Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Masalah isu baru !


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
Masalah isu baru !


50,000 pelancong ‘hilang’:
Imigresen rancang operasi buru warga China salah guna pas lawatan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelancong China yang berkunjung ke Malaysia tahun ini, dikesan masih belum pulang hingga menimbulkan pelbagai persoalan berhubung motif kemasukan warga asing itu ke negara ini.






Sehubungan itu, Jabatan Imigresen merancang mengadakan operasi besar-besaran bagi mengesan pelancong terbabit yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran atau cuba menjadi warga tempatan menggunakan dokumen palsu.

Malah, pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum menyeludup ke negara ketiga.

Sumber memberitahu New Straits Times, ketika ini pihak berkuasa masih menyiasat sama ada warga China itu, yang menggunakan pas lawatan sosial, masih berada di negara ini atau sebaliknya.

‘Kehilangan’ warga China yang ramai itu juga menguatkan lagi alasan Jabatan Imigresen untuk menemuramah mana-mana warga asing sebaik tiba di lapangan terbang untuk mengelak penyalahgunaan pas lawatan sosial.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) berkata Kabinet mengarahkan Jabatan Imigresen tidak lagi menyoal siasat secara terperinci tujuan kedatangan pelancong wanita dari China, khususnya yang berumur bawah 35 tahun, sejurus tiba di negara ini.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid mempertahankan tindakan Jabatan Imigresen bagi memastikan pelancong asing tidak tinggal melebihi tempoh.

Sementara itu, sumber imigresen menjelaskan statistik 50,000 pelancong China yang ‘menghilangkan diri’ itu diperoleh berdasarkan kad pelawat yang diserahkan kepada jabatan berkenaan ketika mereka pulang tidak sama dengan jumlah rekod kemasukan.

Awal tahun lalu, Jabatan Imigresen dilaporkan berkata, pihaknya tidak dapat memastikan ke mana menghilangnya lebih 250,000 pelancong dari India dan China apabila mengikut rekod mereka tidak keluar dari negara ini walaupun sudah tamat tempoh lawatan.

Pada 2003 pula, 500,000 pelancong China datang ke negara ini, tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 warga republik itu yang pulang ke negara asal.

Statistik 2002 juga menunjukkan hanya 360,000 daripada 537,000 warga China yang masuk ke Malaysia, meninggalkan negara ini.

Walaupun pihak berkuasa mengetatkan prosedur pengeluaran visa ke atas pelancong China, masih ramai dikesan menggunakan visa palsu dan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Tahun ini saja 50 peratus daripada 4,900 wanita asing yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan maksiat terdiri daripada warga China, Indonesia (1,240), Thailand (750), Filipina (550), manakala 350 lagi warga Uzbekhistan dan India.

Jumlah wanita China yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan maksiat meningkat beberapa kali ganda berbanding hanya 190 orang lima tahun lalu.

Tahun lalu, daripada 5,783 wanita asing yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran, 1,821 adalah warga China.

 
 
pHiz : Memang dah teruk ! sekarang ni bukan setakat kemasukan pendatang asik Indonesia je jadi masalah tetapi kemasukan pendatang asing dari negara China. Menurut sumber yg boleh dipercayai, Pendatang Kafir cina ni mula2 datang secara sah dan lepas tuh menyorok di perkampungan kaum cina bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. Mereka perlahan-lahan akan belajar bahasa melayu kita. Pasal IC ape nak ditakutkan, siapa nak check bangsa cina ? sekarang kalau dlm minda masyarakat kita pendatang haram cuma bangsa indon, pakistan,burma,nyammar dll. Orang cina kita tak hirau. Bukan begitu ? Setakat IC palsu tuh boleh beli dan dpt dgn mudah janji ada wang, org cina apa ada hal dengan wang. Itu yang sekarang ni kalau kita pergi kawasan pendalaman kenkadang kita jumpe org cina nak bercakap bahasa melayu pon tonggang langgang macam baru duduk Malaysia je. Mungkin pada pendapat saya, ada sesetengah pihak yang bertanggungjawab membawa masuk Kaum kafir cina ni ke Malaysia bagi meningkatkan taraf penduduk kaum cina ni, bila org cina dah ramai di Malaysia ni lagi besar kepala lah mereka2 ni.
          Cuba renung2kanlah ... ape tindakan yang sewajarnya kerajaan kita ni lakukan bagi membendung masalah taktik kotor mereka ni. Tindakan kita pula bagaimana ?


__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

senang aje, kalau semua pihak memainkan peranan masing2 tak timbul soal ni. yang penting pehak2 yang berkenaan mejalankan tugas dengan amanah dan jujur. insyaalah settle problem. itu padangan saya yang bengep ni la

__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

kena la check balik statistik penduduk malaysia... kang tetiba je melayu dah jadi minoriti...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 102
Date:


tontoyo wrote:

kena la check balik statistik penduduk malaysia... kang tetiba je melayu dah jadi minoriti...




Btol tu,nnt ader yg menjajah dlm senyap...tak jajah secara fizikal,jajah cara lain plak

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

susah zaman skrang ni..kita kena berwaspada..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

cina cina tuh semua tuh jadi petani tuh kat genting highland

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Jauhkan dari kemaksiatan dan kemudaratan

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Macam contoh di Melaka, kebanyakan petani/peladang disini semuanya cina. tapi bila kita try bercakap dgn mereka, rupa2nya cina indonesia. siapa sangka mereka tuh cina Malaysia? mereka2 tuh duduk disini secara haram, takde siape yg tau. Mereka2 tuh kebanyakan menumpang sedara-mara atau kenalan mereka disini yg bertani. Masalah ni nampak remeh, tapi kalau berlarutan jumlah kaum cina ni semakin bertambah suatu hari nanti kalau tiada pihak yg sepatutnya bertanggungjawab mengambil langkah2 yg drastik bagi membendung kemasukan pendatang ini secara halus. Kalau tak percaya try pergilah mana2 ladang, cuba bercakap dgn petani cina. kalau bukan Cina indonesia gerenti cina daritanah besar china. Tak lama lagi dengar kabar je penduduk cina di Malaysia bertambah, yang mana amat merbahaya kepada kita jikalau bilangan mereka hampir kepada setengah jumlah penduduk di Malaysia. Time tuh, suara mereka amat merbahaya dan bole menggugat kita. Jadi awas!



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

masaalah masaalah masaalah

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

tapi selagi imegresen boleh dirasuah camne nak settle problem ni...?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:

kalau ader duit memacam boleh wat tau

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Berita terbaru ...


Warga China `hilang' diburu -- Polis lancar operasi besar-besaran jejaki 50,000 yang masih bersembunyi

Oleh NORLIZAH ABAS



PULAU PINANG 1 Dis. - Semua kontinjen polis negeri diarah menggerakkan operasi berskala besar bagi memburu kira-kira 50,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) China dan warganegara lain yang masih bersembunyi di negara ini, berkuat kuasa serta-merta.


Arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


``Bermula hari ini semua ketua polis negeri dan ketua polis daerah diarah mengerahkan anggota masing-masing untuk menjejaki mereka secara habis-habisan,'' kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib.


Tanpa menyatakan jumlah anggota polis yang akan terlibat dalam operasi berkenaan, beliau berkata, ia bergantung kepada keperluan kontinjen setiap negeri.


Menurut beliau, operasi bersepadu yang belum diberi nama itu turut melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Imigresen.


``Tindakan itu diambil ekoran gesaan Perdana Menteri yang mahukan Jabatan Imigresen dan polis bersungguh-sungguh mengesan kira-kira 50,000 warga China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi belum meninggalkan negara selepas tempoh lawatan mereka tamat,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan penyerahan projek Pangkalan Polis Marin Wilayah Utara, Batu Uban di sini hari ini.


Utusan Malaysia keluaran 20 Februari 2004 dalam laporan utama muka 1 pernah menyiarkan berita mengenai seramai 271,000 warga China dan India yang datang ke negara ini sepanjang tahun 2003 didapati tinggal lebih masa dan pihak berkuasa sedang mengesan mereka.


Berita itu memetik Ketua Pengarah Imigresen Datuk Jamal Kamdi sebagai berkata dari pemantauan awal yang dibuat jabatan itu, seramai 185,000 daripadanya merupakan rakyat China dan 86,000 lagi warga India.


Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pula minggu lalu turut mendedahkan fenomena yang sama mengenai kehilangan 50,000 pelancong China di negara ini setelah visa mereka tamat tempoh.


Sehubungan itu, Othman memberi amaran kepada pendatang-pendatang asing supaya segera menyerah diri kepada balai polis berdekatan sebelum mereka ditangkap.


``Polis meminta semua pendatang berkenaan segera melapor diri ke balai-balai berdekatan bagi mengelakkan mereka ditangkap dan kemudian didakwa kerana tinggal lebih masa di negara ini.


``Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk mendakwa atau menghantar mereka pulang.


``Bagaimanapun, saya tegaskan di sini, ia bukan melibatkan proses pengampunan,'' katanya.


Othman berkata, tiada tempoh masa tertentu diberikan kepada kontinjen-kontinjen bagi mencari dan menjejaki semua pendatang berkenaan serta pihak-pihak yang disyaki melindungi pendatang.


Bagaimanapun, beliau memberi peringatan kepada pasukan polis supaya tidak bertindak membabi buta ketika menjalankan pemeriksaan termasuk dari rumah ke rumah kerana ia perlu berlandaskan maklumat risikan.


``Dalam hal ini saya beri jaminan, orang awam tidak akan menjadi mangsa ketika operasi dijalankan. Tidak perlu risau apa-apa,'' ujar beliau.


Sementara itu, dokumen penyerahan kompleks berharga RM67.5 juta itu yang lengkap dengan kemudahan jeti, pejabat pentadbiran, perumahan dan kawasan rekreasi ditandatangani di antara Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir. Abdullah Abdul Rahman dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Hassan Saep.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

mari melancong kita galakkan


mari melencong plak camner....................



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


abihhh...bila ada yg kena ketuk ketampi....jadikan isu plak....kalo dlm penjara kena ragging biasak laaa...nih kera di hutan disusui...anak sendiri mati kelaparan....pelik m'sia nih.....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

betul tue phiz hambe sokng...


///



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

gurl sokong erk ? ehehe mcm tak percaya je ...


 


pHiz : ade planning nak banjer gurl makan nasi ayam special kat bachang.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard