Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ?...aduhai adik beradikku sungai merab.....melayu....apa dah jadi


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
?...aduhai adik beradikku sungai merab.....melayu....apa dah jadi


assalamualaikum adik beradikku///...


..ini baru betul melayu aniaya melayu.....


..untuk pengetahuan adik beradik dan kekanda2 ku.....


....adik perempuan saya telah terlibat dalam satu kejadian langgar dan rompak di kawasan Lebuh Silikon berhampiran pondok pengawal stadium UPM- Lebuh Silikon, Serdang. Penyerang merupakan ORANG MELAYU. Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang pukul 10.15 malam, 9hb Januari 2006 sewaktu adik melalui kawasan berhampiran terowong bersebelahan dengan ladang ternak UPM- Lebuh Silikon. Akibat dari insiden tersebut dan rempuhan kuat motor penyerang, adik perempuan saya mengalami lebam-lebam di bahagian kaki, peha dan tangan serta pendarahan di lutut, telapak tangan dan  siku sewaktu tercampak di atas jalan bertar. Motif penyerang adalah nekad untuk memberhentikan motor mangsa memandangkan penyerang sanggup merempuh motor adik saya dari arah tepi tanpa mengira hidup atau mati dan sekiranya adik saya ditakdirkan mati disitu sudah pasti penyerang akan lari meninggalkan tempat kejadian dalam keadaan adik saya terlentang berdarah di kawasan yang sunyi tersebut. Mujur, alhamdulillah umur adik saya masih panjang dan beliau telah berusaha bangun dan mendirikan kembali motor yang dinaikinya. Motor tersebut mengalami kerosakan sedikit dibahagian sisi.


 


....Suatu yang memeranjatkan kerana selepas berlakunya rempuhan tersebut pihak penyerang memberhentikan motornya lalu menawarkan pula pertolongan. Mereka (2 orang penyerang Melayu) menawarkan diri untuk membawa adik saya ke klinik berhampiran. Penyerang memaklumkan bahawa mereka dari Sungai Merab. Mungkin helah penyerang. Dalam keadaan kesakitan, panik, terperanjat dan keliru adik saya bersetuju untuk dibantu. Malangnya bantuan yang ditawarkan merupakan salah satu taktik dan muslihat penyerang untuk memerangkap adik perempuan saya. Tanpa belas kasihan, prihatin dan rasa bersalah mereka mengarahkan adik saya mengekori motor mereka kononnya untuk dibawa ke klinik. Mereka melalui lorong bawah terowong dan kearah laluan ladang ternak UPM - Kajang. Alhamdullilah syukur kehadrat Allah taala, sewaktu mengikuti motor mereka adik perempuan saya mensyaki sesuatu yang tidak kena lalu memberhentikan motornya. Pihak penyerang segera sedar bahawa taktik mereka telah dapat dikesan oleh adik saya lalu mereka juga memberhentikan motor. Penyerang yang membonceng motor dengan pantas berlari kearah adik saya sambil membongkok dan mencapai senjata berupa kayu tajam di tepi jalan. Dalam keadaan panik dan kesakitan adik perempuan saya tidak mampu untuk melarikan diri dengan berpatah balik kearah belakang. Tanpa rasa takut penyerang merentap lengan baju adik perempuan saya dan memegang beg tangan beliau. Penyerang memaki hamun serta menjerit-jerit seperti orang gila bertujuan menakut-nakutkan sambil cuba merentap beg tangan di bahu adik saya. Penyerang menggunakan senjata kayu tajam dengan gaya seperti mahu memukul kepala sambil memaki hamun. Dalam keadaan terdesak dan tidak mahu dicederakan dengan lebih teruk lagi serta memikirkan bahawa nyawa beliau terancam oleh tindakan agresif penyerang, adik perempuan saya menyerahkan beg tangan beliau yang mengandungi dokumen-dokumen penting, handset serta wang tunai pemberian ayah yang baru sahaja dikeluarkan untuk tujuan membeli makan malam....


 


...adik terpaksa keluar membeli makan malam kerana lapar dan malam raya semua kedai makan dan cafe dalam kampus UPM ditutup.........


 


....masa berada di Hospital Putrajaya menemani adik untuk menerima rawatan saya berkesempatan berbual dengan salah seorang pesakit disana. Pesakit merupakan pelajar UNITEN. Sekali lagi saya terperanjat apabila dimaklumkan bahawa kawasan terowong Lebuh Silikon - UPM tersebut dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan ‘hitam’ yang mana kes-kes ragut, ugut dan rompak menjadi kebiasaan di kawasan tersebut sejak sekian lama. Pelajar UNITEN itu memaklumkan bahawa beliau sendiri pernah diugut dan bergaduh didalam terowong tersebut sewaktu beliau diugut oleh 3 orang penyerang India yang berpura-pura bertanyakan arah jalan. Mujur beliau berdua sewaktu kejadian dan mampu melawan kembali walaupun cedera di pergelangan tangan. Beliau dan rakan menggunakan senjata topi keledar sewaktu berlawan.


 


 


 ....Adalah suatu perkara yang amat menyedihkan bagi saya apabila adik diarahkan membuat laporan polis dibalai polis Dengkil (hampir 20 minit perjalanan dari UPM) walaupun telah berusaha melaporkannya insiden tersebut dibalai polis Serdang dalam keadaan luka yang masih berdarah, bengkak kaki dan tangan serta ketakutan. Adalah lebih menyedihkan lagi apabila insiden ini berlaku sewaktu malam Hari Raya Aidiladha yang mana semua klinik ditutup dan terpaksa kearah Hospital Putrajaya dalam keadaan adik kesakitan. Mana-mana pihak yang mengalami nasib yang serupa seperti adik perempuan saya akan lebih memahami memandangkan beliau adalah insan yang lemah, tidak mampu melawan kembali dan terpaksa menanggung kesakitan dan kepayahan akibat tindakan individu penyerang tersebut. Lumrahnya seorang pelajar tidak mempunyai atau membawa wang yang banyak namun penyerang nekad dan kemungkinan besar ada niat lain disebalik rompakan tersebut memandangkan mangsa adalah seorang gadis....


 


....Harap adik beradik di sekitar Bangi...sungai merab....kawasan sekitar ambil perhatian perkara ini.....gambaran penyerang yang diberi oleh adik perempuan saya adalah seperti penampilan adik beradik....seperti juga laporan polis yang dibuat.......ingatlah baiah kita...jangan menganiaya sesama melayu......amar makruf nahyil mungkar.......


 


sekiranya tersilap kata...hamba mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.....hamba memohon bantuan bagi menjaga anak2 melayu yang membawa amanah mencari ilmu untuk jaga bangsa melayu....takut2 perkara yang sama terjadi kepada adik2 perempuan kita yang lain....malahan lebih buruk lagi...... 


 


wallahualam...


 


-Abdul Malek-


 


 


 



__________________
-Abdul Malek-


Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:
apa dah jadi?


mane adik2 masjuki?


tlgla banteras kejadian kat sane tu


goyang ker?



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:
RE: ?...aduhai adik beradikku sungai merab.....melayu....apa dah jadi


adik beradik betui ka?


la ni bukan tak tau yg luaq pun mengaku dalam...tapi kalau betui la adik beradik, jebat tumpang sedih la...kat perempuan sampai gamak buat lagu tu....


bukan tak dak yg perangai pelik adik beradik ni...ada...cuma tak ramai yg berkelakuan lagu ni...jadi kalau kita tau adik beradik kita terlibat ngan benda lagu ni cuba nasihat..kalau tak makan nasihat...mintak abg 'nasihat'...kita kalau mampu tolong 'nasihat' sama....


inilah api dalam sekam...tengah haluih ni padam buang...takut besaq...habih...malu dapat sakit pun dapat...fikir2kanlah....


pada malek takziah dari jebat....kalau ada yg diperlukan insyallah jebat boleh tolong jebat tolong..apa2 pm jebat na...isteri jebat kem salam kat adik malek..jaga diri elok2...assalamualaikum...



