kita panjatkan syukur dan tahniah ke atas kejayaan pembukaan kedai celcom oleh Putrajaya yang telah berlansung majlis perasmiannya oleh YB DATO FUAD, Presiden kita pada 2 disember 05.
TEAM R&D telah menghantar deligasi sebagai menghormati jemputan ayah Paq, turut mendaulatkan majlis yang di adakan dengan pakaian seragam r&d.
Inilah contoh perjuangan masa kini, perjuangan memartabatkan ekonomi, bukan langsi sana langsi sini. Berjuang dengan kekerasan, kita berhenti di penjara/lock up, berjuang dengan ekonomi, kita senang dan dihurmati kata ayah paq dan disokong oleh dato presiden kita.
Hentikan hasad dengki, kurangkan bercakap dan banyakkan usaha adalah seruan ayah paq dalam majlis itu.
DATO PRESIDEN PULA banyak menerangkan perkembangan terkini UNIT R&D yang kini telah berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa dengan disiplin korporatnya. mendapat pujian pelbagai peringkat rakyat Malaysia, dari kalangan NGO NGO MALAYSIA hinggalah pemimpin negara termasuk YAB PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SENDIRI.
YB Dato presiden juga mengumumkan penubuhan PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN INSAN PEKIDA sebagai pengiktirafan kepada kejayaan R&D mendidik ahli sahingga berjaya menonjolkan imej positif dan mantap kepada masyarakat umum melalui unit latihan nya selama ini.
Ayah paq juga dengan tegas menyatakan bahawa anak anak R&D adalah kebanggaan beliau dan sentiasa mendapat restu beliau dalam apa jua tindak tanduk yang diusahakan. Ayahanda sering memberikan kata semangat dan sokongan di mana jua bertemu dengan unit r&d. Terimakasih tidak terhingga kepada ayah Paq.
Alhamdulillah. Tahniah abang Long@ Ayahanda ku. Saya tak berkesempatan pergi kerana bertugas. Namun jutaan ampun dan maaf jika saya utarakan satu berita sedih.
Dengar cerita, Team RND kena aniaya ketika majlis berlangsung. Trooper dan Iswara milik Team RND telah dicalar di sisi kanan dan kiri. Panjang lak calar tu. Kesian. Datuk Fuad pun sedih mendengarnya. Malah ketika pertemuan antara Abang Long Dr. Mas, saya, Andy dan beberapa adik RND dengan Datuk Ahmad Ali, Datuk juga menyatakan rasa kesal beliau. Katanya perkara sedemikian tak sepatutnya berlaku di kalangan adik beradik. Ini juga telah melanggar janji setia (baiah). Beliau juga umpamakan nasib RND bagaikan ke rumah seseorang untuk makan malam atas jemputan, sambil tuan rumah melayan tetamu, anak tuan rumah ambil racun dan bubuh dalam makanan tetamu. Yang malu ialah tuan rumah.
Bila difikirkan memang betul kata-kata Datuk tu. Dan sepanjang saya bersama-sama abang Long Dr. Mas, beliau tidak pernah terlintas untuk menganiaya sesiapa walaupun dikutuk dan difitnah. Malah pernah ada adik2 RND yang marah kerana abang Long Dr. Mas di kutuk dan dianiaya oleh golongan adik beradik sendiri dan ingin bertindak kasar, tapi abang Long Dr. Mas menegah dengan keras dan mengingatkan kami tentang janji setia (baiah) yang pernah kami lafazkan. "Korang barbaiah dengan Allah, bukan dengan abang. Biarlah Allah saja yang balas" antara kata-kata abang long Dr. Mas pada kami.
Saya pun paling habis meluahkan rasa tak puas hati je. Nak bertindak lebih2 tak boleh. Arahan abang Long Dr. Mas. Sejahat-jahat manapun mereka, mereka adik beradik seperjuangan kita. Biarlah. Allah Maha Adil.
Memang memalukan lah. Sapa yang punya kerja tu patut diambil tindakan oleh Majlis. Macamana adik beradik sendiri boleh buat macam tu? Menjatuhkan imej dan burukkan nama ayah Paq. Ni kerja budak-budak tak cukup akal ni. Itu lah kena tapis lebih sikit adik-adik ni sebelum baiah. Kalau tak tapis, jadi macam ni la. Buat aniaya sesuka hati dengan adik beradik sendiri. Tak guna akal fikiran langsung.
Tapis macamana pun lepas jugak bebudak ni... dan dah jadi satu fenomena umum dah perangai pekida ni ... entah islam apa yg derang dakwahkan tak tau laaa... buat malu ayah paq saja.
Dengar cerita, Team RND kena aniaya ketika majlis berlangsung. Trooper dan Iswara milik Team RND telah dicalar di sisi kanan dan kiri. Panjang lak calar tu. Kesian.