Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bodohnya Bangsa Melayu!!!


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:
RE: Bodohnya Bangsa Melayu!!!


adam_kulim wrote:


Assalamualaikum kekanda2 sekalian...sungguh hangat topik ini..... ada beberapa sumber yang boleh kita tinjau2 dari post ini...   SUMBER-SUMBER: http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=25351&UID= http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=print&sid=4180 erm...mcm ada tokok tambah sikit..atau saya yang tersilap...maafkan saya jika silap..org muda..byk buat silap..betulkan saya....saya perlu tunjuk ajar...


Assalamualaikum, adam_kulim. :) . Sumber2 tersebut adalah tulisan hamba. Tulisan original diterbitkan di Tranungkite pada tahun lepas. Bertajuk Melayu Hampas? Tulisan tersebut di'upgrade' dibawah tajuk "Peluklah Islam Wahai Melayu" pada Januari 2006. 2 minggu kemudian saya 'upgrade'kan lagi dibawah tajuk yang lebih pedas "Bodohnya Bangsa Melayu". Setelah itu, tulisan tersebut disebarkan di merata-rata. Alhamdulillah. Ini sahaja antara dakwah yang saya mampu.


Maafkan hamba


-AdukaTaruna-



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

oo..kalau begitu jelaslah saya....kerana sebelum ini saya sangka abg ambil dari site tu..erm..mcm ni la melayu kan.....

__________________
Terus Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Terakhir....Insya Allah


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Tidak mengapa. Jika orang lain yang mengambilnya pon tidak mengapa. Kan ilmu tu. Selagi dia disampaikan dan diamalkan, walau kite dah mati sekalipun, persen pahala tetap ada. Wallaualam.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Assalamualaikum ...


Sungguh hangat dan banyak bermanfaat dalam isu kali ini yang dikemukakan oleh saudara AdukaTaruna. Biar buka mata dan minda kita dengan segala yg kita kabur selama ini, mungkin ada yang sedar dan sebaliknya atau pun mungkin ada yg perasan tetapi leka dengan perkara-perkara kemahuan.


Mana yang baik kita pikul dan mana yg kurang senang kita lupakan. Ingat-mengingati diantara kita sudah menjadi tanggungjawab kita, jadi cuma kita perlu bijak menilainya.


Wa'salam.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

A'kum...melayu itu bukannya bodoh..melayu itu satu bangsa yg ada di dunia sama seperti bangsa2 lain...yg bodoh itu dtg dr kita sendiri...Allah mencipta kita dgn sebaik-baik kejadian..diberikan akal fikiran yg telah membezakan kita dr makhluk2 ciptaan Allah yg lain...jd jika kita x dpt gunakan akal kita dgn sebaik mungkin...maka bodohla kita..namun yg pasti yg dpt membezakan kita semua ialah IMAN dan AMAL SOLEH...Wallahualam...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Benarlah kata ALLAH. Setiap peristiwa itu hanya diambil iktibar oleh mereka yang mahu berfikir. ALLAH telah memberi tahu, bahawa di akhir zaman, umat Islam amat teruk, hina, ditindas. Nabi mengatakan ianya seperti buih. Banyak sahaja lebih. Tapi mengikuti arus laut. Sebab itu ALLAH menjanjikan IMAM MAHADI.



Mengapa Imam Mahadi? Imam adalah pemimpin. Ini bermakna seluruh dunia Islam di akhir zaman mempunyai pemimpin yang fasik.  Penyebab kepada keruntuhan, kehinaan yang dilalui kita. Hinggakan ALLAH menghantar Imam Mahadi. Tetapi Melayu tetap tidak mampu berfikir. Masih memperjuangkan pemimpin-pemimpin fasik sekular dan kebangsaan. Sedangkan ALLAH telah memberitahu. Nabi juga sudah memberi gambaran.



Untuk yang mahu berfikir, cuba perhatikan sunnah (rentetan peristiwa / hukum alam ) ini. Sejak penciptaan Adam, pejuang agama ALLAH akan ditentang oleh manusia. Manusia yang menentang itu kuat dari pejuang agama ALLAH ketika itu. Lihat Namrud, kaum Lud, Firaun (sekadar beberapa contoh). Sehingga ke akhir zaman ini. Di seluruh dunia, media dikuasai oleh sekular. Kuasa dunia dipegang oleh sekular. Pelbagai penindasan dilakukan demi survival kuasa dunia sekular. Ditutupi, ditimbusi oleh media sekular.



Kecilkan skop. Dalam negara kita, sekular memerintah negara. Media tunggangan pemerintah. Jika ada yang diberi permit pun Harakah. Itu pun disekat dari 4 kali sebulan (dahulu) menjadi 2 kali sebulan (kini). Pengasas akhbar Watan yang berpaling dan melaporkan yang hak, dipenjarakan bawah ISA selama 2 tahun. Peliknya majalah hiburan berbau lucah tidak disekat. System perundangan, kovensional sekular. Baru wartakan undang-undang keluarga Islam, kecoh dan ditentang. Bukan orang lain, orang Melayu sendiri. Pemimpin pula tu.



Tetapi bagaimanapun dakwah yang dilakukan, hidayah itu bukan hak pendakwah. Cuma kewajipan pendakwah itu sahaja yang dituntut. Amar maaruf, nahi mungkar? Wallahualam.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

:)


 



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dalam sesi muzakarah macam ni, ada juga ilmu yang bermanfaat...walaupun agak hangat juga suasananya...

Apa2pun perjuangkan ISLAM dahulu, barulah MELAYU, dan diikuti MALAYSIA...




Ampun maaf kiranya ada salah silap adik kecil macam saya nih...

__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

Rakoz wrote:


Assalamualaikum... Alhamdulillah, dalam sesi muzakarah macam ni, ada juga ilmu yang bermanfaat...walaupun agak hangat juga suasananya... Apa2pun perjuangkan ISLAM dahulu, barulah MELAYU, dan diikuti MALAYSIA... Ampun maaf kiranya ada salah silap adik kecil macam saya nih...


 


sokongggggggggg ekekeke



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Rakoz wrote:


Assalamualaikum... Alhamdulillah, dalam sesi muzakarah macam ni, ada juga ilmu yang bermanfaat...walaupun agak hangat juga suasananya... Apa2pun perjuangkan ISLAM dahulu, barulah MELAYU, dan diikuti MALAYSIA... Ampun maaf kiranya ada salah silap adik kecil macam saya nih...


Alhamdulillah. Inilah kenyataan yang paling tepat. Islam dahulu. Setelah Islam yang lain-lain seperti Melayu dan negara automatik selamat.


Bayangkan negara tercinta kita mempunyai Majlis Syura Ulama di atas parlimen. Apa-apa yang termaktub dalam Al-Quran tidak boleh digubal lagi dalam parlimen. Parlimen pula tidak dipegang oleh majoriti 2/3. Perdana Menteri pula diundi oleh semua rakyat beragama Islam. Bukan melalui perwakilan seperti sekarang. Perwakilan parti sekular kebangsaan pula tu.


Bayangkan Majlis Syura Ulama diduduki oleh Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Dr. Harun Din, Isyak Baharom (sekadar contoh)


Perdana Menteri pula Muhammad Abu (sekadar contoh)


Timbalan Perdana Menteri Muhammad Ah Chong (sekadar contoh) atau Ustaz Ridhuan Tee


Menteri Dalam Negeri Muhammad Mustakim Siva (sekadar contoh)


Kesimpulannya tiada fahaman kebangsaan dalam Islam. Ianya adalah agama ALLAH yang universal. Bukan manusia sahaja, malah flora fauna, jin-jin malaikat-malaikat dan segala yang diciptakan ALLAH. Wallaualam.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:

hehehehe


marah org UMNO tgk bede ni kang


hahahaha


UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-dah tentu perjuangkan melayu


PAS Partay Agama Islam Semalaysia-dan dah tentu confrem perjuangkan Islam


pilih la sendiri..nak pangkah dacing ker bulan


pusing pusing jalan jalan dulu dacing sekarang bulan kehkehkehkeh



__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Kepada mereka yang masih memegang kebangsaan sekular, kita tidak mampu membuat apa-apa. Kita hanya berdakwah. Hidayah itu hak ALLAH. Nabi sendiri sedih kerana tidak mampu mengIslamkan bapa saudaranya yang memegang fahaman perpaduan Arab sehingga ditegur ALLAH. ALLAH mempunyai hak ke atas makhluknya. DIA memuliakan sesiapa yang dikehendakinya, DIA menghina sesiapa yang dikehendakinya.


Apa yang menjadi harapan kita, Melayu ini dapat menjadi bijak sedikit, sekali pun jadilah, yakni dengan mengurangkan majoriti 2/3 Umno. Demi orang Melayu juga bagi mereka, demi umat Islam bagi jemaah kita. Wallahualam.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:


AdukaTaruna wrote:


 Alhamdulillah. Inilah kenyataan yang paling tepat. Islam dahulu. Setelah Islam yang lain-lain seperti Melayu dan negara automatik selamat. Bayangkan negara tercinta kita mempunyai Majlis Syura Ulama di atas parlimen. Apa-apa yang termaktub dalam Al-Quran tidak boleh digubal lagi dalam parlimen. Parlimen pula tidak dipegang oleh majoriti 2/3. Perdana Menteri pula diundi oleh semua rakyat beragama Islam. Bukan melalui perwakilan seperti sekarang. Perwakilan parti sekular kebangsaan pula tu. Bayangkan Majlis Syura Ulama diduduki oleh Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Dr. Harun Din, Isyak Baharom (sekadar contoh) Perdana Menteri pula Muhammad Abu (sekadar contoh) Timbalan Perdana Menteri Muhammad Ah Chong (sekadar contoh) atau Ustaz Ridhuan Tee Menteri Dalam Negeri Muhammad Mustakim Siva (sekadar contoh) Kesimpulannya tiada fahaman kebangsaan dalam Islam. Ianya adalah agama ALLAH yang universal. Bukan manusia sahaja, malah flora fauna, jin-jin malaikat-malaikat dan segala yang diciptakan ALLAH. Wallaualam.



..........akhirnya saudaraku Aduka Taruna membuka lembaran buku yg tertutup.........menyampaikan maksud politik PAS dari pemimpin2 tertinggi.....menyenaraikan kabinet PAS sekiranya memerintah kelak sudah menampakkan siapa Aduka Taruna............seorang pejuang PAS........yg memperjuangkan Islam dan pasti juga memperjuangkan politik PAS....hmm...saudaraku yg dikasihi..org2 UMNO juga begitu....dalam perjuangan mereka membangunkan Islam ada kepentingan politik UMNO juga.....saya pernah berkata sebelum ini bahawa POLITIK TETAP POLITIK............walau apa perjuangan anda.........tetap anda mempunyai kepentingan disitu.....sebelum ini saya sentiasa menanti post2 Aduka Taruna yg menyurat apa yg tersirat.......kini ia terjadi.........Aduka Taruna yg dihormati ini menunjukkan siapakah beliau........tak perlulah dikatakan saya melanggar persoalan pokok.....soal perjuangkan Islam....bagi saya jika ia diperjuangkan oleh seorang yg mempunyai kepentingan politik maka sama sahaja jika PAS memerintah kelak pun.........UMNO yg dikatakan korup ini pun dikatakan tidak perjuangkan Islam hanya kerana pusat2 judi masih dibuka dan segala macam maksiat lain terjadi..........


Saudaraku Aduka........KELANTAN........bagaimana ya keadaan KELANTAN sekarang???hmm..saya mahu bertanya sahaja........sebelum cita2 anda mahu melihat kabinet impian anda itu tertunai.....apa kata anda buat di Kelantan dulu...bila dah betul2 selesai segala macam maksiat disana.....sehingga putih bersih seluruh negeri KELANTAN itu..saya lah org pertama yg datang dan bersalaman dgn anda dan mengucapkan syabas dan syukur kepada Allah kerana dipertemukan seorang pejuang.........ini hakikat, saya akan melakukannya....saya bukan ahli UMNO pun malah PAS.........saya tak nampak siapa yg berani buat begini?? saya berkeyakinan penuh jika PAS berjaya melakukannya di KELANTAN maka seluruh rakyat akan berkeyakinan dgn PAS utk memerintah negara kelak....percayalah....anda mahu PAS memperjuangkan Islam bukan??UMNO dikatakan sekulartidak berbuat apa2 utk membangunkan Islam bukan?? jadi PAS sahaja yg layak di Malaysia utk membangunkan Islam bukan??........marilah sama2 kita melihat..........saya akan membantu jika anda ditimpa masalah.....kita sama2 berjuang.......kita mulakan di kelantan..bagaimana aduka???....kita siapkan diri utk hadapi pilihanraya kelak tahun 2008 nanti....sementara masih ada waktu dulu perjuangan dimulakan di Kelantan...kita kasi cuci bersih...tiada arak, tiada sumbang mahram, tiada pusat pelacuran, tiada karaoke, tiada rumah urut..tiada segala macam hapantah lagi tu.......


akhir kata..............politik itu sungguh ghaib..............anda nak tahu kenapa???kerana kita tak nampak yg tersiratnya....yg tersurat pula bisa membohongi kita...pelikkan............hmm......



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:


AdukaTaruna : Segala puji bagi ALLAH. Majlis Dakwah ini berjalan mengikut apa yang dirancangkan. Cuma ketika awal, hamba menjangkakan akan berhadapan  kesukaran dengan ramai yang akan mempertahankan anutan fahaman perpaduan Melayu. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan usaha kami sesuai dengan tahap keimanan kami. (makin tinggi iman seseorang, makin tinggi ujian ALLAH). Cuma (ketika ini), kami (hamba, mrkolumpo, winjie dan jemaah lain), berhadapan dengan saudara Sang Simba. Itupun kami dimudahkan lagi, saudara Sang Simba merupakan individu yang amat matang, profesional, terbuka sekaligus membantu majlis ilmu kali ini berlangsung dalam keadaan terkawal, bermanfaat dan berkasih sayang. Jangankan kata pendokong UMNO, pendokong PAS sendiri juga segelintirnya tidak mampu mengawal suasana sebaik ini. Alhamdulillah sekali lagi.


sang simba wrote:






smile:..........akhirnya saudaraku Aduka Taruna membuka lembaran buku yg tertutup.........


AdukaTaruna : Saudara Sang Simba, saudara cuba membuatkan saya memasuki bab 2 dengan mengatakan saudara bimbang hamba tergelincir, dan menawarkan bantuan untuk memikul. Tetapi hamba bersabar kerana dalam sesuatu ilmu, kita akan pergi ke bab seterusnya jika kesemua atau majoriti kumpulan sasaran sudah memahami bab sebelumnya. Pada permulaan, hamba berdakwah apa itu Islam, dan apa itu bangsa. Akhirnya, setelah kita kenal apa itu Islam, apa itu bangsa, pada hari ini hamba mengambil keputusan menyentuh bab 2. Islam di Malaysia.


menyampaikan maksud politik PAS dari pemimpin2 tertinggi.....menyenaraikan kabinet PAS sekiranya memerintah kelak sudah menampakkan siapa Aduka Taruna............seorang pejuang PAS........yg memperjuangkan Islam dan pasti juga memperjuangkan politik PAS....


AdukaTaruna : Sebenarnya, mengikut perancangan manusia, hamba akan menyentuh perjuangan PAS di dalam bab 2 ini. Perjuangan Islam di Malaysia, sudah tentu menyebut politik Islam di Malaysia. Tetapi saudara Sang Simba telah bertanya kepada hamba terlebih awal. Walaupun hamba boleh mengelak, tetapi dalam proses dakwah, kita perlu jujur. Matlamat tidak menghalalkan cara. Hamba dengan jujur menjawab hamba penyokong PAS. (bukankah hamba telah menjawabnya dahulu?) Tetapi bukan ahli. Mengapa? Akan hamba terangkan kemudian. :)


hmm...saudaraku yg dikasihi..org2 UMNO juga begitu....dalam perjuangan mereka membangunkan Islam ada kepentingan politik UMNO juga.....saya pernah berkata sebelum ini bahawa POLITIK TETAP POLITIK............walau apa perjuangan anda.........tetap anda mempunyai kepentingan disitu.....


AdukaTaruna : Inilah yang membezakan kita. Perjuangan Melayu dengan Perjuangan Islam. Untuk memperjuangkan Melayu, kita tidak perlu menegakkan perkara utama. Undang-undang ALLAH. Untuk memperjuangkan Islam, tidak dapat tidak, inilah yang perlu ditegakkan.


5:47 Hendaklah menghukum menurut yang diturunkan ALLAH dalam kitab itu. Barang siapa yang tiada menghukum menurut apa yang diturunkan, maka mereka itu orang yang fasik.


Apabila disampaikan ayat ini kepada pemerintah sekular, mereka memarahi dan mendakwa, apa hak anda mendakwa kami fasik / kafir / zalim. ALLAH yang lebih mengetahui. Maka bersoraklah Melayu menyokong pemimpin Melayu mereka. Padahal bukan pendakwah yang menghukum mereka, inikan kalam ALLAH. Kata-kata ALLAH. Apa hak Melayu mengatakan ALLAH dusta? Para pendakwah bukan menghukum, tetapi menyampaikan. :)


3:20 Jika mereka menerima Islam (sepenuhnya bukannya separuh) sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, maka kewajipan engkau hanya menyampaikan, dan ALLAH melihat segala hambanya.


sebelum ini saya sentiasa menanti post2 Aduka Taruna yg menyurat apa yg tersirat.......kini ia terjadi.........Aduka Taruna yg dihormati ini menunjukkan siapakah beliau........tak perlulah dikatakan saya melanggar persoalan pokok.....soal perjuangkan Islam....bagi saya jika ia diperjuangkan oleh seorang yg mempunyai kepentingan politik maka sama sahaja jika PAS memerintah kelak pun.........


AdukaTaruna : Sebab itu hamba mengatakan Melayu mempunyai hanya 1400 cm padu otak. Jika kita disogokkan dengan fakta bahawa tongkat ali itu beracun sejak kita lahir, maka tanpa penyelidikan, kita menerima fakta tersebut membabi buta. Sejak dijajah, penjajah menyogokkan bahawa Islam itu merbahaya. Kemudian diambil alih oleh UMNO, sisogokkan melalui media PAS itu merbahaya. Hampir 50 tahun lamanya. Maka, inilah yang terjadi. Fahamkan dengan teliti.


Sebelum ini, hamba bercakap tentang Islam, saudara tidak begitu berani menyangkalnya. Bila hamba masuk bab PAS, saudara terus menyangkalnya. Ketahuilah saudara, hamba dan jemaah yang lain menyokong PAS bukan kerana namanya PAS. Tetapi kerana perjuangannya memperjuangkan ISLAM. Jika namanya bukan PAS, tetapi UMNO sekalipun, dasarnya memperjuangkan Islam, Nik Aziz memberi jaminan PAS akan dibubarkan. Tidak perlu ada 2 parti Islam. Jika ditakdirkan PAS memegang pemerintahan Malaysia, tetapi rupa-rupanya semuanya omongan belaka, masih juga menggunakan undang-undang buatan manusia, lalu ALLAH utusan satu kumpulan Islam yang lain, yang akan memperjuangkan agamanya, walau namanya UMNO sekalipun, wajib kita meninggalkan PAS yang berubah tadi dan menyertai jemaah. Sebab itu hamba tidak menjadi ahli PAS.


Berbalik pada isi padu otak tadi, media dunia juga menyogokkan benda yang sama. Islam itu zalim, ketinggalan, menindas wanita. Tetapi mengapa di barat, China, Korea, Jepun, Singapura, Islam adalah agama yang paling berkembang laju? Kerana mereka (bangsa-bangsa ini) semakin disogokkan fakta itu, semakin tinggi semangat inkuiri (ingin tahu) mereka.


UMNO yg dikatakan korup ini pun dikatakan tidak perjuangkan Islam hanya kerana pusat2 judi masih dibuka dan segala macam maksiat lain terjadi..........


AdukaTaruna : Bukan itu perkara utama (walau penting juga). Tetapi undang-undang ALLAH ini. Berapa lama UMNO memerintah, jika dituduh hudud itu, hudud PAS, mana hudud UMNOnya?


