Al-kisah pada suatu masa dahulu terdapat sebuah keluarga yang suka menipu. Bapa suka menipu, ibu suka menipu dan anaknyapun apa lagi, mengikut sahajalah tingkah laku kedua - dua orang tuanya, yakni suka juga menipu. Mereka menipu orang kampung, menipu sesama mereka sekeluarga dan yang lebih sedih lagi, mereka suka menipu diri mereka sendiri. Ditakdirkan Tuhan maka pada suatu hari si ibu telah jatuh sakit lalu telah meninggal dunia.
Sedih si bapa dan si anak kerana telah kehilangan isteri / ibu yang tersayang. Maka si bapa telah mencadangkan kepada si anak agar mulai saat itu mereka berdua bertaubat daripada menipu. Si anakpun bersetuju. Maka si anak telah bertanya kepada si bapa bagaimana caranya nak bertaubat dengan sebenar - benar taubat?
Si bapa telah berfikir sejenak (sebab tak tahu jawapannya), kemudian setelah 30 saat berlalu, maka si bapapun telah memberitahu si anak bahawa cara yang sebenar - benarnya bertaubat ialah mereka berdua perlu mensucikan diri mereka daripada dosa - dosa silam dengan mandi di dalam air sungai di belakang rumah (tipu lagi ...). Maka si anak telah bersetuju (kedua - dua jahil ilmu).
Mereka berduapun pergilah ke sungai belakang rumah. Masing - masing pakai seluar pendek. Mula - mula si bapa terjun kedalam sungai. Boooshhhh! 30 saat masih lagi tak timbul. Rupa - rupanya kaki si bapa telah tenggelam di dalam selut di dasar sungai. Meronta - ronta si bapa cuba hendak melepaskan dirinya, akhirnya berjaya juga. Bila naik ke tebing sungai, maka si anak tadipun telah bertanya si bapa, kenapa lama sangat menyelam dalam sungai? Si bapa kata sebab dalam sungai tadi ada roti canai, ada teh tarik, ada kuih - muih dan sebagainya (tipu lagi ....) Maka si bapa kata dia makanlah dahulu hidangan tersebut sebelum dia naik balik ke atas.
Mendengarkan berita tersebut maka si anakpun terus terjun pula kedalam sungai. Boooshhh! Tetapi malang juga buat si anak kerana kali ini pula kepala si anak telah terkena pada sebuah batu besar di dasar sungai. Berdarah. Kejap - kejap itu juga si anak naik balik ke tebing sungai. Maka si bapa tanya pada si anak kenapa si anak cepat sangat naik ke tebing dan kenapa kepala si anak berdarah? Nak tahu apa si anak jawab???
Si anak kata, dia kena pukul dan kena kejar dek tauke kedai makanan dalam sungai kerana si bapa tak bayar lepas makan roti canai dan kuih -muih tadi ... he he he.
Nak bertaubatpun masih lagi menipu .... ish ish ish.
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."