Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: memansuhkan Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:
memansuhkan Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan


Masyarakat Islam bangkit mempertahankan hak

Alhamdulillah terasa sejuk dan terubat sedikit hati saya dan saya percaya
mereka yang lain apabila membaca kenyataan media bertarikh 10 Zulhijjah
1426 yang telah dikeluarkan atas nama 8 NGO Islam iaitu:

1) Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia ( ISRA)
2) Persatuan Ulamak Kedah
3) Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
4) Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
5) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
6) Jemaah Islah Malaysia (JIM)
7) Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
8)Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)

Kenyataan media tersebut merupakan bantahan mereka terhadap usaha untuk
memansuhkan Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan yang diterajui
oleh DAP berikutan Persidangan Meja Bulat yang telah mereka adakan di
Bangunan Parlimen baru-ba ru ini.

Menurut kenyataan tersebut, sekiranya cadangan pemansuhan itu diterima
pihak kerajaan bermakna ianya akan merendahkan status sistem kehakiman
syariah dan sekaligus akan mengakibatkan kehakiman mahkamah syariah berada
di bawah kehakiman sivil yang secular itu.

Mereka menambah bahawa, setiap orang Islam yang menghayati sistem hidup
Islam akan pasti menentang sebarang percubaan yang mahu meletakkan
undang-undang Syariah berada dibawah undang-undang sivil

Kenyataan tersebut menambah bahawa mahkamah syariah adalah forum terbaik
untuk membicarakan pertikaian berkenaan isu pengislaman seseorang
individu.Kata mereka, Hakim Mahkamah Syariah dilatih bukan hanya untuk
memutuskan persoalan fakta tetapi juga persoalan undang-undang Islam di
mana hakim Mahkamah Sivil tidak mendapat latihan mengenainya dan
pengetahuan berkaitan Undang-undang Islam.

Melalui kenyataan media tersebut juga mereka menyatakan kekesalan terhadap
beberapa isu sensitif yang dibincan gkan dalam persidangan anjuran DAP itu
termasuklah dakwaan yang dibuat terhadap angkatan tentera yang kononnya
memaksa kanak-kanak beragama Hindu untuk menjadi Islam.

Berhubung kes Moorthy mereka menyebut:

Isu-isu dalam kes seperti ini adalah berkaitan dengan pertikaian fakta dan
aplikasi Undang-undang Islam. Dalam kes Moorty, isunya ialah sama ada
beliau seorang Islam pada masa kematiannya. Untuk menjawab persoalan ini
pihak mahkamah perlu mengambilkira bukti dan memutuskan sama ada beliau
secara sukarela mengucap dua kalimah syahadah dan jika beliau berbuat
demikian, sama ada beliau berhenti menjadi Islam di bawah undang-undang
Islam berdasarkan kepada dakwaan amalannya yang tidak Islamik, yang perlu
dibuktikan.

Mahkamah Syariah adalah forum terbaik untuk memutuskan isu ini.

Kenyataan tersebut turut menggesa supaya tindakan tegas diambil
terhadap mereka yang memutarbelitkan isu akses kepada mahkamah, dan
mengapikan perasaan perkauman untuk tujuan politik dan tujuan lain. Dan
dipenghujung kenyataan itu mereka mencadangkan agar pihak kerajaan:

Meminda Perlembagaan untuk menyediakan akses kepada orang bukan Islam dalam
Mahkamah Syariah dan melantik anggota kehakiman syariah dalam Mahkamah
Persekutuan untuk mendengar rayuan dari pihak-pihak yang berkaitan daripada
kes-kes Mahkamah Syariah yang melibatkan pihak Islam dan bukan Islam. Hanya
hakim yang mempunyai integriti yang tidak dipersoalkan dan pengetahuan yang
mendalam mengenai undang-undang sivil dan Syariah sahaja perlu dilantik
sebagai anggota Hakim dalam Bench Syariah yang kami cadangkan itu.

Mudah-mudahan pihak kerajaan memandang serius bantahan dan tuntutan NGO-NGO
Islam yang dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat Islam Malaysia
ini. Jangan pula kononnya nanti atas dasar mahu bersikap toleran dan
menghormati tuntutan golongan minoriti maka kita sewenang-wenangnya sanggup
menolak ketepi dan malah menyepak keluar pandangan umat Islam.

Sementar a itu akhbar THE STAR hari ini terus menerbitkan
kenyataan-kenyataan ghairah pihak bukan Islam yang kononnya membaca bahawa
kenyataan PM Dollah Badawi semalam sebenarnya memihak kepada tuntutan
mereka.

Ketua Pemuda MCA Liow Tiong Lai mengharapkan agar PM campurtangan dalam hal
ini yang kononnya sedang menganggu dan menafikan hak golongan bukan Islam.
Manakala Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Dr Herman Shastri
pula mendesak agar sesuatu segera diperlakukan terhadap Perkara 121 (1) (A)
kerana ia seolah-olah mewujudkan kekelabuan di dalam hak dan kuasa mahkamah
sivil terhadap mahkamah syariah.


Moga ukhwah berpanjangan
Pahala berterusan.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

I|I ALHAMDULILLAH, SYUKUR I|I

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard