Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...


> > > > -Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
> > > > Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.
> > > >
> > > > Beberapa hari selepas kami berada di Mekah,
> > > > saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah
> > > > yang saya bawa tentang hubungan dingin antara
> > > > seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si
> > > > ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya
> > > > akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa
> > > > ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji
> > > > beberapa tahun lalu.
> > > >
> > > > Saya diberitahu, hubungan dingin itu
> > > > sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana
> > > > wanita berkenaan kurang senang dengan perangai
> > > > menantunya yang sombong dan mengongkong suami.
> > > > Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak
> > > > menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai
> > > > mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri.
> > > >
> > > > Seperkara lain yang wanita itu benar-benar
> > > > kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan
> > > > berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri,
> > > > dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa
> > > > sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun
> > > > kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.
> > > >
> > > >
> > > > Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan
> > > > rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan
> > > > menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah
> > > > lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun
> > > > menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya.
> > > > Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat
> > > > pulang.
> > > >
> > > > Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya
> > > > menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti
> > > > tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong.
> > > > Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu
> > > > menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker
> > > > sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk
> > > > isterinya.
> > > >
> > > > Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut
> > > > berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan
> > > > kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke
> > > > tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana
> > > > lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya
> > > > sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir
> > > > yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta
> > > > sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke
> > > > Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi
> > > > semakin parah.
> > > >
> > > > Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak
> > > > dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan
> > > > buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia
> > > > tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang
> > > > yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar
> > > > semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.
> > > >
> > > > Tetapi semakin hari perselisihan faham itu
> > > > bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan
> > > > isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka
> > > > bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut
> > > > usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan
> > > > hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong
> > > > dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak
> > > > mentuanya itu yang baginya cerewet.
> > > >
> > > > Akibat perselisihan faham, mereka tidak
> > > > menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan
> > > > yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si
> > > > anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk
> > > > ibunya.
> > > >
> > > > "Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak
> > > > dihormatnya. Emak minta tolong sikit dia membebel.
> > > > Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli,
> > > > "rungut si ibu kepada anaknya.
> > > >
> > > > "Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu.
> > > > Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya
> > > > dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga.
> > > > Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula
> > > > dengan suara yang kasar.
> > > >
> > > > Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing
> > > > hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak
> > > > dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka.
> > > > Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula
> > > > terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba
> > > > memekakkan telinga dan membutakan mata daripada
> > > > pertelingkahan itu.
> > > >
> > > > Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa
> > > > keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau
> > > > bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri.
> > > > Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain.
> > > > Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya.
> > > > Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.
> > > >
> > > > Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit
> > > > demi sedikit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu,
> > > > ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta,
> > > > cerewet dan terlalu ambil hati.
> > > >
> > > > "Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu
> > > > memujuk isterinya.
> > > >
> > > > Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man,
> > > > boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai
> > > > bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal
> > > > anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa
> > > > banyak-banyak?" soal si anak lagi. "Alaaah....nak
> > > > buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan
> > > > dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat
> > > > pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.
> > > >
> > > > Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si
> > > > anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam
> > > > wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!"
> > > > Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu,
> > > > si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan
> > > > ibunya, kembali ke tempat duduk.
> > > >
> > > > "Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah
> > > > bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak.
> > > >
> > > > Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya
> > > > berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu
> > > > sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya
> > > > menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau
> > > > nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi
> > > > kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun
> > > > kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan
> > > > sedikit aja. Sampai hati kau Man."
> > > >
> > > > Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan
> > > > keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik
> > > > berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi
> > > > ibunya.
> > > >
> > > > "Emak ni! Apa mak nak buat dengan
> > > > barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli
> > > > itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri
> > > > macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya
> > > > nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!"
> > > > katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun
> > > > naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas.
> > > >
> > > > Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati
> > > > kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak
> > > > boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun
> > > > janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan,
> > > > engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa.
> > > >
> > > > Si anak bertambah berang. "Emak tu dah
> > > > tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta
> > > > ini!"
> > > >
> > > > Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur
> > > > apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan
> > > > penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu
> > > > rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu
> > > > menyebabkan si ibu marah.
> > > >
> > > > Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu
> > > > berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang
> > > > lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan
> > > > kau? Bila masa dia besarkan kau?
> > > >
> > > > "Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau,
> > > > cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai
> > > > kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat
> > > > emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau
> > > > sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi
> > > > emak kau sendiri kau tengking-tengkingkan."
> > > >
> > > > Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung,
> > > > "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini
> > > > emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"
> > > >
> > > > Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu
> > > > tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai
> > > > panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah
> > > > "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat
> > > > balasan Allah kepada hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada
> > > > anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi
> > > > bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia
> > > > mengesat air matanya yang menitis dengan lengan
> > > > bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi.
> > > > Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata
> > > > terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik.
> > > > Isterinya pula menangis tersedu-sedu.
> > > >
> > > > Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu.
> > > > Badannya seperti sedang sakit, namun apabila
> > > > diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya.
> > > > Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal
> > > > menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap
> > > > enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah
> > > > menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi
> > > > lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan
> > > > Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu
> > > > petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia
> > > > cuma kebetulan.
> > > >
> > > > Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal
> > > > dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan
> > > > oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan
> > > > minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di
> > > > bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak
> > > > termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya
> > > > mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita
> > > > tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis
> > > > dan menangis.
> > > >
> > > > Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada
> > > > balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk.
> > > > Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya
> > > > untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu
> > > > terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai,
> > > > melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya
> > > > benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah
> > > > tersebut.
> > > >
> > > > Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat
> > > > bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama
> > > > kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan
> > > > oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan
> > > > diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal
> > > > antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui
> > > > wanita tersebut.
> > > >
> > > > "Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik
> > > > tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima
> > > > balasannya,"kata saya.
> > > >
> > > > Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis
> > > > dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga
> > > > menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu
> > > > langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia
> > > > sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya
> > > > ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan
> > > > menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap
> > > > tentang mereka.
> > > >
> > > > Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki
> > > > berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu
> > > > apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya
> > > > dibuat untuk menyelesaikan masalah
> > > > tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila
> > > > saya sebut nama mentuanya.
> > > >
> > > > Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim
> > > > haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu
> > > > saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya
> > > > terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak
> > > > pulang ke tanah air si anak tadi sakit
> > > > terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal
> > > > diubati doktor.
> > > >
> > > > Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga
> > > > beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah
> > > > mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan
> > > > kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan
> > > > sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak
> > > > kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi
> > > > antara satu sama lain.
> > > >
> > > > Berita terakhir saya terima ialah lelaki
> > > > terbabit telah meninggal dunia selepas menderita
> > > > sakit selama 10 tahun.
> > > >
> > > > "TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU
> > > > TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK
> > > > KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU
> > > > KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM
> > > > PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA
> > > > MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK
> > > > MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA
> > > > KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA
> > > > BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH
> > > > KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU
> > > > SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU
> > > > MASIH KECIL."
> > > >
> > > > [Surah al-Israa' 7:23-24.]
> > > >
> > > > Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya
> > > > Rasulullah s.a.w bersabda:
> > > >
> > > > "SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH
> > > > SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA
> > > > KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA
> > > > SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA
> > > > PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."





__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard