Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rebiu Masyarakat MIM
is


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:
Rebiu Masyarakat MIM


*ini adalah email yang saya terima dari seorang sahabat karib saya yang sekarang ini menetap di ENGLAND*


As Salam…


 


Rebiu Masyarakat Melayu Islam Malaysia


 


48 tahun merdeka. Alhamdulillah. Demi pembangunan, dari negara pertanian kepada negara perindustrian dan balik ke pangkal jalan, negara pertanian tapi glokal, dan seterusnya nak capai wawasan 2020. Anak saya akan berumur 17 tahun pada pencapaian matlamat wawasan negara maju. Dan mendaratkah tiada mudarat melayu di bulan?


 


Sedikit gambaran negara maju:


 


Anak-anak muda menggilai kemewahan dan berhibur. Tunjukkan kehebatan persembahan masing-masing dengan cara tersendiri.


 


Tidak suka terlibat dengan politik. Politik adalah hiprokrit. Tidak suka dengan ‘doktor pintal’. Politik banyak putar alam! Walau pun negara saudi, tanah suci kerana yahudi!


 


Jika pemimpin buat skandal, ada yang melihat, tengok, jaga, lapor, adu dan siar kepada masyarakat.


 


Masyarakat tidak berebut dengan kontrak atau tender yang membolehkan doktor pintal jadi benang yang basah untuk ditegak!


 


Teknologi maklumat diguna-pakai, jika boleh, di eksplotasi mencari kekayaan, kesenangan, populariti agar menikmati apa yang dicari. Pencarian maklumat mudah. Soalnya, ‘apa awak mahu?’ Apa yang mereka mahu, dapat. Tak mahu, tak apa.


 


Masyarakat umum punyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Jika menghadapai tekanan, desakan dan ketegangan, tersedia infrastruktur, pakar, teknologi, peguambela dan peguamcara dll.


 


Mereka mahu ‘realiti on-demand’. Standard kehidupan yang tinggi dengan perkhidmatan awam dan masyarakat kualiti tapi punyai masalah anti sosial yang akut terutama moral, perkauman dan hak asasi manusia.


 


Golongan yang memuja syaitan, artis, pelakon mahukan pengiktirafan. Golongan yang suka seks diluar tabii mahukan pengiktirafan. Golongan yang tidak mempunyai hak pun mahukan pengiktirafan hak!


 


Ini adalah sekelumit gambaran.


 


Malaysia adalah negara bangun untuk maju!


 


Malaysia terbentuk dari tanah-tanah yang dipusakai oleh kebanyakkan orang melayu dan asli, india dan cina turut serta lain-lain keturunan bangsa seperti bangsa penjajah sepanyol, portugis, belanda, inggeris dan juga dari keturunan bangsa pakistan, bangladesh, thai, arab, yahudi…


 


 


Setelah 48 tahun, melayu masih di belenggu di bawah penaungan demokratik, walau negara di perintah oleh orang keturunan melayu Islam Malaysia! Tak kira darah campur turki, kurdis, parsi, arab, india, hindustan, cina… asal ada darah melayu!


 


Orang melayu Islam Malaysia adalah satu bangsa yang emosional dan sentimental dan menghormati pemimpin. Dan akan seterusnya sentiasa menghormati bekas pemimpin samada yang telah kembali ke rahmat Allah, bersara, yang dibuang atau yang sedang di syaki, yang terus menerus melakukan dosa-dosa besar, yang di ampuni Raja…


 


Masyarakat melayu suka ambil tahu yang mudah-mudah, yang ringkas-ringkas. Hanya setakat untuk ambil sikit dan tahu sikit. Jika tak faham, tak apa. Kalau tak faham takdalah erti. Maka tak tahu maksud isi kata sebenar.


 


Masyarakat melayu Islam Malaysia hari ini tergambar sebagai satu bangsa yang bertuah dan di hormati.


 


Namun, ada yang sedang rungsing kerana di jangkakan bala dan mala petaka bakal menjelma di ambang pintu. Ada yang sedang berhibur di buai mimpi. Ada yang bercita-cita tinggalkan agama datuk nenek, budaya datuk nenek, adat resam datuk nenek…


 


Dan ada mereka yang sedang angan-angan menduduki kerusi empuk perdana, golongan politikus, agar mengecapi kuasa seketika. Ada yang masih tidak ada pekerjaan dan majikan.


 


Sedangkan mereka yang sepatutnya melindungi rakyat hanya duduk di makam pemimpin, ada yang macam duduk di makam zouk!


 


Bagaimana penguasa berdepan dengan melayu Islam Malaysia? …melantik doktor pintal!?!


 


Pokoknya, perlu sepakat untuk mewujudkan satu majlis rebiu masyarakat berwibawa melayu Islam Malaysia bagi menghadapai cabaran, halangan dan pencapaian bangsa pada hari keseratus tahun melayu Islam Malaysia merdeka…insya Allah!


 


 


Renungan


Tok Sir,


kiam di makam luruh…


berfikr dan berzikr


di saat akhir



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard