..untuk pengetahuan adik beradik dan kekanda2 ku.....
....adik perempuan saya telah terlibat dalam satu kejadian langgar dan rompak di kawasan Lebuh Silikon berhampiran pondok pengawal stadium UPM- Lebuh Silikon, Serdang. Penyerang merupakan ORANG MELAYU. Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang pukul 10.15 malam, 9hb Januari 2006 sewaktu adik melalui kawasan berhampiran terowong bersebelahan dengan ladang ternak UPM- Lebuh Silikon. Akibat dari insiden tersebut dan rempuhan kuat motor penyerang, adik perempuan saya mengalami lebam-lebam di bahagian kaki, peha dan tangan serta pendarahan di lutut, telapak tangan dan siku sewaktu tercampak di atas jalan bertar. Motif penyerang adalah nekad untuk memberhentikan motor mangsa memandangkan penyerang sanggup merempuh motor adik saya dari arah tepi tanpa mengira hidup atau mati dan sekiranya adik saya ditakdirkan mati disitu sudah pasti penyerang akan lari meninggalkan tempat kejadian dalam keadaan adik saya terlentang berdarah di kawasan yang sunyi tersebut. Mujur, alhamdulillah umur adik saya masih panjang dan beliau telah berusaha bangun dan mendirikan kembali motor yang dinaikinya. Motor tersebut mengalami kerosakan sedikit dibahagian sisi.
....Suatu yang memeranjatkan kerana selepas berlakunya rempuhan tersebut pihak penyerang memberhentikan motornya lalu menawarkan pula pertolongan. Mereka (2 orang penyerang Melayu) menawarkan diri untuk membawa adik saya ke klinik berhampiran. Penyerang memaklumkan bahawa mereka dari Sungai Merab. Mungkin helah penyerang. Dalam keadaan kesakitan, panik, terperanjat dan keliru adik saya bersetuju untuk dibantu. Malangnya bantuan yang ditawarkan merupakan salah satu taktik dan muslihat penyerang untuk memerangkap adik perempuan saya. Tanpa belas kasihan, prihatin dan rasa bersalah mereka mengarahkan adik saya mengekori motor mereka kononnya untuk dibawa ke klinik. Mereka melalui lorong bawah terowong dan kearah laluan ladang ternak UPM - Kajang. Alhamdullilah syukur kehadrat Allah taala, sewaktu mengikuti motor mereka adik perempuan saya mensyaki sesuatu yang tidak kena lalu memberhentikan motornya. Pihak penyerang segera sedar bahawa taktik mereka telah dapat dikesan oleh adik saya lalu mereka juga memberhentikan motor. Penyerang yang membonceng motor dengan pantas berlari kearah adik saya sambil membongkok dan mencapai senjata berupa kayu tajam di tepi jalan. Dalam keadaan panik dan kesakitan adik perempuan saya tidak mampu untuk melarikan diri dengan berpatah balik kearah belakang. Tanpa rasa takut penyerang merentap lengan baju adik perempuan saya dan memegang beg tangan beliau. Penyerang memaki hamun serta menjerit-jerit seperti orang gila bertujuan menakut-nakutkan sambil cuba merentap beg tangan di bahu adik saya. Penyerang menggunakan senjata kayu tajam dengan gaya seperti mahu memukul kepala sambil memaki hamun. Dalam keadaan terdesak dan tidak mahu dicederakan dengan lebih teruk lagi serta memikirkan bahawa nyawa beliau terancam oleh tindakan agresif penyerang, adik perempuan saya menyerahkan beg tangan beliau yang mengandungi dokumen-dokumen penting, handset serta wang tunai pemberian ayah yang baru sahaja dikeluarkan untuk tujuan membeli makan malam....
...adik terpaksa keluar membeli makan malam kerana lapar dan malam raya semua kedai makan dan cafe dalam kampus UPM ditutup.........
....masa berada di Hospital Putrajaya menemani adik untuk menerima rawatan saya berkesempatan berbual dengan salah seorang pesakit disana. Pesakit merupakan pelajar UNITEN. Sekali lagi saya terperanjat apabila dimaklumkan bahawa kawasan terowong Lebuh Silikon - UPM tersebut dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan ‘hitam’ yang mana kes-kes ragut, ugut dan rompak menjadi kebiasaan di kawasan tersebut sejak sekian lama. Pelajar UNITEN itu memaklumkan bahawa beliau sendiri pernah diugut dan bergaduh didalam terowong tersebut sewaktu beliau diugut oleh 3 orang penyerang India yang berpura-pura bertanyakan arah jalan. Mujur beliau berdua sewaktu kejadian dan mampu melawan kembali walaupun cedera di pergelangan tangan. Beliau dan rakan menggunakan senjata topi keledar sewaktu berlawan.
....Adalah suatu perkara yang amat menyedihkan bagi saya apabila adik diarahkan membuat laporan polis dibalai polis Dengkil (hampir 20 minit perjalanan dari UPM) walaupun telah berusaha melaporkannya insiden tersebut dibalai polis Serdang dalam keadaan luka yang masih berdarah, bengkak kaki dan tangan serta ketakutan. Adalah lebih menyedihkan lagi apabila insiden ini berlaku sewaktu malam Hari Raya Aidiladha yang mana semua klinik ditutup dan terpaksa kearah Hospital Putrajaya dalam keadaan adik kesakitan. Mana-mana pihak yang mengalami nasib yang serupa seperti adik perempuan saya akan lebih memahami memandangkan beliau adalah insan yang lemah, tidak mampu melawan kembali dan terpaksa menanggung kesakitan dan kepayahan akibat tindakan individu penyerang tersebut. Lumrahnya seorang pelajar tidak mempunyai atau membawa wang yang banyak namun penyerang nekad dan kemungkinan besar ada niat lain disebalik rompakan tersebut memandangkan mangsa adalah seorang gadis....
....Harap adik beradik di sekitar Bangi...sungai merab....kawasan sekitar ambil perhatian perkara ini.....gambaran penyerang yang diberi oleh adik perempuan saya adalah seperti penampilan adik beradik....seperti juga laporan polis yang dibuat.......ingatlah baiah kita...jangan menganiaya sesama melayu......amar makruf nahyil mungkar.......
sekiranya tersilap kata...hamba mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.....hamba memohon bantuan bagi menjaga anak2 melayu yang membawa amanah mencari ilmu untuk jaga bangsa melayu....takut2 perkara yang sama terjadi kepada adik2 perempuan kita yang lain....malahan lebih buruk lagi......
la ni bukan tak tau yg luaq pun mengaku dalam...tapi kalau betui la adik beradik, jebat tumpang sedih la...kat perempuan sampai gamak buat lagu tu....
bukan tak dak yg perangai pelik adik beradik ni...ada...cuma tak ramai yg berkelakuan lagu ni...jadi kalau kita tau adik beradik kita terlibat ngan benda lagu ni cuba nasihat..kalau tak makan nasihat...mintak abg 'nasihat'...kita kalau mampu tolong 'nasihat' sama....
inilah api dalam sekam...tengah haluih ni padam buang...takut besaq...habih...malu dapat sakit pun dapat...fikir2kanlah....
pada malek takziah dari jebat....kalau ada yg diperlukan insyallah jebat boleh tolong jebat tolong..apa2 pm jebat na...isteri jebat kem salam kat adik malek..jaga diri elok2...assalamualaikum...
......ada suatu ketika, kita berasa tak b'daya pabila berlaku kejadian mcm ni.....sehebat-hebat kita pun bila b'laku pada keluarga sendiri...kita lemah tak b'maya...kadang2 Allah taala takdirkan kita tak berada di situ atau pada waktu kecemasan mcm ni krn sekurang-kurangnya kita tak hilang waras dan jadik pembunuh....dlm keadaan marah apa2 pun boleh jadi.....hilang karier...masuki lokap....
..tapi melihatkan keadaan adik yg daripada sempurna sihat tiba2 akibat angkara orang lain adik jadik sengsara....tak boleh mandi....susah nak rukuk sujud sembahyang.....hilang ceria...susah nak attend kuliah.....ketakutan dgn fobia bwk motor malam...kita jadi marah yg amat....kita bukan org mewah....tak mampu belikan kereta....
...pagi tadi saya b'kesempatan berbual dengan pengawal keselamatan UPM slps buat full report....kawasan tersebut, Lebuh Silikon, terowong, sekitarnya..pernah ada kes p'bunuhan dan mayat digantung di atas pokok....orang pernah kena tikam dan pisau masih tercacak di belakang badan.....student kena ragut......samun memang biasa kat situ.....
astarafirullah al-adzim, apela nak jadi dengan bangsa melayu camtuh kesian adik tuan hamba,takziah diucapkan,insyallah kalau saye bleh tolong saye tolong,saye dari serdang UPM,
GERSANG BUMI KERANA PANAS , GERSANG LANGIT KERANA MENDUNG , GERSANG MANUSIA KERANA JAHIL, GERSANG DIRI KERANA TIADA KEJUJURAN , GERSANG HATI KERANA HILANG HIDAYAH, GERSANG AKAL KERANA HILANG TAWAKKAL, YANG DATANG GERSANG NAFSU , TENGGELAM DALAM DIRI SENDIRI
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
yang hamba dpt cadangkan setakat ini.....ronda area lebuh silikon shj...
...lebih baik kalau dpt b'borak dgn pengawal keselamatan UPM di pintu masuk....ada lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian....hamba sudah maklumkan secara b'tulis kpd pengawal di situ....dan jbtn keselamatan sepatutnya sudah sedia maklum b'kenaan kejadian ini.....bukan apa takut2 disyaki sbg suspek kalau b'motor.....
3Akbar wrote: harryd wrote: mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker?
siapa lah gerangan manusia Harryd ni... Hebat sangat ke ...? Sungguh biadab dan tak sopan lansung... silap aribulan harryd sendiri agaknya yg merompak tuh... pas tu pura pura nak tolong... huhhhh...
kalau dah bai'ah tak kira llaaaa org luaq ka dlm ka jgn dok buat pedajai.... tp kalau betui org dlm yg buat keja tu kalau dpt .. kasi potong dia punya telinga... budussss punya org
kalau melayu buat keje camtu, memang nak kena la kalau jumpe,kuang ajau tul, nak merompak tu dah la bangsa sendiri,kita pun patut bersyukur kerana adik saudara kita tu selamat, kalau jumpe kat saya,memang abis saya kerjakan,
3Akbar wrote: harryd wrote: mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker? siapa lah gerangan manusia Harryd ni... Hebat sangat ke ...? Sungguh biadab dan tak sopan lansung... silap aribulan harryd sendiri agaknya yg merompak tuh... pas tu pura pura nak tolong... huhhhh... Tak sudah2
mmmm biarkan jer la Mazwannn.... 3akbar... dah memang KUTURUNAN harryD tu jenis macam tuuu... nak wat camner. Nasihat beribu kali pun tetap dengan biadab dia gakjkkkk..
mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker?
Apa masalah ko ni? Apa kena mengena RnD dengan kes ni? Kalau adik abdmalek minta bantuan RnD, tapi tak ditolong, boleh lah cakap macam tu. Ada aje point nak buat hal hantu-hantu ni.
Abdulmalek...takziah atas apa yang berlaku kepada adik saudara. Dan kami di RnD tak dapat nak bayangkan keperitannya kerana hanya adik abdulmalek yang merasainya.
Apa yang berlaku itu adalah takdir Allah. Redha la. Tapi tak semestinya kita tak boleh mencuba untuk mengelakkannya dari berulang kembali.
Sebagai adik beradik dan tempat jihad saya di Kajang dan hampir dengan lokasi kejadian, saya nasihatkan abdulmalek ziarah RnD Kajang bersama-sama adik abdulmalek. Wujudkan silah atau perhubungan dengan kami disamping kenal-mengenal. Sekurang2nya jika terjadi hal kecemasan seumpama, adik abdulmalek boleh terus menghubungi kami dan insyaallah kami akan segera memberi bantuan. Adik abdulmalek akan kami jaga bagaikan adik kami sendiri.
Sehubungan dengan itu, saya mewakili RnD mengalu-alu dan menyambut abdulmalek dan adik abdulmalek dengan tangan terbuka. Sila hubungi saya jika ada kemusykilan.
penjelasan yg amat berguna for sapa sapa yg perlu pertolongan dekat dengan kawasan kajang,,,,
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
terima kasih.....insyallah taala sekiranya adik saya berkesempatan....saya akan ajak dia ke kajang....insyallah dalam hujung mggu ni..ada masalah m'hubungi adik krn h/set disamun sekali....
Assalamualaikum... Abdulmalek...takziah atas apa yang berlaku kepada adik saudara. Dan kami di RnD tak dapat nak bayangkan keperitannya kerana hanya adik abdulmalek yang merasainya. Apa yang berlaku itu adalah takdir Allah. Redha la. Tapi tak semestinya kita tak boleh mencuba untuk mengelakkannya dari berulang kembali. Sebagai adik beradik dan tempat jihad saya di Kajang dan hampir dengan lokasi kejadian, saya nasihatkan abdulmalek ziarah RnD Kajang bersama-sama adik abdulmalek. Wujudkan silah atau perhubungan dengan kami disamping kenal-mengenal. Sekurang2nya jika terjadi hal kecemasan seumpama, adik abdulmalek boleh terus menghubungi kami dan insyaallah kami akan segera memberi bantuan. Adik abdulmalek akan kami jaga bagaikan adik kami sendiri. Sehubungan dengan itu, saya mewakili RnD mengalu-alu dan menyambut abdulmalek dan adik abdulmalek dengan tangan terbuka. Sila hubungi saya jika ada kemusykilan. Zackbiker 012-6931005
SALUTE/// sama Zackbiker ... ini lah sikap yg perlu kita tanamkan.... TAHNIAH....
Takziah daripada saya diatas apa yg telah menimpa keatas adik saudara. Diharap saudara bersabar kerana ini takdir. Memang penyamun ada dimana2, jadi berwaspadalah.
saya blaja kat IKRAM bersebelahan ngan UNITEN tu..dkt2 gak ngan UPM..tp saya tak tau plak yg tempat ni "hitam"..takziah atas ape yg berlaku atas adik saudara..harap2 saudara bykkan bersabar dan kuatkan iman..pada yg tahu akan kawasan ni..tlg sampaikan pada adik,abg,kawan,atau sesiapa saja yg lalu disitu..harap2 kes ni tidak berleluasa lagi dinegara yg aman ni..sedangkan umat islam sama islam adalah saudara..tp ada juga yg tak berhati perut sanggup buat semua ni..astargfirullah hal`azim.."amar makruf nahi mungkar"..
Harap saudara malek dapat besabar banyak2........penuhilah undangan saudara ZackBickers tu....undangan org2 RnD Pekida Pusat ni adalah sesuatu yg amat baik...pasti mereka ada 'sesuatu' untuk saudara malek.......salam perjuangan..
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Assalamulaikum/// Terima kasih atas segala respons....saya hargai....adik beradik yang dihormati sekelian.....latest news....baru-baru nih ada call number handset yang disamun dahulu.....penyerang yang menjawab sendiri....bapa saya maki hamun melalui telefon.....gerammm.....
penyerang inform yang dia ada alamat rumah kami sekeluarga di Melaka berdasarkan kad pengenalan adik....penyerang suruh kami tunggu dia....dia akan datang cari kami!!!!......
sungguh kurang ajar melayu nih.....sudahlah mencederakan adik....disamun......sekarang nak carik kami di kampung.....hebat betul budak ni??......cederakan mangsa...rompak....carik balik.....apsal tak carik jantan?...kenapa nak mangsa perempuan yang lemah?....student pulak tu......mcm pukul curi.....sembunyi tangan......
harap Allah bagi saya kesabaran...kalau ditakdirkan terjumpa memang saya akan langgar bg mati....hidup lama-lama byk dosa......kalau ditakdirkan hidup...biar cacat seumur hidup...kalau dah cacat...baru b'taubat...saya dah maklumkan perkara ni pada pihak polis.....
wrote: mane adik2 masjuki? tlgla banteras kejadian kat sane tu goyang ker?
Apa masalah ko ni? Apa kena mengena RnD dengan kes ni? Kalau adik abdmalek minta bantuan RnD, tapi tak ditolong, boleh lah cakap macam tu. Ada aje point nak buat hal hantu-hantu ni.
betul lahhh... nanti ada jugak orang yg pecah kepala tak pasal pasal. Betul tak ada insuran la mulut dia ni... saran ban jer nick dia... buat semak jerrr...
Harap saudara malek dapat besabar banyak2........penuhilah undangan saudara ZackBickers tu....undangan org2 RnD Pekida Pusat ni adalah sesuatu yg amat baik...pasti mereka ada 'sesuatu' untuk saudara malek.......salam perjuangan..
__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...