Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Harimau,Buaya,Tikus dan Madu


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Harimau,Buaya,Tikus dan Madu


Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni.


Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni  punyalah takut,  berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia  diselamatkan  daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH  diperlihatkan sebuah  perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si  hamba ALLAH ni pun  terjunlah ke dalam perigi.


Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni  bergayut pada tali  tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di  tengah-tengah perigi. Di  mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba  ALLAH ni pun  berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa  kepada ALLAH  agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak  selamat, tetiba dengar  bunyi kocakan air di bawah perigi.


AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu  ada apa kat  bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah  jatuh ditimpa  tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau  bawah ada buaya.


Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan  keluar, tetiba  keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut  tali yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang  ajar punya tikus.

Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg  berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak  buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali  putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan diriny a, tetiba....
terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba  ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang  bawa madu.


Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH  ni tadi. Pun yalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH  tu kata,
"Fuh  manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.


Sedapnya.

SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa  pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya  yg menantinya di  bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua.

Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg  menanti ki ta di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba  bergayut tadi  adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka  panjanglah umur kita dan  kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga  malam yang  sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.  Madu...,madu yg  jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat 
 dunia.


Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau  dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa  pada ALLAH.  Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.


ASTAGHFIRULLAH...


Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan ALLAH  dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang  diredhoiNya  Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat  kesejahteraan dan  kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan
seharian dalam  apa jua yang kita kerjakan.





__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

hmm...memberi makna sungguh cerita diatas itu...semoga kita semua mendapat manfaatnya...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard