Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dulu, Kini Dan ..


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Dulu, Kini Dan ..


Al-kisah pada suatu masa dahulu terdapat sebuah keluarga yang suka
menipu.  Bapa suka menipu, ibu suka menipu dan anaknyapun apa lagi,
mengikut sahajalah tingkah laku kedua - dua orang tuanya, yakni suka
juga menipu.  Mereka menipu orang kampung, menipu sesama mereka
sekeluarga dan yang lebih sedih lagi, mereka suka menipu diri mereka
sendiri. Ditakdirkan Tuhan maka pada suatu hari si ibu telah jatuh
sakit
lalu telah meninggal dunia.

Sedih si bapa dan si anak kerana telah kehilangan isteri / ibu yang
tersayang.  Maka si bapa telah mencadangkan kepada si anak agar mulai
saat itu mereka berdua bertaubat daripada menipu.  Si anakpun
bersetuju.
Maka si anak telah bertanya kepada si bapa bagaimana caranya nak
bertaubat dengan sebenar - benar taubat?

Si bapa telah berfikir sejenak (sebab tak tahu jawapannya), kemudian
setelah 30 saat berlalu, maka si bapapun telah memberitahu si anak
bahawa cara yang sebenar - benarnya bertaubat ialah mereka berdua
perlu
mensucikan diri mereka daripada dosa - dosa silam dengan mandi di
dalam
air sungai di belakang rumah (tipu lagi ...).  Maka si anak telah
bersetuju (kedua - dua jahil ilmu).

Mereka berduapun pergilah ke sungai belakang rumah.  Masing - masing
pakai seluar pendek.  Mula - mula si bapa terjun kedalam sungai.
Boooshhhh!  30 saat masih lagi tak timbul.  Rupa - rupanya kaki si
bapa
telah tenggelam di dalam selut di dasar sungai. Meronta - ronta si
bapa
cuba hendak melepaskan dirinya, akhirnya berjaya juga.  Bila naik ke
tebing sungai, maka si anak tadipun telah bertanya si bapa, kenapa
lama
sangat menyelam dalam sungai?  Si bapa kata sebab dalam sungai tadi
ada
roti canai, ada teh tarik, ada kuih - muih dan sebagainya (tipu lagi
....)  Maka si bapa kata dia makanlah dahulu hidangan tersebut sebelum
dia naik balik ke atas.

Mendengarkan berita tersebut maka si anakpun terus terjun pula kedalam
sungai.  Boooshhh!  Tetapi malang juga buat si anak kerana kali ini
pula
kepala si anak telah terkena pada sebuah batu besar di dasar sungai.
Berdarah.  Kejap - kejap itu juga si anak naik balik ke tebing sungai.
Maka si bapa tanya pada si anak kenapa si anak cepat sangat naik ke
tebing dan kenapa kepala si anak berdarah?  Nak tahu apa si anak
jawab???





__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

jawab apa?

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

anak dia pon jawab ler.....
ini semua angkara bapak ler dah makan tak bayor......
tak pasal2 saya kena pukul......

huahauhua tol tak jawapan aku........


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

hehehehehe kaki tipu la ko abcdead

__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

Si anak kata, dia kena pukul dan kena kejar dek tauke kedai makanan
dalam sungai kerana si bapa tak bayar lepas makan roti canai dan
kuih -muih tadi ... he he he.

Nak bertaubatpun masih lagi menipu .... ish ish ish.





__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

citer nie pun tipu gak kan... hehehe


manede roti canai dlm sungai...


teh tarik tue boleh la caye bab air tu pun cam teh gak (keruh)...




__________________
Kalo nak idup, buatlah yg terbaik...


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

hahahahahaha betul la boo tuck

__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


nak pekena ler tu........................)))))))))))))))) 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

ceekweetnye citer

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:



__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

keluarga 69

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Veteran

Status: Offline
Posts: 78
Date:

hehehehehehehe

__________________
BERSATU AMAN SEJAGAT///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard