Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ?...aduhai adik beradikku sungai merab.....melayu....apa dah jadi


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
RE: ?...aduhai adik beradikku sungai merab.....melayu....apa dah jadi



abdulmalek wrote:


Assalamulaikum/// Terima kasih atas segala respons....saya hargai....adik beradik yang dihormati sekelian.....latest news....baru-baru nih ada call number handset yang disamun dahulu.....penyerang yang menjawab sendiri....bapa saya maki hamun melalui telefon.....gerammm..... penyerang inform yang dia ada alamat rumah kami sekeluarga di Melaka berdasarkan kad pengenalan adik....penyerang suruh kami tunggu dia....dia akan datang cari kami!!!!...... sungguh kurang ajar melayu nih.....sudahlah mencederakan adik....disamun......sekarang nak carik kami di kampung.....hebat betul budak ni??......cederakan mangsa...rompak....carik balik.....apsal tak carik jantan?...kenapa nak mangsa perempuan yang lemah?....student pulak tu......mcm pukul curi.....sembunyi tangan...... harap Allah bagi saya kesabaran...kalau ditakdirkan terjumpa memang saya akan langgar bg mati....hidup lama-lama byk dosa......kalau ditakdirkan hidup...biar cacat seumur hidup...kalau dah cacat...baru b'taubat...saya dah maklumkan perkara ni pada pihak polis.....


 


Wa'laikum salam///


  InsyaAllah.. semoga Allah membalas perilaku "penyamun" itu... Kalu saudara ader apa˛ masalah di MELAKA ,kg saudara.. pm la saya.. InsyaAllah.. samer˛ kiter "bantai" penyamun itu. SESUNGGYH ALLAH AKAN MAKBULKAN DOA ORANG YANG DIZALIMI.


///LIMBONGAN,MELAKA



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

awas, berhati2. anda di perhatian..................... musuh ada di mana2.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:

tu baru kat bangi.... kat tempat lain?kat tempat saya di ceras ni pon selalu kes mcm neh..


tapi tak leh kate gak.. adikbradik.. sumer org leh ckp org dalam.. biasa la tuh.. wat salah pastu jaja nama org lain..



__________________
eddy


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:


abdulmalek wrote:


assalamualaikum adik beradikku///... ..ini baru betul melayu aniaya melayu..... ..untuk pengetahuan adik beradik dan kekanda2 ku..... ....adik perempuan saya telah terlibat dalam satu kejadian langgar dan rompak di kawasan Lebuh Silikon berhampiran pondok pengawal stadium UPM- Lebuh Silikon, Serdang. Penyerang merupakan ORANG MELAYU. Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang pukul 10.15 malam, 9hb Januari 2006 sewaktu adik melalui kawasan berhampiran terowong bersebelahan dengan ladang ternak UPM- Lebuh Silikon. Akibat dari insiden tersebut dan rempuhan kuat motor penyerang, adik perempuan saya mengalami lebam-lebam di bahagian kaki, peha dan tangan serta pendarahan di lutut, telapak tangan dan  siku sewaktu tercampak di atas jalan bertar. Motif penyerang adalah nekad untuk memberhentikan motor mangsa memandangkan penyerang sanggup merempuh motor adik saya dari arah tepi tanpa mengira hidup atau mati dan sekiranya adik saya ditakdirkan mati disitu sudah pasti penyerang akan lari meninggalkan tempat kejadian dalam keadaan adik saya terlentang berdarah di kawasan yang sunyi tersebut. Mujur, alhamdulillah umur adik saya masih panjang dan beliau telah berusaha bangun dan mendirikan kembali motor yang dinaikinya. Motor tersebut mengalami kerosakan sedikit dibahagian sisi.   ....Suatu yang memeranjatkan kerana selepas berlakunya rempuhan tersebut pihak penyerang memberhentikan motornya lalu menawarkan pula pertolongan. Mereka (2 orang penyerang Melayu) menawarkan diri untuk membawa adik saya ke klinik berhampiran. Penyerang memaklumkan bahawa mereka dari Sungai Merab. Mungkin helah penyerang. Dalam keadaan kesakitan, panik, terperanjat dan keliru adik saya bersetuju untuk dibantu. Malangnya bantuan yang ditawarkan merupakan salah satu taktik dan muslihat penyerang untuk memerangkap adik perempuan saya. Tanpa belas kasihan, prihatin dan rasa bersalah mereka mengarahkan adik saya mengekori motor mereka kononnya untuk dibawa ke klinik. Mereka melalui lorong bawah terowong dan kearah laluan ladang ternak UPM - Kajang. Alhamdullilah syukur kehadrat Allah taala, sewaktu mengikuti motor mereka adik perempuan saya mensyaki sesuatu yang tidak kena lalu memberhentikan motornya. Pihak penyerang segera sedar bahawa taktik mereka telah dapat dikesan oleh adik saya lalu mereka juga memberhentikan motor. Penyerang yang membonceng motor dengan pantas berlari kearah adik saya sambil membongkok dan mencapai senjata berupa kayu tajam di tepi jalan. Dalam keadaan panik dan kesakitan adik perempuan saya tidak mampu untuk melarikan diri dengan berpatah balik kearah belakang. Tanpa rasa takut penyerang merentap lengan baju adik perempuan saya dan memegang beg tangan beliau. Penyerang memaki hamun serta menjerit-jerit seperti orang gila bertujuan menakut-nakutkan sambil cuba merentap beg tangan di bahu adik saya. Penyerang menggunakan senjata kayu tajam dengan gaya seperti mahu memukul kepala sambil memaki hamun. Dalam keadaan terdesak dan tidak mahu dicederakan dengan lebih teruk lagi serta memikirkan bahawa nyawa beliau terancam oleh tindakan agresif penyerang, adik perempuan saya menyerahkan beg tangan beliau yang mengandungi dokumen-dokumen penting, handset serta wang tunai pemberian ayah yang baru sahaja dikeluarkan untuk tujuan membeli makan malam....   ...adik terpaksa keluar membeli makan malam kerana lapar dan malam raya semua kedai makan dan cafe dalam kampus UPM ditutup.........   ....masa berada di Hospital Putrajaya menemani adik untuk menerima rawatan saya berkesempatan berbual dengan salah seorang pesakit disana. Pesakit merupakan pelajar UNITEN. Sekali lagi saya terperanjat apabila dimaklumkan bahawa kawasan terowong Lebuh Silikon - UPM tersebut dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan ‘hitam’ yang mana kes-kes ragut, ugut dan rompak menjadi kebiasaan di kawasan tersebut sejak sekian lama. Pelajar UNITEN itu memaklumkan bahawa beliau sendiri pernah diugut dan bergaduh didalam terowong tersebut sewaktu beliau diugut oleh 3 orang penyerang India yang berpura-pura bertanyakan arah jalan. Mujur beliau berdua sewaktu kejadian dan mampu melawan kembali walaupun cedera di pergelangan tangan. Beliau dan rakan menggunakan senjata topi keledar sewaktu berlawan.      ....Adalah suatu perkara yang amat menyedihkan bagi saya apabila adik diarahkan membuat laporan polis dibalai polis Dengkil (hampir 20 minit perjalanan dari UPM) walaupun telah berusaha melaporkannya insiden tersebut dibalai polis Serdang dalam keadaan luka yang masih berdarah, bengkak kaki dan tangan serta ketakutan. Adalah lebih menyedihkan lagi apabila insiden ini berlaku sewaktu malam Hari Raya Aidiladha yang mana semua klinik ditutup dan terpaksa kearah Hospital Putrajaya dalam keadaan adik kesakitan. Mana-mana pihak yang mengalami nasib yang serupa seperti adik perempuan saya akan lebih memahami memandangkan beliau adalah insan yang lemah, tidak mampu melawan kembali dan terpaksa menanggung kesakitan dan kepayahan akibat tindakan individu penyerang tersebut. Lumrahnya seorang pelajar tidak mempunyai atau membawa wang yang banyak namun penyerang nekad dan kemungkinan besar ada niat lain disebalik rompakan tersebut memandangkan mangsa adalah seorang gadis....   ....Harap adik beradik di sekitar Bangi...sungai merab....kawasan sekitar ambil perhatian perkara ini.....gambaran penyerang yang diberi oleh adik perempuan saya adalah seperti penampilan adik beradik....seperti juga laporan polis yang dibuat.......ingatlah baiah kita...jangan menganiaya sesama melayu......amar makruf nahyil mungkar.......   sekiranya tersilap kata...hamba mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.....hamba memohon bantuan bagi menjaga anak2 melayu yang membawa amanah mencari ilmu untuk jaga bangsa melayu....takut2 perkara yang sama terjadi kepada adik2 perempuan kita yang lain....malahan lebih buruk lagi......    wallahualam...   -Abdul Malek-      


 


BUDAK TIGA TU... SIMPANG PUTRAJAYA... STANTDARD AR BUDAK TIGA


 



__________________
ko simpang mana??? ranting aku kuat!!! jom lawan bukak buah... ada brani???
«First  <  1 2 | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard