkhidmatan
Seperti jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki peralatan elektrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, tuisyen dan taman bimbingan kanak-kanak.
Perkhidmatan Pengangkutan
Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah, bas kilang dan kereta sewa.
Pembuatan
Seperti industri kecil memproses makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih.
Nilai pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
i)
Pinjaman kali pertama dari RM1,000.00-RM10,000.00
ii)
Pinjaman kali kedua dan seterusnya dari RM1,000.00-RM20,000.00
Pinjaman kedua dan seterusnya hanya akan dipertimbangkan kepada usahawan yang mempunyai rekod baik bayaran pinjaman terdahulu.