Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sekadar renungan


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
sekadar renungan


adik beradik yg dikasihi,


tazkirah,...


 


"Siapa yang kamu marah?"

Seorang ahli sufi yang masyhur, Syaqiq Al Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima buah tembikai itu. Malangnya, apabila buah tembikai itu dibelah, ia dapati buah itu itu tidak elok. Lalu si isteri marah-marah kerana tidak mendapat buah seperti yang diharapkan.

“Kepada siapa engkau tujukan marah itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli, atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?”

Tanya Syaqiq kepada isterinya. “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik saja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga...

“Kini, nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

“Begitulah Agama Kami”

Semasa berada dalam khemahnya, Sultan Salahuddin Al Ayubi terdengar suara wanita tua yang sedang menangis lalu memerintahkan agar wanita itu dibawa mengadapnya. “Kenapakah ibu menangis? Apakah musibah yang menimpa diri ibu?” tanya beliau.

“Wahai sultan, hidupku kini sebatang kara, sedangkan aku sudah tua. Anak lelakiku telah hilang dalam peperangan dengan tenteramu. Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup atau telah mati. Sementara suamiku pula telah menjadi tawanan tuan, padahal dialah yang menyara nafkah hidupku,” kata nenek itu.

Sultan Salahuddin memerintahkan supaya dibebaskan suami wanita tersebut dan dicari anaknya. Rupa-rupanya anak lelakinya masih hidup lalu dibawa kedua-duanya menemui wanita itu.

Kerana terlalu gembira dan terharu, wanita tua itu mengucapkan terima kasih atas kemuliaan budi Sultan Salahuddin.

“Wahai ibu, begitulah ajaran agama kami,” jawab Sultan Salahuddin. Ibu itu bertanya, “Ceritakanlah kepada kami apa itu Islam.”

Setelah diceritakan tentang agama Islam, akhirnya kedua-dua suami isteri itu mengucapkan syahadah.

"Aku Hanya Takut Kepada Allah!"

Sekumpulan anak-anak orang mukmin sedang asyik bermain di pinggir Kota Madinah. Suasana gempar tiba-tiba. Anak-anak itu bertempiaran lari menyembunyikan diri. Mengapa?

Rupa-rupanya Sayidina Umar Ibnu Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada pada Sayidina Umar.

Dalam kekalutan itu... seorang budak tidak ikut sama bersembunyi, bahkan terus bermain seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sayidina Umar yang melihat keberanian budak itu, lalu bertanya, “Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?”

Anak itu menjawab dengan berani, “Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja, bukan pada manusia.”

“Siapa namamu?”

“Abdullah bin Zubair”

Abdullah bin Zubair adalah anak Asma’ binti Abu Bakar. Hasil didikan ibunya, apabila dewasa, Abdullah menjadi seorang ahli ibadah disegani.


 
 
 salam untuk semua

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard