Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Al-Qaeda Asia Tenggara ancam lancar serangan


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Al-Qaeda Asia Tenggara ancam lancar serangan


 
JAKARTA 29 Nov. - Satu kumpulan militan yang menggelar dirinya `Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara' mengancam untuk menyerang kerajaan-kerajaan di rantau ini termasuk Malaysia.

Kumpulan itu juga memuji Dr. Azhari Husin dan Nordin Mat Top sebagai `Harimau Islam.'


Kenyataan berbahasa Melayu dan beralamat di Kuala Lumpur itu disiarkan dalam satu laman web yang dikesan hari ini.


Kumpulan yang tidak dikenali itu memberi amaran kepada Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina bahawa serangan akan dilancarkan terhadap kedudukan kerajaan, tentera dan ekonomi di negara-negara tersebut.


Mereka menggesa umat Islam supaya menjauhi lokasi-lokasi berkenaan.


``Segala perbuatan yang akan kami lakukan merupakan tindakan ganas terhadap manusia yang tidak mahu beriman kepada Allah,'' menurut kenyataan 41,000 perkataan bertajuk `perisytiharan perang.'


Tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan itu berkemampuan untuk melaksanakan ugutan mereka.


Polis Malaysia, Indonesia, Thailand menyatakan, mereka tidak ada maklumat mengenai laman web tersebut atau kenyataan bertarikh 5 Oktober itu.


``Walaupun kami tidak pernah mendengar tentang kumpulan pengganas ini, apabila ia telah membuat ugutan menerusi laman web, kita perlu berwaspada,'' kata ketua Agensi Perisikan Kebangsaan Thailand, Jeneral Jumpol Manmai.


Kenyataan itu turut mengkritik kerajaan Malaysia dan merujuk kepada kejadian pada Oktober lalu apabila bungkusan-bungkusan mencurigakan dihantar ke beberapa kedutaan asing di Kuala Lumpur. - AP





__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

uikz macam2 r skunk nie...///

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Malaysia ni aman dan makmur. Jangan rosakan kemakmuran yg kita kecapi pada hari ini. Mati tak berkubur nanti.

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

jgn anggap remeh amaran mrk ini....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 102
Date:

Elok2 aku respect fighter2 al-qaeda ni trus aku menyumpah!!!nk serang pon pegila kat us tu ker,britain ker,negara2 kristian tu ker,ni negara yg ramai islam gak diorg nk serang...mmg nk kena sgt2 fighter2 ni,ingat diorg hebat,try dulu ler gelanggang kat cni camner beb,bukak baju bukak kepak,tgk sape tumbang

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

ckap siang pandang2 cakap mlm dengar2

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

ish ish ish.......bersedia ja laaaaaa

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


info cam ni kena teliti betul2. klu tak huru hara kiter



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard