Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bodohnya Bangsa Melayu!!!


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:
RE: Bodohnya Bangsa Melayu!!!


ingatkan sesama sendiri andai kita terleka....

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:


aku ade sakit hati skit la bile terbaca tajuk topik nih,
owner tak leh tukar ke tajuk topik ni ke?
ape la...



__________________
yusof


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Melayu tidak bodoh. Semua makhluk dimuka bumi nie ada kelebihan dan kekurangan masing2. Sebab itu Nabi suruh kita bersatu kerana dgn bersatu akan mencapai hasil yg menakjubkan.
Kenapa cikgu kita suruh buat study group? kerana masing2 ada kelebihan yg tersendiri. Bangsa mencerminkan agama untuk bangsa itu sendiri. spt bangsa cina kita tahu cina itu agama mereka budha, begitu juga india agama mereka adalah hindu. Jadi saya rasa tak salah memperjuangkan bangsa sebab bangsa mencerminkan agama yg dianuti.
Org melayu / Islam yg murtad jikalau berlaku peperangan, saya percaya mereka akan memihak kpd bangsa yg menganuti agama yg sama dgn mereka.

Jadi pd saya tak salah kalau kita cakap perjuangan bangsa adalah kerana agama.

__________________
INAKI


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:


inaki wrote:


Melayu tidak bodoh. Semua makhluk dimuka bumi nie ada kelebihan dan kekurangan masing2. Sebab itu Nabi suruh kita bersatu kerana dgn bersatu akan mencapai hasil yg menakjubkan. Kenapa cikgu kita suruh buat study group? kerana masing2 ada kelebihan yg tersendiri. Bangsa mencerminkan agama untuk bangsa itu sendiri. spt bangsa cina kita tahu cina itu agama mereka budha, begitu juga india agama mereka adalah hindu. Jadi saya rasa tak salah memperjuangkan bangsa sebab bangsa mencerminkan agama yg dianuti. Org melayu / Islam yg murtad jikalau berlaku peperangan, saya percaya mereka akan memihak kpd bangsa yg menganuti agama yg sama dgn mereka. Jadi pd saya tak salah kalau kita cakap perjuangan bangsa adalah kerana agama.



Saudara Inaki yang dikasihi,  BANGSA TIDAK MENCERMINKAN AGAMA. (saudara tidak membaca dahulu topik utama, terus yang terakhir. Beginilah kita, termasuk saya. Malas). Cina tidak mencerminkan Budha. Jika dihitung jumlah Muslim Cina di negara China, ianya lebih ramai dari Melayu Islam di negara yang kononnya Islam ini. :) itu belum ditolak Melayu Sekular, Melayu Nasionalis (kebangsaan) lagi. Begitu juga dengan India. Muslimnya lebih ramai. Kita ni asalnya HINDU. Cina lebih DAHULU memeluk Islam dari Melayu. India lebih dulu memeluk Islam dari Melayu.


Hamba bukan ingin "memancung" hujah saudara Inaki. Cuma sebagai saudara, hari ini saya kongsi2kan ilmu. kita tegur2 sesama kita. Dengan harapan... suatu hari nanti, jika saya silap, saudara Inaki pula kongsi2kan ilmu pada saya, tegur2 saya. Kita kan manusia.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

bestt2 panaaassssss panaaaaasssssssss.....

negara islam???

islam apa???

islam hadhari...

ok minta kat sapa2 yg tau mod esspecially.. tolong huraikan apa sbenarnya konsep islam hadhari nih kpd suma users.. minta maaf sy mmg tak tau pun apa itu islam hadhari jd sapa2 yg tau tolong huraikan disini...


p/s=harap2 mod jgn closed topic nih...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Untuk menghuraikan Islam Hadhari secara Ilmiyah dalam bentuk penulisan adalah amat panjang.


Ini sebenarnya satu agenda kuasa dunia. Sejarah membuktikan bahawa Islam memang tidak boleh ditentang dengan peperangan. Ini adalah kerana umat Islam amat cintakan kematian. Atas kedengkian fakta inilah, sarjana2 barat menuduh ISLAM DIKEMBANGKAN MELALUI MATA PEDANG!!


Maka. Satu cara memusnahkan Islam adalah dengan MENCABUT ISLAM dari manusia. Bagaimana? Ianya memerlukan satu proses yang amat panjang. Pada permulaannya agenda Kristian dan Yahudi menghantar mubaligh2 mereka ke serata dunia. Bagi menyebarkan agama mereka. Tetapi, adalah amat payah untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka.


Proses ini berevolusi dengan MENYUNTIK elemen baru dalam Islam. Lebih mudah. Maka lahirlah istilah sekular (mengasingkan agama dengan politik), Islam Leberal (Islam yang dimodenkan). Sebagai permulaan, mereka melaga-lagakan antara mazhab. Antara syiah dan Ahlul Sunnah. Islam tulen digambarkan sebagai ekstrimis, kejam, ketinggalan, menindas wanita dan sebagainya.


Oleh kerana penulis mahu memendekkan tulisan, penulis hanya menyentuh IBRAH (pengajaran) yang berlaku di negara tercinta ini.


EKSTRIM. Najib pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SAR kecenderungan mendidik pelajarnya menjadi militan. Kenyataannya membawa padah. Beberapa bulan selepas itu, kerajaan Thailand mengambil ISI ini dengan menangkap guru-guru agama sekolah pondok di selatan Thailand. Maka, tercetuslah semula keganasan kepada saudara kita di sana.


Dr.M. Dengan bangganya mengumumkan PEMBERHENTIAN BANTUAN PERKAPITA KERAJAAN terhadap SAR dihadapan satu majlis untuk mengumumkan Universiti milik MCA. Universiti ? (nama melayu)


KEJAM."Siapa yang nak makan sup tangan dan kaki, datanglah ke Kelantan" reaksi spontan Dr.M apabila diminta mengulas tentang Hudud. (teringat kenyataan Sharizat Jalil tentang kes Jeslina dulu)


KETINGGALAN."Hukum hudud zaman primitif boleh la","Nabi tak cukur janggut sebab takder Gillet" oleh Dr.M. "Dalam Al-Quran mana ada tulis cara nak buat Highway!" kata Sami Vellu ketika panas berkenaan hudud di parlimen. (Malaysia satu2nya negara yang tidak menyiarkan sidang parlimen secara langsung, mengundi tanpa mencelup dakwat inai di jari dan badan pencegah rasuahnya diletakkan dibawah jabatan perdana menteri, bukan bawah parlimen, di dunia ini)


MENINDAS WANITA. Bantahan Sharizat Jalil terhadap Enekmen Syariah baru-baru ini amat mengecewakan kita.


Kenyataan-kenyataan ini sepatutnya di buat oleh orang bukan Islam. Tetapi KINI dibuat oleh mereka yang mengaku Islam. Ini menunjukkan betapa BERJAYAnya tangan-tangan kuasa ini MENYUNTIK ELEMEN BARU dalam Islam tanpa berperang dengan  ataupun menukar agama.


Walaupun penulis sendiri, NGO Islam yang lain, Pertubuhan Islam yang lain TIDAKLAH SEISLAM MANA..... tetapi tentu kita tidak tergamak mengatakan KEJAM, KETINGGALAN, MENINDAS WANITA kepada ALLAH. WALLAHUALAM.


Pohon maaf dari hamba-AdukaTaruna



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:

ANA SOKONG ENTE WAHAI ADUKA TARUNA...


DIDALAM DUNIA YG FANAK INI...TAK KIRE LAH PAS KE UMNO KE


KITE SEMUA KENE BERSATU HATI DAN TUNDUK KPD PERINTAH ALLAH


YG MANA BETUL KITE IKUT...MANA SALAH KITE PANCUNG SAJA...



__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Assalamualaikum ...


Melayu sebenarnya tak bodoh, banyak gak yg pandai2. Sebenarnya yg malas tuh ramai. Tuh yg nampak dgn jelas. Cuma bangsa kita ni terperanjat dgn serangan kemajuan yg nak dikatakan tidaklah begitu mendadak tetapi akibatnya melalaikan orang2 kita. Serangan kemajuan ini telah melalaikan maksud sebenar kita di muka bumi ini, tapi tidak bermaksud kita harus tinggal di pondok buruk.


Sebagai contoh, saya ade baca akhbar tempatan menemuramah remaja2 yg lepak dekat petaling street. Jawapannya mereka bangga lepak dekat sana, jiwa aman, hati tenteram kerana tiada sebarang gangguan. Boleh cuci mata, lihat2 gelagat manusia sambil menghabiskan duit mak bapak. Objektif temuramah pihak tersebut adalah untuk melihat maklumbalas masyarakat selepas kawasan petaling street dinaikan taraf bukan agenda mengurangkan remaja lepak tetapi seolah-olah mereka suka remaja memberi sambutan dengan melepak disitu. Agenda remaja lepak macam biskut chipsmore aje. Mereka kata orang ramai, baru ade bisness. Satu akal pandai dari bangsa kita.


Agenda remaja lepak terkubur begitu sahaja. Ini semua disebabkan malas, malas hendak memperbetulkan sesuatu. Memberi idea saja terel, buatnya malas. Itulah yg sebenarnya melanda bangsa kita. Ingat, bangsa kita tak bodoh, kalau bodoh Malaysia ini dah macam negara melarat yg boleh kita lihat dekat berita jam 10 di tv1.


Wa'salam.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:


mrkolumpo wrote:

ANA SOKONG ENTE WAHAI ADUKA TARUNA...
DIDALAM DUNIA YG FANAK INI...TAK KIRE LAH PAS KE UMNO KE
KITE SEMUA KENE BERSATU HATI DAN TUNDUK KPD PERINTAH ALLAH
YG MANA BETUL KITE IKUT...MANA SALAH KITE PANCUNG SAJA...






aku pun sokong...

tp bab politik susah laa bro nak bersatu sbb perjuangan kita berbeza....

berbeza tang mana pikiaq2 sendiri laaa....





__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:
terima kasih


terima kasih kepada saudara yang memahami. jika sudah faham, adalah tanggungjawab kita menerangkan kepada yang masih belum faham. "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat". Bagi hamba, inilah antara cara yang termampu bagi saya berdakwah. Bukanlah hebat sangat. Islam hamba seperti kebanyakan yang lain juga. tapi bantu-membantulah sesama kita.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
RE: Bodohnya Bangsa Melayu!!!


bukan bodoh kot............................ slow n steady

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Saudara AndukaTaruna...........saya dah memerhatikan post2 saudara..........niat saudara menyampaikan topik ini amat bagus utk kesedaran melayu....tetapi banyak percanggahan ttg sejarah melayu itu sendiri..ingtakah ttg Panglima Hitam seorang Pelayar.....dan Kerajaan Srivijaya yg menguasai hampir seluruh nusantara........ok....saya tau itu tak cukup banyak berbanding perbandingan saudara dgn bangsa2 lain.........ok.........kita alihkan sikit...soal nasionalis dan agama....saya tau saudara menghentam kerajaan BN yg dipimpin UMNO ini walaupun saudara cuba berkias.....saudara tentu paham soal kesinambungan kuasa bangsa kita kan....ya...bangsa tak penting pada saudara barangkali kerana saudara lebih mengutamakan agama( maaf jika saya salah)......saudara tau bukan Melayu itu Islam ( walau ada yg dah murtad )....bagaimana kita hendak mempertahankan agama Islam yg dicintai ini jika bangsa kita sendiri tidak mempunyai kuasa atas tanah sendiri?? saudara dah lihat Singapura kan??....ok..saya tau saudara lebih bijak dari saya....UMNO?? saudara  cuba menimbulkan isu POLITIK...........kelihatan pada saya bahawa saudara ni penyokong PAS barangkali ( maaf sekali lagi jika saya salah)...Saudara menyebut BN tidak Umno,tapi semua sedia maklum yg UMNO itu memimpim BN dan kerajaan Malaysia seluruhnya.......


Saudara Andika, pernahkah saudara tahu ttg kerajaan Perikatan...mengapa diadakan perkongsian kuasa dgn MIC dan MCA?? mengapa perlunya kita berkongsi kuasa di atas tanah melayu ini..ini adalah hakikat yg tidak dapat dielak....hasilnya???....Agama Islam itu agama rasmi dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan....saudara pasti berkata pusat2 judi masih banyak...begitu juga pusat2 maksiat yg lain.....tapi....mengapa ya kita sebagai umat Islam yg tahu yg mana halal dan haram masih nak berkunjung ke tempat2 sedemikian ( opss..saya tidak ya )...saudara pasti kata mengapa kerajaan membenarkan pusat2 sedemikian dibuka memberi lesen dan sebagainya.??.....inilah POLITIK.......penuh teka-teki.....adakah PAS akan menutup semua pusat2 sedemikian jika di pilih memerintah Malaysia???.........sama2 kita lihat.........


saudara Andika..............sebagai bangsa Melayu yg mendukung Islam jika kita tak berbuat sesuatu utk mempertahankannya..adakah kita akan meminta bangsa lain mempertahankan utk kita??( dalam konteks diatas bumi Malaysia ini).....saudara cuba lihat betul2 mengapa perkongsiaan Kuasa kerajaan BN ini perlu........saudara teliti dan fahami maka jawapan akan terbentang dihadapan saudara....satu persoalan......mengapa ya PAS bersepakat dgn DAP membentuk BARISAN ALTERNATIF ketika pilihanraya 1999??? nah...........lihat..PAS juga paham soal perkongsian kuasa......kerana dgn cara inilah kita boleh menaikkan kedaulatan Islam mendahului agama2 lain didalam Malaysia ini.............kita mahu Islam menjadi agama rasmikan???? nah..kita dah dapat...soal nak mermatabatkannya......MARILAH BERSATU MEMBANGUNKAN MELAYU YG MENDUKUNG ISLAM..BUKAN DGN CARA PENINDASAN POLITIK...yg berpolitik biarkan pemimpin2 kita terus memanjangkan nyawa kita sebagai BANGSA DOMINAN..........jika PAS berminat memerintah Malaysia..nah.......kitaada pilihanraya pada 2008 nanti..buktikan masa itu kalian boleh.........adilkan....


akhir kata..bukan niat diri saya hendak menunjuk pandai berhujah dgn saudara Andika..cuma memberi pandangan saya terhadap topik saudara.......salam perkenalan dihulur..mudahan bersahabat kita selepas ini,bertukar ilmu..insyaAllah........


Salam Perjuangan............



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

saya agak tersentak dengan tajuk "bodohnya bangsa melayu"...saya pasti org yg menyebut ayat tersebut adalah org yg sedar akan keadaan bangsanya sendiri dan pastinya seorg yg bijak(tidak seperti bangsanya yg bodoh itu)...saudara,adapon Rasulullah ketika diutus kepada bangsa arab pd mulanya bagaimanakah keadaan bangsanya??.....dengan kuat bergaduh,zina,mabuk dll...adakah tugas Rasulullah ketika itu untuk menjelaskan bahawa mereka adalah sebuah bangsa yg teruk??....tentu tidak...Rasulullah tidak sesekali mengeluh akan keadaan bangsa arab ketika itu bahkan tabah menyebarkan islam serta berusaha mengubah akhlak mereka...sabda Rasulullah "Sesungguhnya saya diutus untuk menyempurnakan akhlak"...jadi kita sebagai seorg yg beragama islam harus mencontohi sikap Rasulullah yg tidak cepat berputus asa mengubah bangsanya sehingga menjadi umat yg terbaik dan bukannya mengeluh mengenang nasib bangsa sendiri....sekian dari saya hamba Allah yg kerdil..



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Assalamualaikum, saudara kuatexciden. terima kasih atas keperihatinan saudara akan isu ini. dari komen yang saudara berikan, dapatlah saya membuat kesimpulan (maafkan jika saya silap), saudara tidak membaca topik utama sehingga komen yg terakhir secara teliti. hanya sekali imbas sahaja.


Jika ianya benar (jika silap maafkan saya), ianya samalah seperti lewat memasuki sebuah majlis ilmu, dan terus bertanya atau berhujah, tanpa mengetahui suasana sebenar majlis tersebut.


Apa-apa pun terima kasih kepada keterbukaan saudara akan isu ini. :)


Salam maaf dari hamba


-AdukaTaruna-



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

tima kasih...keadaannya mmg begitu....

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:


sang simba wrote:






Saudara AndukaTaruna...........saya dah memerhatikan post2 saudara..........niat saudara menyampaikan topik ini amat bagus utk kesedaran melayu....tetapi banyak percanggahan ttg sejarah melayu itu sendiri..ingtakah ttg Panglima Hitam seorang Pelayar.....dan Kerajaan Srivijaya yg menguasai hampir seluruh nusantara........ok....saya tau itu tak cukup banyak berbanding perbandingan saudara dgn bangsa2 lain


AdukaTaruna : :)


.........ok.........kita alihkan sikit...soal nasionalis dan agama....saya tau saudara menghentam kerajaan BN yg dipimpin UMNO ini walaupun saudara cuba berkias.....saudara tentu paham soal kesinambungan kuasa bangsa kita kan....ya...bangsa tak penting pada saudara barangkali kerana saudara lebih mengutamakan agama( maaf jika saya salah)......saudara tau bukan Melayu itu Islam ( walau ada yg dah murtad )....bagaimana kita hendak mempertahankan agama Islam yg dicintai ini jika bangsa kita sendiri tidak mempunyai kuasa atas tanah sendiri??


AdukaTaruna : Saudara Sang Rimba yang dikasihi... di dalam Islam, yang mendukung agama ALLAH ini bukanlah BANGSA. Tetapi UMAT. Bangsa ini sempit. Jika Malaysia, ianya Melayu. Umat ini luas. Islam adalah universal. Bukan Melayu sahaja, malah bangsa-bangsa lain yang memeluk Islam. Malah bukan manusia sahaja, tetapi flora dan fauna, jin, malaikat dan segala makhluk yang dijadikan ALLAH. Dalam kontek siapa yang ingin menegakkan Islam jika bukan bangsa sendiri, renungkan, sudah berapa lama bangsa Melayu memerintah? Sudah lebih setengah abad. Tetapi Islam tetap DIPERINTAH. Bukannya MEMERINTAH (ALLAH tunjukkan tamadun Islam yang hebat boleh dibangunkan hanya 23 tahun). Islam hanyalah disempitkan kepada upacara kawin, harta pusaka (mahkamah syariah). Yang mana-mana sesuai dengan pemerintah, diguna. Mana-mana yang tidak sesuai, dicampak dalam tong sampah. Sebab itu, dalam Islam tidak ada bangsa yang menegakkan agama ALLAH di satu-satu tempat. Cina boleh memerintah dalam Islam. India juga boleh, Arab dan lain-lain bangsa. Tidak semestinya anak tempatan. Asalkan bertakwa dan berkaliber. Sebab itu Nabi berasal Mekah, berbangsa Quraish memerintah Madinah berbangsa Muhajirin, Ansar, Yahudi dan lain-lain.


saudara dah lihat Singapura kan??


AdukaTaruna : Lihat. Hanya dapat dilihat. Akibat kebodohan Sultan Melayu yang berjudi, berhutang sehingga menggadaikan Singapura. Generasi Islam hari ini hanya dapat melihatnya (singapura) sahaja. Pemerintah hari ini menyambung ketakutan Sultan Melayu dahulu kala. Dibuli dalam isu air, isu jambatan, disaksikan oleh generasi hari ini.


....ok..saya tau saudara lebih bijak dari saya....UMNO?? saudara  cuba menimbulkan isu POLITIK...........kelihatan pada saya bahawa saudara ni penyokong PAS barangkali ( maaf sekali lagi jika saya salah)...


AdukaTaruna : Benar saudara. :) Tapi hanyalah sebagai CHEK & BALANCE kepada pemerintah. Oleh kerana Melayu membenarkan pemerintah memegang majoriti 2/3 di parlimen, maka tiadalah Chek & Balance. Mereka menggubal undang2 sesuka hati. ISA, AKU, AKTA MESIN CETAK, naikkan harga minyak, BPR dibawah Jabatan Perdana Menteri bukannya parlimen, undi yang masih memangkah guna pensil bukannya menebuk, tidak menjelupkan jari dalam dakwat inai sesudah mengundi, mengawal media, memperkudakan agensi kerajaan dan sebagainya. Semua ini bertentangan dengan ISLAM.


Saudara menyebut BN tidak Umno,tapi semua sedia maklum yg UMNO itu memimpim BN dan kerajaan Malaysia seluruhnya....... Saudara Andika, pernahkah saudara tahu ttg kerajaan Perikatan...mengapa diadakan perkongsian kuasa dgn MIC dan MCA?? mengapa perlunya kita berkongsi kuasa di atas tanah melayu ini..ini adalah hakikat yg tidak dapat dielak....hasilnya???....Agama Islam itu agama rasmi dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan....


AdukaTaruna : Kita dijajah tanpa peperangan secara total. Hanya pecah dan perintah. Terlalu hina. Ini semua angkara Sultan Melayu. Bercakaran sesama sendiri. Hanya perlu dicucuk sedikit. INILAH KESILAPAN. Kita beri nama kesilapan 1. Nasi sudah menjadi bubur. British sudah menjajah. Menghisap hasil bumi kita. Kuasa-kuasa dunia ini amat cerdik. Mereka tahu jika negara dihuni Islam itu dijajah terlalu lama, maka Islam akan meningkat. Jihad akan dilancarkan. Mudah kata rakyat akan kembali kepada ajaran sebenar. Penyelesaiannya, berikan sahaja kepada boneka. (lihat Afganistan, Iraq, Mesir, Saudi Arabia, Pakistan dan lain-lain). Untuk merdekakan tanah air atas kesilapan 1, maka kita terpaksa membuat kesilapan yang baru, kesilapan 2, berkongsi kuasa dengan kafir harbi. Tentang agama, tentang budaya, hanyalah di atas sekeping kertas. Lord Reid. Buktinya? Kita sebenarnya tidak dihalang untuk memilih agama (murtad). Kes-kes yang ada, disapu ke bawah karpet oleh media tunggangan pemerintah. Bahasa? Lihat mana-mana produk. Bahasa 1 = English. Bahasa 2 = Mandarin. Bahasa 3 = Melayu. Atas kertas sahaja rasmi.


saudara pasti berkata pusat2 judi masih banyak...begitu juga pusat2 maksiat yg lain.....tapi....mengapa ya kita sebagai umat Islam yg tahu yg mana halal dan haram masih nak berkunjung ke tempat2 sedemikian ( opss..saya tidak ya )...saudara pasti kata mengapa kerajaan membenarkan pusat2 sedemikian dibuka memberi lesen dan sebagainya.??.....inilah POLITIK.......penuh teka-teki.....


AdukaTaruna : Benar, inilah politik. Politik adalah politik. Agama adalah agama. Ini dinamakan Sekular. Memisahkan agama dari politik. Rupa-rupanya agama Islam tidak lengkap. ALLAH terlupa memasukkan politik dalamnya. :)


adakah PAS akan menutup semua pusat2 sedemikian jika di pilih memerintah Malaysia???.........sama2 kita lihat......... saudara Andika..............


AdukaTruna : Sebab itu kita perlu bijak. Tidak memberikan sesuatu pemerintahan itu majoriti 2/3. Jika chek & balance nya kuat, pemerintah tidak akan mampu melakukan sesuka hati. Atas kepentingan survival politik.


sebagai bangsa Melayu yg mendukung Islam jika kita tak berbuat sesuatu utk mempertahankannya..adakah kita akan meminta bangsa lain mempertahankan utk kita??( dalam konteks diatas bumi Malaysia ini).....


AdukaTaruna : Saya sudah menjawabnya di atas. Tidak semestinya Melayu yang memerintah. Siapa yang lebih tinggi di sisi ALLAH.


saudara cuba lihat betul2 mengapa perkongsiaan Kuasa kerajaan BN ini perlu........saudara teliti dan fahami maka jawapan akan terbentang dihadapan saudara....satu persoalan......mengapa ya PAS bersepakat dgn DAP membentuk BARISAN ALTERNATIF ketika pilihanraya 1999??? nah...........lihat..PAS juga paham soal perkongsian kuasa......


AdukaTaruna : Pakatan tersebut adalah bagi mengurangkan majoriti BN diparlimen. Kerana kita tidak boleh menang tanpa pilihanraya yang berat sebelah. Media, SPR, Polis, Undang-undang. Apabila sudah menang, PAS akan mewujudkan system syura ulama di atas parlimen. Yakni apa yang sudah termaktub dalam Al-Quran tidak boleh digubal di parlimen. Yang dibenarkan Islam, akan digubal di parlimen. (lihat dokumen negara Islam)


kerana dgn cara inilah kita boleh menaikkan kedaulatan Islam mendahului agama2 lain didalam Malaysia ini.............kita mahu Islam menjadi agama rasmikan???? nah..kita dah dapat...


AdukaTaruna : Hanya di atas kertas. Tanpa boleh menyentuh mana-mana individu Islam yang mahu menukar agama. Hanya namanya rasmi. Pengisiannya? Sambutan Kemerdekaannya? Kontek Hiburannya? Aspek perundangannya? Ekonomi? Semuanya konvensional sekular.


soal nak mermatabatkannya......MARILAH BERSATU MEMBANGUNKAN MELAYU YG MENDUKUNG ISLAM..


AdukaTaruna : Jika Islam sudah bangun, bangsa-bangsa lain turut terbela. Alam sekitar, burung-burung, hutan, pembalakan,  saudara Islam di negara lain turut terbela.


BUKAN DGN CARA PENINDASAN POLITIK...yg berpolitik biarkan pemimpin2 kita terus memanjangkan nyawa kita sebagai BANGSA DOMINAN..........


AdukaTaruna : Di bawah tekanan CIA, UMNO telah memenjarakan ribuan ulama Islam di bawah akta ISA. Semenjak proses merdeka hingga kini demi kepentingan survival politik. Hasilnya Bangsa Dominan ini dibiarkan lalai dari Islam demi melekakan mereka akan Istilah Sekular. Jika mereka faham akan ilmu Islam, maka kebanyakkan mereka akan berpaling dari UMNO. Ini membahayakan dalam proses jangka panjang. Tiada pelapis.


jika PAS berminat memerintah Malaysia..nah.......kitaada pilihanraya pada 2008 nanti..buktikan masa itu kalian boleh.........


AdukaTaruna : Ada yang berpendapat bahawa Islam tidak boleh dinaikkan melalui demokrasi. Ini adalah kerana demokrasi adalah produk barat. Dalam sejarah Islam, Tiada Islam yang tegak melalui cara ini. Yang ada hanyalah melalui revolusi, penaklukan. Tetapi baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemenangan HAMAS melalui demokrasi yang adil. Satu formula mudah untuk melihat kerajaan kita ini Boneka USA (dajjal?) atau tidak. Jika parti itu menang, USA tidak bersuara (bersetuju), maka kerajaan itu adalah tajaan, tunduk kepada USA. Iran mengadakan demokrasi. USA dan Yahudi memekak. Hamas menang, USA dan ISRAEL bising. UMNO menang?


adilkan....


AdukaTaruna : Adil ker? :)


akhir kata..bukan niat diri saya hendak menunjuk pandai berhujah dgn saudara Andika..cuma memberi pandangan saya terhadap topik saudara.......salam perkenalan dihulur..mudahan bersahabat kita selepas ini,bertukar ilmu..insyaAllah........ Salam Perjuangan............


AdukaTaruna : Sebenarnya seronok berkongsi pendapat dengan mereka yang matang, profesional seperti saudara. Hamba pun bukan lah Islam sangat. Sebab tak Islam sangat ni lah, hamba ingin Islam menjaga hamba. Hamba ingin membesarkan anak-anak hamba kelak di negara Islam yang tiada disko, judi, pelacuran, hiburan melampau, berkasih sayang sesama saudara Islam tanpa sekatan bangsa, tolong-menolong. Ahhh... indahnya Islam. :)






Pohon maaf dari hamba


       -AdukaTaruna-



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:

hidup islam,


allahuakbar...


allahuakbar...


allahuakbar...



__________________
yusof


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

bodoh ke apa ka aku bangga jadi bangsa melayu...

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

hafiz_halim wrote:


bodoh ke apa ka aku bangga jadi bangsa melayu...

Assalamualaikum, adikku hafiz_halim. :) adik tidak bodoh jika berbangga dengan Melayu. Itu adalah anugerah ALLAH yang berkekalan. Tetapi adik perlu mengambil Islam sebagai akidah adik. Kita semua dibawah satu kuasa. Kasih sayang. Bantu membantu. 

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Assalamualaikom..


Bukan Semua Melayu Bodoh..


Terima Kasih



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Salam Saudaraku Aduka Taruna...........

Dari kenyataan2 saudara telah jelas saudara adalah Ahli PAS jika bukan pun penyokongnya..............kerana tulisan2 yg ditulis bagi menjawab setiap tulisan saya di atas bernada begitu???.........mengatakan pilihanraya tidak adil??? buktikan di mana yg tidak adilnya.....sertakan sekali dokumen2 berkaitan dan saksi2 penting........anda mahu keadilan bukan???..mari kita mencari keadilan...

tentang UMNO itu acuan barat.......demokrasi yg dibangun itu acuan barat...........saya mahu bertanya...adakah saudara berasa susah hidup di Malaysia ini.adakah kita umat Islam tidak boleh beribadah dgn bebas?? adakah kita dihalang dari pergi kemasjid2 yg kita suka?? mengapa KELANTAN itu boleh pula ditadbir PAS jika UMNO itu korupsi??..jika benar UMNO itu jahat sebagaimana anda fikir..anda tahukah apa yg mampu dilakukan mereka2 ini pemimpin2 UMNO...sudah pasti PAS diharamkan saja..dan KELANTAN pasti dirampas dgn penipuan2 dalam pilhanraya.......Askar2 Amerika pasti membina pengkalan mereka di bumi Malaysia ini.........Bush akan tersenyum riang........( itu jika UMNO ni kejam dan jahatlah seperti fikiran anda itu )........

Saudaraku, tahukah anda....kenyataan2 mengatakan ahli2 UMNO itu kafir saja sudah cukup memeritkan dan menghancurkan hati..........alasan apa yg dipakainya begitu??? apa hak kalian nak menghukum seseorang itu kafir.......Allah Yg Maha Besar lebih mengetahui ketaqwaan seseorang terhadapnya....

Apabila saya memperkatakan ttg perkongsian kuasa antara PAS dgn DAP anda berkata itu kerana mahu mengurangkan majoriti BN........sesiapa pun tahu itu tujuannya saudara.....tak perlu dinyatakan..cuma saya menghuraikan sebelum ini bahawa PAS juga paham konsep itu, dimana penggabungan dgn parti bukan melayu dan Islam sudah pasti...........itu perlu.........sebab PAS mahukan survival partinya juga..bukan begitu....?

Saudaraku..........saya bukan ahli UMNO kerana tidak pernah pun berdaftar atau menyertainya..tetapi saya mengambil sikap memerhati hal2 politik di dalam negara sejak dulu hingga kini........saya akui, hasil pemerhatian saya memang ada dikalangan ahli UMNO yg telah salah dalam perjuanagn mereka...mengamalkan kroni, mengambil rasuah, poltik wang dan sebgainya.........dan kepimpinan UMNO sendiri sudah mengambil tindakan menghukum sebahagiannya...memang susah nak mengesan mereka2 ini......jika sudah kesan pun perlu pula dibuktikan kesalahan mereka itu.......saya nampak kepimpinan dibawah Perdana Menteri Dato Seri Abdullah sekarang lebih bersungguh mahu membanteras kambing2 hitam didalam kerajaan kita ini............marilah saudaraku kita sama berdoa agar mereka2 yg bersalah ini dapat di kesan dan dihukum............

( susah ya bila..sebab nila setitik rosak susu sebelanga.....)

Ternyata ideologi politik kita berbeza ya saudara..................tapi menjulang Islam yg satu ini tetap menjadi pegangan....untuk pengetahuan saudara saya ada dua org sahabat baik ketika masih menuntut dulu...kedua2nya kini adalah ahli Pemuda PAS..seorang di melaka, seorang lagi di kok lanas ,kelantan...mereka tahu pendirian saya...tapi itu tak pernah menghancurkan persahabatan kami...bila tiba waktu pilihanraya saya akan menghubungi mereka bertanya suasana di tempat mereka, begitu juga sebaliknya...bersyukur mempunyai sahabat2 seperti mereka, sangat konsisten....

Saudaraku Aduka Taruna.........semoga perbezaan fahaman tidak menghancurkan persaudaraan Islam sesama kita..........


Salam Perjuangan...

-Sang Simba-




__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

mmm satu topik yang di bincang hangat...


berpuluh puluh minit juga nak baca semuanya...


anyway... jangan sekali kali merasa lemah hanya kerana kita ini melayu. Tetapi mengakui yang kita kini sedang lemah adalah baik sekali... memang kenyataanya begitu...


Bila dah sedar.. apa perlu kita buat...? mengeluh? berbalah...? bertelagah...? tuduh menuduh...?


Ingatlah semua, allah lahirkan kita semua tanpa mengetahui satu apa pun. Begitu juga semua bangsa lain di dunia ini... jangan cepat mengalah.


Perhatikan firmah allah...


An-Nahlu ayat 78.: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.


Yang menjadikan kita lemah ialah kerana kita kurang menggunakan akal, yang memerlukan penggunaan FUNGSI PENDENGARAN, PENGELIHATAN DAN HATI.


Oleh itu, perbanyakkan guna Pendengaran, Pemerhatian dan Pemikiran (itulah proses akal). Mampu menyaksikan sebenar benarnya bagaimana kehendak Allah untuk kita patuhi/abdikan betul betul menggunakan hidayah allah dan penyaksian akal (proses Syahadah = menyaksikan).


Sampaikan pula apa yang telah jelas di saksikan, memerhati, mengkaji dan menyaksikan benar-benar sunnah dan langkah tindak tanduk rasulullah dalam urusan Agama, Bangsa (umat) dan Tanah Air (Negara)... (PROSES BALIGH = TABLIGH/MUBALIGH).


BARULAH KITA BENAR-BENAR JADI ORANG YANG AKIL (BERAKAL) DAN BALIGH (MAMPU MENYAMPAI).


Selagi itu tidak disempurnakan, maka jadilah kita seperti umat yang berfikiran seperti budak budak, bertindak macam budak budak...


 


...BERSAMBUNG...


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

 :)

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

.................setuju dgn Kanda Mas...............kelemahan adalah datang dari diri kita sendiri.


.........Politik tetap politik.........siapa yg bermain dgnnya............maka, terjerumuslah ia..........tak kira siapa pun dia............



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Hamba masih menanti sambungan dari web master. :)

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

hmmm panass2 masuk bab politik plak... ekekkeke


tak  kisah laaa cmna pun tp persoalan kita skrg nih adalah utk meweujudkan sebuah negara yg


btul2 melaksanakan hukum2 allah yg diambil drp kitab suci kita al-quran,bukan islam hanya sbg agama rasmi tetapi tidak memartabatkan pun apa yg tertulis dlm kitab kita al-quran...


negara islam  kita yg menyambut perayaan tahun baru,ulangtahun kemerdekaan dgn menggalakkan makisat,konsert2 dll.itu semua mmg ada dlm konsep islam negara kita skrg nih...


so pikir2 lah mana yg btull mana yg tidak...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Masih memerhatikan gerak langkah Aduka Taruna...........langkah elok2 Saudaraku..jangan sampai terjatuh....jalan2 disini sangat licin........silap langkah tersembam menyembah bumi.......kadg kala kita tak tau apa yg dipikul itu berat atau ringan....bagilah hamba sedikit hamba tolong pikulkan....

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

 


 


Aku sokong 100% apa yang dikatakan oleh adukateruna... setiap komma dan noktah aku sokong.


memang betul pun melayu nie bodoh... melayu nie cuma budi bahasa yang baik. (kalau jawa, tak termasuk).


selain pada tu memang boleh digelar bodoh.


mana ada bangsa biar diri mereka diperhambakan bangsa asing macam melayu. (korang tak payah pertikai, hakikat nya melayu memang hamba cina.)


kalau kat tempat lain yahudi asia tu nak pakai nama cina pun tak boleh...


senang cerita melayu memang bodoh lah... pilih pemimpin pun bodo.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Assalamualaikum kekanda2 sekalian...sungguh hangat topik ini.....


ada beberapa sumber yang boleh kita tinjau2 dari post ini...


 


SUMBER-SUMBER:


http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=25351&UID=


http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=print&sid=4180


erm...mcm ada tokok tambah sikit..atau saya yang tersilap...maafkan saya jika silap..org muda..byk buat silap..betulkan saya....saya perlu tunjuk ajar...



__________________
Terus Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Terakhir....Insya Allah


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

wah budibahasa??????????????

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
«First  <  1 2 3 4  >  Last»  | Page of 4  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard