Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BUKU HIJAU PENYELAMAT UMMAH
is


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:
BUKU HIJAU PENYELAMAT UMMAH


*ini adalah email yang saya terima dari seorang sahabat karib saya yang sekarang ini menetap di ENGLAND*


Moral:
 
Lembu punya susu, sapi kena perah sampai parah ... kah kah kah
 
 
 




As Salam

BUKU HIJAU PENYELAMAT UMMAH

Meletakkan gerakan revolusi pertanian dan penternakan sebagai sektor hadapan negara amat dinanti dan di alu2kan. Syabas kepada penggorak langkah pertama. Pemimpin No. 1 boleh memainkan peranan yg amat aktif di prasarana global dgn sektor ini menjadikan Pemakanan Halal sebagai pemangkin penyatuan ummah.

Ramai rakyat kebulur di Afrika dan Asia yg Islam. Negara Islam sendiri tidak mampu atau sengaja tidak mampu memberi makan orang Islam sendiri. Walhal mengikut golongan para ekonomi kapitalis, pemasaran pemakanan Halal melebihi US 1 Trillion. Kalau tak dapat banding banyak mana satu trillion ini, semacam diberi tiap2 umat Islam global sebanyak 2-3 ribu ringgit seorang!

Di mana pergi nya Baitul Mal yg di usahakan Rasulullah SAW? Takkan orang Arab nak penggap sorang kot? Rata2 mayat yg bergelimpangan di Afrika, Timur Tengah dan Asia adalah Islam. Kita sedap makan lemang.
 
Kat UK ni pun Tok Sir dapat makan lemang buat dengan tin foil. Alhamdulillah kerana dapat makanan halal dan tradisi, tapi bagaimana yg kebulur, yg tengah berperang, yang tak aman...? Tidakkah firman Tuhan kata sebahagian rezeki kita tu ada yang berhak menerimanya? 

Negara Islam tak mampu beri makan ummat Islam sendiri! Kena impot dari negara yg dikatakan negara kafir!!! Mereka yg dikatakan kafir oleh sesetengah yg ekstrim ni beri gak makan orang yg kebulur di Afrika tu!
 
Jika di tunjukkan duit dan makanan kepada mereka yang kebulur ni, 'ya sah bahawa engkau lah tuan kami' mereka kata kemudian berhijrahlah ke UK dan Amerika di atas nama ‘assylum seekers’. Yang tunduk diberi kerakyatan atau taraf pemastautin. Termakanlah budi...maka tergadai lah body...Kita pun impot dari negara yg ‘kafir’ ni untuk beri makan rakyat termasuk diri sendiri.
 
Kita orang melayu yg teringin dan berhasrat nak jadi Imam Islam global tu mana dia? Ramai rakyat Melaysia suka sampai menyampai ayat2 Al Quran dan hadits melalui cyber. Gumbira dapat pahala walau secebis ayat untuk berkepentingan peribadi... macamlah Islam tu baru semalam. Wal hal 1,425 dah. Dah tamat persoalan mengenai hukum!

Kemudian sajian makanan dalam kapal terbang pengangkutan awam pulak mestilah mengikut piawaian ‘Codex Alimentarius’ berpengkalan di Amerika bagi menanda aras pemakanan halal yang disaji! Sebegitu hina kah Islam itu? Negara Islam dah lama dah kena cucuk hidung macam kerbau...

Kenapa kerajaan2 Islam tidak mampu bersatu dibawah panji OIC mengutarakan dan mencadangkan satu kod kaedah pemakanan halal yang suci bersih, dijamin dan selamat oleh kerajaan Islam sendiri mengikut pengredan, pelabelan dan piawaian amalan Terbaik Pertanian Islam, untuk negara Islam dari negara Islam?

Jika satu ‘Majlis Sekuriti Pemakanan Halal Global’ dapat diterima-cadang, di iktiraf dan disatukan oleh negara2 Islam, maka Tok Sir berkeyakinan pasti bermula satu gerakan menghala tuju kepada penyatuan ummah melalui zat pemakanan halal global...Insya Allah dengan izin Dzat Yang Mutlak!

Untuk itu, kita harus mulakan dengan pelan tindakan susu... yelah kerana makanan utama penduduk dunia adalah susu dan termaktub di dalam semua kitab Allah...
 
Tapi lembu yang ada kat Malaysia ni banyak lembu secondhand baka campur, kacukan dari kuncu negara yg dikata kafir tu ...abis susu yg tak seberapa diperah 4 hingga 6 bulan komdian sembilih untuk daging.
 
Hilang lembu, maka impot lagi. Eh dah berapa kali nak impot dah...???!!!??? Beratus juta ringgit kini mencapai angka berbilion dengan sedar tak sedar. Mereka sendiri tak perah susu dgn lembu ni...

Inilah cerita antara lembu hitam dan lembu orang putih tapi kita yakin lembu yang hitam dan putih macam layar perak dolu2 baik adanya.... Hadarilah...


Tok Sir suka perah susu...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard