Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w keluar masjid, baginda berjumpa dgn iblis. Baginda bertanya kpd iblis: "Apa tujuanmu datang ke masjidku?" Jawab iblis: " Hai Muhammad, Allah yg menghantar aku ke sini." "Utk tujuan apa?" tanya baginda. Jawab iblis: " Agar dpt kau bertanya mengenai apa saja." Lalu, perkara pertama yg ditanya Rasulullah s.a.w ialah mengenai solat. "Hai iblis, mengapa kau menghalang umatku drpd bersolat jemaah?" Jawab iblis: "Hai Muhammad, apabila umatmu keluar utk bersolat berjemaah, aku rasa kepanasan yg berterusan sehingga mereka berpisah antara satu sama lain." Rasulullah s.a.w bertanya lagi: "Hai iblis, mengapa kau menghalang umatku drpd membaca al-Quran?" Jawab iblis: " Waktu mereka membaca al-Quran, badanku akan meleleh dan hancur spt timah." Tanya Rasulullah, "Hai iblis, mengapa kau menghalang umatku drpd berjuang?" Jawab iblis," Apabila mereka keluar berjuang kakiku akan terikat sehingga mereka kembali." Tanya Rasulullah lagi: "Hai iblis, mengapa kau menghalang umatku beribadat haji?" Iblis menjawab: "Apabila umatmu keluar menunaikan ibadah haji, diriku akan terikat dgn rantai dan terbelenggu, apabila mereka bersedekah, di atas kepalaku terletak gergaji, lalu akan menggergajiku sehingga terbelah." Diceritakan lebih lanjut, tatkala penghuni neraka sampai ke neraka,disediakan utk iblis sebuah mimbar drpd api, pakaian dan mahkota drpd api dan terikat dgn tali drpd api juga. Dikatakan kpd iblis, "Hai iblis, naiklah ke atas mimbar dan berucaplah kpd penghuni neraka." Maka, semua yg berada di neraka mendengar suaranya dan mereka semua berpaling menghadap iblis. Kata iblis selanjutnya: "Hai orang-orang kafir dan munafik, sesungguhnya Allah menjanjikan kamu dgn janji yg benar. Bahawasanya kamu akan mati,akan dihisab dan akan terbahagi kepada dua. Satu kelompok di syurga dan satu kelompok di negara Sa'ir. "Kamu fikir, kamu tidak akan mati, bahkan akan kekal di dunia. Aku tidak mempunyai apa-apa kuasa selain hanya menggoda kamu, kemudian kamu menerima dan mengikutiku. Kerana itu, janganlah kamu mengutuk diriku sebaliknya kutuklah dirimu sendiri. "Bagaimana kamu tidak menyembah Allah sedangkan Dia adalah yang Maha Mencipta segala sesuatu?" Iblis berkata lagi: "Aku tidak dapat menyelamatkan kamu sekalian dari seksaan Allah dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya hari ini aku terlepas dari segala janjiku kepada kamu kerana diusir Allah." Setelah penghuni neraka mendengar ucapan itu, mereka semua melaknati iblis. Kemudian iblis dipukul malaikat Zabaniah dengan tombak drpd api dan iblis jatuh ke tempat paling bawah. Dia kekal selama-lamanya dalam neraka itu bersama-sama orang yang mengikutinya dari penghuni neraka. Kata malaikat Zabaniah kepada mereka, "Tidak akan ada bagi kamu kesenangan dan kamu akan kekal di dalamnya selama-lamanya.
Sekian, semoga kita sama-sama mendapat iktibar dari cerita ini.