Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pesan dari seorang Abang...


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Pesan dari seorang Abang...


Al kisah abang memberi ingat kepada adik.
Bismillahi Rahman Rahim
Wabihi Nastainu Billahi Ta'ala
 
 




Hakcipta terpelihara 2003 © Mohamed Yosri Mohamed Yong.




Dengarlah adik, abang berpesan
Jangan adik menurut perasaan
Pilih pasangan hendak fikirkan
Baik buruk harap bezakan
Dengarlah pesanan segala orang tua
Mengikut adat segala penggawa
Semoga hidup mudah ketawa
Agar dijauhi segala rawa
Jangan dipilih rupa semata
Atau dipandang kepada harta
Jangan tertipu pada kata
Lelaki sebegitu ramai di kota
Pilihlah yang dapat membantu diri
Semua lengkap lagi berseri
Kerana melihat sehari-hari
Nantikan jemu tidak terperi
Pilihlah mereka yang teguh imannya
Dapat membantu jika lalainya
Anak dididik sempurna segalanya
Ketua keluarga besar tanggungannya
Biarlah yang berilmu luas di dada
Fikiran sempurna semua ada
Tidak dungu, biolnya tiada
Kambing dilihat disangka kuda
Pilihlah yang mampu memberi pakai
Jangan dipilih terlalu pokai
Nantikan hidup seperti sakai
Adik hidup menanggung bangkai
Yang bengis pula jangan dipilih
Itu penyakit yang tidak pulih
Ada sahaja yang jadi dalih
Maki hamun tidak tersisih
Jangan dipilih terlalu melawak
Segala dilihat semua digelak
Masalah semua dia mengelak
Adik tersiksa nanti melalak
Terlalu cemburu jauhi diri
Nanti terlalu mengongkongkan diri
Ditanya ditengking sehari-hari
Siksa ditanggung tidak terperi
Anak yang besar jangan diambil
Segala ditanya terkebil-kebil
Segala perbuatan terlalu babil
Tidak terbayar segala bil
Pilih biar ada parasnya
Harta ada untuk tanggungannya
Keturunan mulia tiada aibnya
Ugama ada cukup lengkapnya
Yang paling baik ugama sempurna
Jadi pembimbing di dunia fana
Keluarga dibimbing cukup kena
Cakapnya penuh memberi makna
Hanya itu abang berpesan
Peringatan sebagai seorang insan
Semoga dapat memberi kesan
Hidup bahagia sentosa akan
Bukan mengata yang bukan-bukan
Nasihat ikhlas yang abang berikan
Kebahagian adik abang tekankan
Cemburu dan dengki minta jauhkan
Sekian sahaja penutup kata
Yang ditulis bukan betul semata
Kalau ada tersilap kata
Jangan pula dihina nista
Walau tidak terlihat di mata
Menjunjung kasih semata-mata
Ampuni segala rata-rata
Doa sentosa turut serta
Nasihat abang sudahlah tamat
Di dalam hati harap disemat
Mana yang baik diikut amat
9 Safar 1424 tamat



Tamatlah pesan seorang abang

Wasalam dari saya.

__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Senior

Status: Offline
Posts: 171
Date:

kuzairi wrote:


Al kisah abang memberi ingat kepada adik. Bismillahi Rahman Rahim Wabihi Nastainu Billahi Ta'ala     Hakcipta terpelihara 2003 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. Dengarlah adik, abang berpesan Jangan adik menurut perasaan Pilih pasangan hendak fikirkan Baik buruk harap bezakan Dengarlah pesanan segala orang tua Mengikut adat segala penggawa Semoga hidup mudah ketawa Agar dijauhi segala rawa Jangan dipilih rupa semata Atau dipandang kepada harta Jangan tertipu pada kata Lelaki sebegitu ramai di kota Pilihlah yang dapat membantu diri Semua lengkap lagi berseri Kerana melihat sehari-hari Nantikan jemu tidak terperi Pilihlah mereka yang teguh imannya Dapat membantu jika lalainya Anak dididik sempurna segalanya Ketua keluarga besar tanggungannya Biarlah yang berilmu luas di dada Fikiran sempurna semua ada Tidak dungu, biolnya tiada Kambing dilihat disangka kuda Pilihlah yang mampu memberi pakai Jangan dipilih terlalu pokai Nantikan hidup seperti sakai Adik hidup menanggung bangkai Yang bengis pula jangan dipilih Itu penyakit yang tidak pulih Ada sahaja yang jadi dalih Maki hamun tidak tersisih Jangan dipilih terlalu melawak Segala dilihat semua digelak Masalah semua dia mengelak Adik tersiksa nanti melalak Terlalu cemburu jauhi diri Nanti terlalu mengongkongkan diri Ditanya ditengking sehari-hari Siksa ditanggung tidak terperi Anak yang besar jangan diambil Segala ditanya terkebil-kebil Segala perbuatan terlalu babil Tidak terbayar segala bil Pilih biar ada parasnya Harta ada untuk tanggungannya Keturunan mulia tiada aibnya Ugama ada cukup lengkapnya Yang paling baik ugama sempurna Jadi pembimbing di dunia fana Keluarga dibimbing cukup kena Cakapnya penuh memberi makna Hanya itu abang berpesan Peringatan sebagai seorang insan Semoga dapat memberi kesan Hidup bahagia sentosa akan Bukan mengata yang bukan-bukan Nasihat ikhlas yang abang berikan Kebahagian adik abang tekankan Cemburu dan dengki minta jauhkan Sekian sahaja penutup kata Yang ditulis bukan betul semata Kalau ada tersilap kata Jangan pula dihina nista Walau tidak terlihat di mata Menjunjung kasih semata-mata Ampuni segala rata-rata Doa sentosa turut serta Nasihat abang sudahlah tamat Di dalam hati harap disemat Mana yang baik diikut amat 9 Safar 1424 tamat Tamatlah pesan seorang abang Wasalam dari saya.

SLM... time KSH hamba UCPKN kpd ABG yg TLH byk MENYEDARKN dr HAMBA dgn KT2 abg TU... HAMBA bc SMPI mentskn AIRMT sbb HAMBA prh DTIPU oleh LElaki YG x PUNYA prsn...hamba RS tersentuh SGT dgn KT2 abg TU... HAMBA x DPT nk THN airmt NE... terlalu MNDLM mksd DSBLK kt2 ITU... time KSH beyk... THANKZ a LOTZ... jsmu AKN hamba KNG hg AKHIR zmn... WSLM...

__________________
HONEYBEE


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

SALAM,


 


 TERIMA KASIH .....BANYAK2


   ''YA...ALLAH KAMI MEMOHON KEPADAMU Cemburu dan dengki minta jauhkan ''


                                                                                              POST BAIK... EMUAH....


 


 



__________________
mohd hawarie


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

terimakasih kuzairi pesanan dari abang amat bermakanadan amat berguna 

__________________
alllang


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:

wah mendalam btol maknanye///

__________________
berminat


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

Terima Kasih...


Atas apa yg Tersurat dan tersirat...



__________________
Kalo nak idup, buatlah yg terbaik...


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

semoga pesanan yang di sasmpaikan menyedarkan kita dari kesilapan yang kita lakukan samaada sdar atau sebaliknya....

__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

berpesan-pesanlah walau sepatah ayat.............................


sekadar peringatan



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:
alhamdullillah


semoga ahli forum


fikir2 sejenak.. =)



__________________
yusof
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard