Sekadar utk pengetahuan mengapa lelaki berhak kahwin lagi.
8 faktor dibolehkan poligami PROF Abdul Rahman I Doi menggariskan lapan keadaan poligami memberikan penyelesaian terbaik kepada permasalahan masyarakat iaitu:
Apabila seorang isteri menghidap penyakit serius seperti lumpuh, gila babi atau penyakit berjangkit. Dalam keadaan ini adalah lebih baik jika ada seorang lagi isteri yang akan menjaga keperluan dan harta suami dan anak-anak.
Apabila isteri dibuktikan melalui pemeriksaan perubatan bahawa dia tidak subur dan tidak boleh hamil.
Jika isteri itu gila.
Jika isteri itu tua dan menjadi lemah serta tidak berupaya menjaga suami dan hartanya.
Apabila suami mendapati isterinya mempunyai sifat yang buruk dan dia tidak boleh berubah. Ini adalah sebagai pengajaran kepada isteri berkenaan.
Apabila isteri keluar rumah dan menjadi tidak taat kepada suaminya.
Sewaktu peperangan ramai lelaki terkorban di medan jihad; poligami menjadi penyelesaian terbaik.
Sekiranya suami berasa dia sangat memerlukan isteri kedua untuk keperluan nalurinya yang kuat.