__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

terima kasih kerana turut bersimpati.....


......ada suatu ketika, kita berasa tak b'daya pabila berlaku kejadian mcm ni.....sehebat-hebat kita pun bila b'laku pada keluarga sendiri...kita lemah tak b'maya...kadang2 Allah taala takdirkan kita tak berada di situ atau pada waktu kecemasan mcm ni krn sekurang-kurangnya kita tak hilang waras dan jadik pembunuh....dlm keadaan marah apa2 pun boleh jadi.....hilang karier...masuki lokap....


..tapi melihatkan keadaan adik yg daripada sempurna sihat tiba2 akibat angkara orang lain adik jadik sengsara....tak boleh mandi....susah nak rukuk sujud sembahyang.....hilang ceria...susah nak attend kuliah.....ketakutan dgn fobia bwk motor malam...kita jadi marah yg amat....kita bukan org mewah....tak mampu belikan kereta....


...pagi tadi saya b'kesempatan berbual dengan pengawal keselamatan UPM slps buat full report....kawasan tersebut, Lebuh Silikon, terowong, sekitarnya..pernah ada kes p'bunuhan dan mayat digantung di atas pokok....orang pernah kena tikam dan pisau masih tercacak di belakang badan.....student kena ragut......samun memang biasa kat situ.....


wallahualam....


-MALEK-


 



__________________
-Abdul Malek-


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:

astarafirullah al-adzim,
apela nak jadi dengan bangsa melayu camtuh
kesian adik tuan hamba,takziah diucapkan,insyallah
kalau saye bleh tolong saye tolong,saye dari serdang
UPM,


...



__________________
yusof


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

GERSANG BUMI KERANA PANAS , GERSANG LANGIT KERANA MENDUNG , GERSANG MANUSIA KERANA JAHIL, GERSANG DIRI KERANA TIADA KEJUJURAN , GERSANG HATI KERANA HILANG HIDAYAH, GERSANG AKAL KERANA HILANG TAWAKKAL, YANG DATANG GERSANG NAFSU , TENGGELAM DALAM DIRI SENDIRI



__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

terima kasih kepada yang sudi membantu...


yang hamba dpt cadangkan setakat ini.....ronda area lebuh silikon shj...


...lebih baik kalau dpt b'borak dgn pengawal keselamatan UPM di pintu masuk....ada lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian....hamba sudah maklumkan secara b'tulis kpd pengawal di situ....dan jbtn keselamatan sepatutnya sudah sedia maklum b'kenaan kejadian ini.....bukan apa takut2 disyaki sbg suspek kalau b'motor.....


-Abdul Malek-



__________________
-Abdul Malek-


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:

harryd wrote:


mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker?


siapa lah gerangan manusia Harryd ni... Hebat sangat ke ...?


Sungguh biadab dan tak sopan lansung... silap aribulan harryd sendiri agaknya yg merompak tuh... pas tu pura pura nak tolong... huhhhh...



__________________
Hidup Matiku Hanya Untuk Islam.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:



__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:


3Akbar wrote:

harryd wrote:
mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker?

siapa lah gerangan manusia Harryd ni... Hebat sangat ke ...?
Sungguh biadab dan tak sopan lansung... silap aribulan harryd sendiri agaknya yg merompak tuh... pas tu pura pura nak tolong... huhhhh...




Tak sudah2

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

kalau dah bai'ah tak kira llaaaa org luaq ka dlm ka jgn dok buat pedajai.... tp kalau betui org dlm yg buat keja tu kalau dpt .. kasi potong dia punya telinga... budussss punya org










__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:

kalau melayu buat keje camtu,
memang nak kena la kalau jumpe,kuang ajau tul,
nak merompak tu dah la bangsa sendiri,kita pun patut
bersyukur kerana adik saudara kita tu selamat,
kalau jumpe kat saya,memang abis saya kerjakan,


yusof,bengang ///



__________________
yusof


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

mazwan wrote:


3Akbar wrote: harryd wrote: mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker? siapa lah gerangan manusia Harryd ni... Hebat sangat ke ...? Sungguh biadab dan tak sopan lansung... silap aribulan harryd sendiri agaknya yg merompak tuh... pas tu pura pura nak tolong... huhhhh... Tak sudah2


 


mmmm biarkan jer la Mazwannn.... 3akbar... dah memang KUTURUNAN harryD tu jenis macam tuuu... nak wat camner. Nasihat beribu kali pun tetap dengan biadab dia gakjkkkk..




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

wrote:


mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker?


Apa masalah ko ni? Apa kena mengena RnD dengan kes ni? Kalau adik abdmalek minta bantuan RnD, tapi tak ditolong, boleh lah cakap macam tu. Ada aje point nak buat hal hantu-hantu ni.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...


Abdulmalek...takziah atas apa yang berlaku kepada adik saudara. Dan kami di RnD tak dapat nak bayangkan keperitannya kerana hanya adik abdulmalek yang merasainya.


Apa yang berlaku itu adalah takdir Allah. Redha la. Tapi tak semestinya kita tak boleh mencuba untuk mengelakkannya dari berulang kembali.


Sebagai adik beradik dan tempat jihad saya di Kajang dan hampir dengan lokasi kejadian, saya nasihatkan abdulmalek ziarah RnD Kajang bersama-sama adik abdulmalek. Wujudkan silah atau perhubungan dengan kami disamping kenal-mengenal. Sekurang2nya jika terjadi hal kecemasan seumpama, adik abdulmalek boleh terus menghubungi kami dan insyaallah kami akan segera memberi bantuan. Adik abdulmalek akan kami jaga bagaikan adik kami sendiri.


Sehubungan dengan itu, saya mewakili RnD mengalu-alu dan menyambut abdulmalek dan adik abdulmalek dengan tangan terbuka. Sila hubungi saya jika ada kemusykilan.


Zackbiker 012-6931005



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

penjelasan yg amat berguna for sapa sapa yg perlu pertolongan dekat dengan kawasan kajang,,,,

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

terima kasih.....insyallah taala sekiranya adik saya berkesempatan....saya akan ajak dia ke kajang....insyallah dalam hujung mggu ni..ada masalah m'hubungi adik krn h/set disamun sekali....


 



__________________
-Abdul Malek-


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:

zackbikers wrote:


Assalamualaikum... Abdulmalek...takziah atas apa yang berlaku kepada adik saudara. Dan kami di RnD tak dapat nak bayangkan keperitannya kerana hanya adik abdulmalek yang merasainya. Apa yang berlaku itu adalah takdir Allah. Redha la. Tapi tak semestinya kita tak boleh mencuba untuk mengelakkannya dari berulang kembali. Sebagai adik beradik dan tempat jihad saya di Kajang dan hampir dengan lokasi kejadian, saya nasihatkan abdulmalek ziarah RnD Kajang bersama-sama adik abdulmalek. Wujudkan silah atau perhubungan dengan kami disamping kenal-mengenal. Sekurang2nya jika terjadi hal kecemasan seumpama, adik abdulmalek boleh terus menghubungi kami dan insyaallah kami akan segera memberi bantuan. Adik abdulmalek akan kami jaga bagaikan adik kami sendiri. Sehubungan dengan itu, saya mewakili RnD mengalu-alu dan menyambut abdulmalek dan adik abdulmalek dengan tangan terbuka. Sila hubungi saya jika ada kemusykilan. Zackbiker 012-6931005


 


SALUTE/// sama Zackbiker ... ini lah sikap yg perlu kita tanamkan.... TAHNIAH....



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Takziah daripada saya diatas apa yg telah menimpa keatas adik saudara. Diharap saudara bersabar kerana ini takdir. Memang penyamun ada dimana2, jadi berwaspadalah.

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

assalamualaikum..


saya blaja kat IKRAM bersebelahan ngan UNITEN tu..dkt2 gak ngan UPM..tp saya tak tau plak yg tempat ni "hitam"..takziah atas ape yg berlaku atas adik saudara..harap2 saudara bykkan bersabar dan kuatkan iman..pada yg tahu akan kawasan ni..tlg sampaikan pada adik,abg,kawan,atau sesiapa saja yg lalu disitu..harap2 kes ni tidak berleluasa lagi dinegara yg aman ni..sedangkan umat islam sama islam adalah saudara..tp ada juga yg tak berhati perut sanggup buat semua ni..astargfirullah hal`azim.."amar makruf nahi mungkar"..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 129
Date:

pekara ni bukan sahaja kawasan upm/bangi tapi kerap kali terjadi di s.alam...


tips: jgn lalu jalan moto selepas pukul 6.30ptg...kes ragut terlalu banyak jadi sekitar 6.30 ptg keats....


p/s: pernah gak kena 



__________________
kja356


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Harap saudara malek dapat besabar banyak2........penuhilah undangan saudara ZackBickers tu....undangan org2 RnD Pekida Pusat ni adalah sesuatu yg amat baik...pasti mereka ada 'sesuatu' untuk saudara malek.......salam perjuangan..

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

macam kenal jer ayat nie saudara///
mana mengaji/// leh pinjam///

__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


jika boleh jgn jadikan diri sindri sasaran penyamun. rancang perjalanan agar tidak mengundang kecelakaan. klu dah berlaku sapa susah, semua org susah.



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:


flash wrote:


jika boleh jgn jadikan diri sindri sasaran penyamun. rancang perjalanan agar tidak mengundang kecelakaan. klu dah berlaku sapa susah, semua org susah.


kadang2 kalau dok pikiaq balik,tu la baguihnya
seni mempertahankan diri.. =)



__________________
yusof


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

sentiasa beringat dan berwaspada

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

Assalamulaikum/// Terima kasih atas segala respons....saya hargai....adik beradik yang dihormati sekelian.....latest news....baru-baru nih ada call number handset yang disamun dahulu.....penyerang yang menjawab sendiri....bapa saya maki hamun melalui telefon.....gerammm.....


penyerang inform yang dia ada alamat rumah kami sekeluarga di Melaka berdasarkan kad pengenalan adik....penyerang suruh kami tunggu dia....dia akan datang cari kami!!!!......


sungguh kurang ajar melayu nih.....sudahlah mencederakan adik....disamun......sekarang nak carik kami di kampung.....hebat betul budak ni??......cederakan mangsa...rompak....carik balik.....apsal tak carik jantan?...kenapa nak mangsa perempuan yang lemah?....student pulak tu......mcm pukul curi.....sembunyi tangan......


harap Allah bagi saya kesabaran...kalau ditakdirkan terjumpa memang saya akan langgar bg mati....hidup lama-lama byk dosa......kalau ditakdirkan hidup...biar cacat seumur hidup...kalau dah cacat...baru b'taubat...saya dah maklumkan perkara ni pada pihak polis.....



__________________
-Abdul Malek-


Senior

Status: Offline
Posts: 102
Date:

cantek la tu....diorg nak jumper abg,xyah abg susah2 nak carik...apelagi, 'belanje minum'ar terus diorg tu....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:


Bon21 wrote:





wrote: mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker?


Apa masalah ko ni? Apa kena mengena RnD dengan kes ni? Kalau adik abdmalek minta bantuan RnD, tapi tak ditolong, boleh lah cakap macam tu. Ada aje point nak buat hal hantu-hantu ni.




betul lahhh... nanti ada jugak orang yg pecah kepala tak pasal pasal. Betul tak ada insuran la mulut dia ni...   saran ban jer nick dia... buat semak jerrr...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:

sang simba wrote:


Harap saudara malek dapat besabar banyak2........penuhilah undangan saudara ZackBickers tu....undangan org2 RnD Pekida Pusat ni adalah sesuatu yg amat baik...pasti mereka ada 'sesuatu' untuk saudara malek.......salam perjuangan..



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard