Pekida r&d telah mengumpulkan 44 orang ahli berpakaian lengkap baju melayu hitam dan samping songket dengan songkok jalur r&d di majlis tahlil atas jemputan JPM pada malam 28 November 2005 yang lalu di masjid Putrajaya.
Ramai para VIP yang sempat bermesra dengan anggota r&d, termasuk YAB PERDANA MENTERI yang turut sudi bergambar ramai dengan anggota r&d. Turut menemuramah dan mengucapkan syabas atas penubuhan r&d ialah timbalan perdana menteri, Dato Seri Mohd Ali Rustam, Dato Seri Rahim Tambi Chik, Dato Seri Yusuf Nor, YB Dato Azmi Khalid, Dato Noh Omar, YB Dato Ismail Sobri, Tun Daim Zainuddin dan ramai lagi.
Dato Seri Najib dan Dato Seri Rahim Tambi Chik turut meneliti Tag dan songkok R&D sambil bermesra menemuramah anggota r&d dan mengucapkan syabas.
Pengerusi Masjid Putrajaya turut berbangga dan meminta abang Long Dr Masjuki selaku pengarah r&d selalu membawa adik adik r&d ke apa saja majlis di masjid putrajaya. Beliau yg turut mendengar pelbagai tohmahan terhadap r&d menasihatkan agar jangan sekali kali menghiraukann tohmahan orang setelah r&d berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap pekida, melalui disiplin ahli, aktiviti bermoral dan penubuhan laman web. Malah beliau adalah orang yang meminta r&d berbaris menyusun ahli, dan beliau sendiri meminta Pak Lah masuk baris bersama Dato Seri Mohamad Ali Rustam untuk bergambar ramai bersama anggota r&d.
Sementara itu, ramai menteri dan VIP lain, termasuk yang bukan Islam seperti Dato Seri Lim Keng Yek, Dato Seri Ong Ka ting dan ramai lagi turut mengambil giliran dan berkenan mengambil gambar bersama anggota r&d.