Saudaraku Aduka........KELANTAN........bagaimana ya keadaan KELANTAN sekarang???hmm..saya mahu bertanya sahaja........sebelum cita2 anda mahu melihat kabinet impian anda itu tertunai.....apa kata anda buat di Kelantan dulu...bila dah betul2 selesai segala macam maksiat disana.....sehingga putih bersih seluruh negeri KELANTAN itu..saya lah org pertama yg datang dan bersalaman dgn anda dan mengucapkan syabas dan syukur kepada Allah kerana dipertemukan seorang pejuang.........ini hakikat, saya akan melakukannya....saya bukan ahli UMNO pun malah PAS.........saya tak nampak siapa yg berani buat begini?? saya berkeyakinan penuh jika PAS berjaya melakukannya di KELANTAN maka seluruh rakyat akan berkeyakinan dgn PAS utk memerintah negara kelak....percayalah....anda mahu PAS memperjuangkan Islam bukan??


AdukaTaruna : Saudara Sang Simba yang dikasihi, nampaknya saudara tidak berapa faham akan perlembagaan Malaysia. Kelantan adalah negeri. Persidangannya Dewan Undangan Negeri. Kerajaannya PBT (pihak berkuasa tempatan). Malaysia adalah negara. Persidangannya adalah Parlimen. Kerajaannya adalah kerajaan pusat. Undang-undang digubal diparlimen.


Maksiat dan jenayah dikawal oleh undang-undang. Fakta menunjukkan 1 hari indeks jenayah di USA, sama dengan 23 tahun di Arab Saudi yang mengamalkan hudud. PAS tidak mampu melaksanakan hudud kerana halangan dari kerajaan pusat. Bagaimanapun kerajaan terengganu dahulu cuba menekan kerajaan sekular pusat dengan enekmen hududnya. Maka Bertempik soraklah Melayu. Malah polis juga memberi amaran tidak akan bekerjasama.


Bagaimanapun, PAS berjaya mengawalnya sedikit. Walaupun Kelantan bersempadan dengan Thailand, tetapi Kelantan bukan juara penagih dadah. Juaranya ialah Pulau Pinang (Singapura Malaysia), Naib juara ialah Selangor (negeri termaju hingga setinggan dihalau). Indeks jenayah juga begitu, juaranya ialah Selangor, Naib juaranya ialah Negeri Sembilan. Begitu juga hutang kepada kerajaan pusat. Perlis dan Johor sudah diistihar muflis oleh audit negara. Semua ini ditenggelamkan oleh media.


49:6 Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik (membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut) kalau-kalau kamu menganiaya suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.


UMNO dikatakan sekulartidak berbuat apa2 utk membangunkan Islam bukan?? jadi PAS sahaja yg layak di Malaysia utk membangunkan Islam bukan??........marilah sama2 kita melihat..........saya akan membantu jika anda ditimpa masalah.....kita sama2 berjuang.......kita mulakan di kelantan..bagaimana aduka???....kita siapkan diri utk hadapi pilihanraya kelak tahun 2008 nanti....


AdukaTaruna : Indek demokrasi Malaysia adalah no 3 tercorot di dunia. UMNO mempunyai akhbar harian, media elektronik. Semua ini dikawal di bawah akta mesin cetak dan ISA. Bagaimana perlawanan jika sebelah pihak menentang dengan tangan diikat, mata ditutup, pengadil dilantik sendiri?


sementara masih ada waktu dulu perjuangan dimulakan di Kelantan...kita kasi cuci bersih...tiada arak,


AdukaTaruna : Alhamdulillah. Arak tidak dijual di merata-rata seperti negeri UMNO yang lain. Islam tidak dapat mengharamkan arak kepada bukan Islam kerana tiada paksaan dalam Islam. Lesen yang diberikan amat sedikit di tempat yang majoriti bukan Islam. Berbeza judi. Setelah berdialog dengan ketua-ketua agama, semua akur bahawa judi tidak dibenarkan oleh semua agama. Maka Islam mengharamkan secara total, yang bukan Islam, dan sudah tentu yang Islam. :)


tiada sumbang mahram,


AdukaTaruna : Hamba telah menjawabnya. Ini adalah dalam bab hukum ALLAH. Hudud. Selagi tidak dapat ditegakkan, selagi itulah kita sensara.


tiada pusat pelacuran,


AdukaTaruna : Alhamdulillah. Tiada disko di Kelantan. Tiada pelacuran yang terbuka seperti Lorong Hj Taib dan lain-lain negeri UMNO.


tiada karaoke,


AdukaTaruna : Jangankan karaoke, konsert pon tak boleh diadakan di Kelantan sebarangan. Jangankan konsert, wayang kulit pon tak boleh jika ada unsur-unsur pemujaan. Ada syarat-syaratnya di bawah enekmen hiburan.


tiada rumah urut..tiada segala macam hapantah lagi tu....... akhir kata..............politik itu sungguh ghaib..............


AdukaTaruna : Alhamdulillah. Tiada rumah urut. Apa ntah lagi disko kebal seperti Subang Jaya.


anda nak tahu kenapa???kerana kita tak nampak yg tersiratnya....yg tersurat pula bisa membohongi kita...pelikkan............hmm......


AdukaTaruna : Kenapa? kerana Melayu hidup di bawah tempurung media sekular. Tersurat pun tidak dapat di lihat, apantah lagi yang tersirat. :)


Cuba lihat ini ----> http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1582





 pohon maaf dari hamba


      -AdukaTaruna-



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Kepada abang AdukaTaruna dan SangSimba...Pendapat adik kecil yang masih menyusu seperti saya ni, tak kira pro PAS ke, pro UMNO ker...Kita sama...Islam...

Memang Allah beri kita akal...Namun Allah Maha Mengetahui bahwa akal ni terbatas pemikirannya...Allah turunkan Quran buat panduan...Akal buat kanun acara jenayah tapi jenayah berleluasa gak...Apa sebab?Takwa pada zaman kita ni kurang...Kalau betul kita takut pada Allah, takkan ada jenayah...

Saya bukan pro kerajaan atau pro pembangkang...Cuma ingin saya tegaskan di sini...Hukum yang ada di dalam Quran tu lebih 'perfect' dari manusia buat...Ramai tau tapi buat taktau...

لاَّ يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُوْنِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّهِ فِي شَيْءٍ إِلاَّ أَن تَتَّقُواْ مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللّهِ الْمَصِيرُ
Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali(ketua) dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).

Kita semua ISLAM...maka selamatlah kita...moga mati kita jua dalam ISLAM (Amitna Ya Allah A'la dinil Islam)

salam...salam...salam...




__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Benar tu, Rakoz. Pro PAS atau pro UMNO, hanyalah nama. Kita wajib menyertai jemaah menegakkan agama ALLAH. Mendaulatkan agama ALLAH. Jemaah mana yang memberi pilihan kepada kita mendaulatkan agama ALLAH? Ianya memerlukan ilmu, amal dan iman.


Tanpa ilmu, kita menjadi katak di bawah tempurung. Di butakan mata melihat peristiwa yang berlaku. Terpinga-pinga. Ternganga-nganga. Angguk-angguk, geleng-geleng.


Tanpa amal, jadilah manusia cakap tak serupa bikin. (hamba ada sikit-sikit sifat ni)


Tanpa iman, kita tidak dibimbing dengan petunjuk ALLAH. Ada ilmu dan amal, amal kita boleh tersilap langkah, walaupun berilmu. Ia memerlukan guide line dari ALLAH. Wallahualam.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Di kesempatan ini hamba ingin membuat pengumuman. Jika hamba di ban, mungkin hamba tidak masuk lagi. Jadi hamba ambil kesempatan terlebih dahulu, menyusun jari kerdil hamba memohon maaf kepada semua user. Hamba cuma menyampaikan kalam ALLAH. Hidayah itu hamba serahkan pada ALLAH.


Jika terjadi hamba di ban, jangan timbulkan isu ban ini, hamba redha. Hamba maafkan. Hamba juga memohon maaf. Jika tidak di ban, hamba akan terus berdakwah. Cuma harapan semua, kita dapat kekalkan suasana kasih sayang ini dalam majlis dakwah / ilmu ini.


:)


Wallahualam



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

siapa pula smpi ati nk ban saudara aduka taruna????....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Sahabatku Aduka Taruna..........sabar.........harapan saya anda tidak di ban.........walaupun saya meragui anda pada mulanya..malah setelah sekian lama ini telah jelas saya dan Aduka berlainan haluan...dimana post2 saya lebih pro Umno kalaupun saya bukan org Umno........dan aduka pun telah jelaskan dia dipihak PAS..tetapi Aduka..terus terang saya katakan saya suka utk terus ber'tukar' pendapat dgn aduka.......saya mengakui saya bukan tak pernah berselisih pendapat dgn org2 PAS satu ketika dahulu..( ini tidak termasuk 2 sahabat baik saya dari kalangan PAS juga).......tapi kelihatannya ada segelintir saya ulang segelintir ahli PAS yg agak agresif ketika berbahas.....Pendekatan Aduka dalam menulis post2 saudara agak lembut dan sederhana....kalaupun kdg2 kita dilihat seperti bertelagah tetapi saya tak pernah mengambil hati ( mohon ampun maaf jika aduka terasa hati dgn tulisan2 saya).....saya tetap dgn halatuju saya iaitu menggerakkan prinsip Islam itu selaras dgn kebangsaan Melayu itu sendiri...ini kerana saya masih percaya dgn konsep ini..Melayu itu selari dgn Islam........maaf jika Aduka terasa saya seperti menentang..tetapi Aduka..ini perjuangan saya.............saya juga akan terus menegur ahli Umno jika mereka juga terkeluar dari landasan...sehingga kehari ini...saya masih pro-Umno....ini hakikat....InsyaAllah..saya akan berjuang dgn cara saya utk menegakkan Islam melalui dalam Umno.....ini mungkin lebih sukar memandangkan saya bukan ahli Umno....jika diberi peluang pun utk menjadi ahli Umno.saya tidak akan memilihnya kerana PEKIDA keutamaan saya...saya akan bersahabat dgn org UMNO tetapi pegangan perjuangan saya adalah PEKIDA.....kan saya pernah berkata politik itu penuh teka-teki...ia amat misteri dan saya tidak sukakan 'misteri' itu...


saya juga memantau website Pemuda UMNO...didalam itu juga ada forum seperti ini....cuma saya belum register...kerana saya hanya ,mahu membaca dan belum lagi utk menulis post....Aduka, saya percaya akan perjuangan aduka itu dan berdoa agar aduka berjaya didalam perjuangan anda dan doakan juga saya berjaya didalam perjuangan saya.........tetapi bila tiba masa aduka perlukan bantuan saya.....panggillah, saya akan membantu....jangan kata ia mustahil kerana haluan kita berbeza tetapi halatuju kita sama bukan..........


saya percaya saudara Aduka bukan lah insan yg berputus asa..bertahanlah......berdiri teguh diatas landasan anda..ia sudah betul cuma anda tidak memasukkan semangat kemelayuan didalam jalan anda sedangkan saya pula akan menerapkan melayu didalam menegakkan Islam itu sendiri....saya masih teguh dgn jalan ini.........InsyaAllah........kita kan bertemu di satu titik setelah mengharungi jalan2 sukar ini....


aduka, anda tahu mengapa saya menyertai website PEKIDA ini???....ini kerana saya memilih utk berjuang dgn PEKIDA...saya bukan ahli malah tidak pernah menyertai kursus induksi....saya memilih utk mencari ilmu dahulu....bagi saya PEKIDA adalah satu jalan yg terpisah dgn hal2 politik ini....mereka berjuang dgn jalan mereka dan sudah pasti semangat kemelayuan itu ada dalam jalan menegakkan ketuanan Islam dibumi Malaysia ini..( jemaah Pekida semua harap betulkan saya jika saya salah )......sebab itu pada mula dahulu saya meragui Aduka yg mengajak meninggalkan melayu didalam forum milik PEKIDA ini...bukankah ia amat berlawanan sekali...??? saya tahu dalam setandan pisang tidak semuanya baik..disitu lah peranan kita..memilih yg baik itu........


akhir kata........soal ban itu..janganlah aduka risau...pihak moderator sentiasa memantau kita aduka......saya tak tahu apa tindakan mereka selepas ini..sebab saya rasa selagi kita berforum dgn baik tanpa menggunakan kata2 kasar, memaki hamun, menghina, mengutuk, mengfitnah dan sebagainya tidaklah kita di ban......berbeza pendapat itu baik sebenarnya..tetapi ia harus berjalan dalam suasana yg aman dan sihat.....selagi kita mengekalkan itu..insyaAllah tiada tindakan ban oleh moderator ( harap penjelasan oleh moderator selepas ini..mohon ampun maaf hamba )...semoga saya dapat terus bersahabat dgn Aduka didalam forum ini......insyaAllah..


salam perjuangan dari hamba,


sang simba @ khairol azman bin noorizan


melaka bandaraya bersejarah....



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


pusat pelacuran,


AdukaTaruna : Alhamdulillah. Tiada disko di Kelantan. Tiada pelacuran yang terbuka seperti Lorong Hj Taib dan lain-lain negeri UMNO. tiada karaoke,


AdukaTaruna : Jangankan karaoke, konsert pon tak boleh diadakan di Kelantan sebarangan. Jangankan konsert, wayang kulit pon tak boleh jika ada unsur-unsur pemujaan. Ada syarat-syaratnya di bawah enekmen hiburan. tiada rumah urut..tiada segala macam hapantah lagi tu....... akhir kata..............politik itu sungguh ghaib..............


AdukaTaruna : Alhamdulillah. Tiada rumah urut. Apa ntah lagi disko kebal seperti Subang Jaya. anda nak tahu kenapa???kerana kita tak nampak yg tersiratnya....yg tersurat pula bisa membohongi kita...pelikkan............hmm......


AdukaTaruna : Kenapa? kerana Melayu hidup di bawah tempurung media sekular. Tersurat pun tidak dapat di lihat, apantah lagi yang tersirat. :) Cuba lihat ini ----> http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1582  pohon maaf dari hamba       -AdukaTaruna-





salam...


sila baca mastika keluaran januari 2006 mukasurat 16... kalau mastika berbohong sila ambil tindakan...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Benar. Terima kasih saudara tontoyo. Saudara tidak berapa membaca komen hamba tu. Hamba terangkan semula. Istimewa untuk saudara. :)


Post itu adalah hujahan hamba dengan saudara Sang Simba di bawah tajuk LESEN. Maka tiadalah lesen yang dikeluarkan. Berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Lesen perlacuran adalah dibawah tajuk SPA dan Urutan.


Begitu juga dengan arak. Begitu juga dengan judi. Lihat akhbar UMNO, depan sekali ada siarkan waktu solat. Alhamdulillah. Belakang sekali ada keputusan no ekor. Sekular. Agama adalah agama. Niaga adalah niaga. Politik adalah politik. Islam tak lengkap.


Seperti siaran Mastika (siap tangkap gambar dengan pelacur), terima kasih kepada media Mastika kerana membongkar isu itu. Pelacuran itu tidak berlesen tapi perseorangan atau sindiket. Baik juga. Supaya penguatkuasa di Kelantan Polis, Jabatan agama (semua ini di bawah kerajaan pusat) bertindak. Begitu juga orang-orang PAS sendiri. Mereka boleh membanterasnya. Terima kasih buat Mastika.


Tetapi hamba bertanya kepada semua bagaimana yang berlesen di negeri lain? atau tidak berlesen yang dilindungi?



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


AdukaTaruna wrote:


Benar. Terima kasih saudara tontoyo. Saudara tidak berapa membaca komen hamba tu. Hamba terangkan semula. Istimewa untuk saudara. :) Post itu adalah hujahan hamba dengan saudara Sang Simba di bawah tajuk LESEN. Maka tiadalah lesen yang dikeluarkan. Berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Lesen perlacuran adalah dibawah tajuk SPA dan Urutan. Begitu juga dengan arak. Begitu juga dengan judi. Lihat akhbar UMNO, depan sekali ada siarkan waktu solat. Alhamdulillah. Belakang sekali ada keputusan no ekor. Sekular. Agama adalah agama. Niaga adalah niaga. Politik adalah politik. Islam tak lengkap. Seperti siaran Mastika (siap tangkap gambar dengan pelacur), terima kasih kepada media Mastika kerana membongkar isu itu. Pelacuran itu tidak berlesen tapi perseorangan atau sindiket. Baik juga. Supaya penguatkuasa di Kelantan Polis, Jabatan agama (semua ini di bawah kerajaan pusat) bertindak. Begitu juga orang-orang PAS sendiri. Mereka boleh membanterasnya. Terima kasih buat Mastika. Tetapi hamba bertanya kepada semua bagaimana yang berlesen di negeri lain? atau tidak berlesen yang dilindungi?


tak berlesen tapi terbuka... di tempat awam dan dikenali ramai... mungkin industri pelacuran dikelantan tak boleh maju disebabkan saingan di thailand... bukan sebab berimannya orang kelantan itu sendiri atau kejayaan tulen kerajaan pas... tapi yang baik tetap dialu-alukan...


kita biasa dihidangkan berita2 penzinaan budak2 bawah umur di kelantan... bawa masuk kekasih ikut tingkap dll... ada ke kejayaan pendidikan disitu???


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Hmm.........bagaimana ya aduka????? saudara kata di Kelantan telah bersih dari segala macam maksiat tu..hinggakan tiada lesen dikeluarkan...kini saudara tontoyo tampil berhujah dgn kenyataan sebaliknya......sila jelaskan aduka......ada sebab saya tidak menepis dari awal hujah2 aduka ttg 'kesucian' kelantan tu........rupa2nya ada hikmah.........saudara tontoyo tampil bersuara........sekian lama saudara tontoyo memerhati barangkali sebelum tampil...itu satu tindakan yg baik saudara tontoyo..........memerhati sebelum berhujah..agar banyak points dapat dikumpulkan.......semakin hangat isu ini.........

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

salam...


man... senang2 boleh minum kat pasir gudang... saya biasa ada kat masai... tapi weekend ni balik melaka...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Astagfirullahalazim. :) Kan hamba dah menjawabnya. Bacalah dengan teliti. Atau masih mahu menegakkan benang yang basah. Tidak mengapalah. Kita bersangka baik. Hamba sampaikan sekali lagi. Dengar ya, saudara.


Memang benar masih ada jenayah di Kelantan. Hamba telah menjawabnya. Kita masih mengamalkan undang-undang sekular, buatan manusia, peninggalan penjajah. Undang-undang ini digubal di parlimen dimana BN adalah 2/3 majoriti. Selagi hukum ALLAH ini tidak dapat ditegakkan, selagi itulah kita sensara. Bukan hanya di Kelantan malah di seluruh negeri.


5:47 Hendaklah menghukum menurut yang diturunkan ALLAH dalam kitab itu. Barang siapa yang tiada menghukum menurut apa yang diturunkan, maka mereka itu orang yang fasik.


1 hari indeks jenayah ni USA, sama dengan 23 tahun Arab Saudi (hudud). Kita semakin menghampiri kejayaan role model kita ini (USA). Juara jenayah adalah Selangor, dan Naib Juaranya adalah Negeri Sembilan. Negeri hamba.


Hamba harap semua baca dengan teliti. Fahamkan hujah pihak lain dengan terbuka. Yang baik kita akui. Seperti Tontoyo tadi. Hujah Mastikanya. Bagus. Benar. Kebaikkannya semoga pendokong Islam lebih agresif membanteras maksiat. Jangan hanya bergantung pada penguat kuasa kerajaan pusat seperti polis.  Wallahualam.



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

A'kum...


eemm.....ADUKA boleh saya bertanya apakah perjuangan aduka sebenarnya hendak menegakkan panji islam atau sekadar hendak menghentam org tertentu...memang saya akui m'sia mengamalkan undang2 kafir yg telah dididik oleh british dari zaman datuk,bapak kita. tapi rasanya tak moleklah aduka memberatkan nama2 seorang utk di kutuk walaupun. bukan budaya orang islam jawi. saya hormat paklah saya hormat tok guru..kerana bagi saya merekalah pemimpin...tapi jgnlah kecam krn org itu pemimpin negara sekunder. berdosa itu kalo tidak betul...kita manusia ada kelemahan kita sendiri jgnlah kita bersengketa sesama agama saya tahu manusia mudah lalai..jln terbaiknya aduka buat satu surat petisyen anta kat pak lah...biar pak lah serta pemimpin tahu akan isi hati serta perjuangan anak2 bangsanya supaya bukan jadi bangsa melayu yg bodoh lagi...bagi saya bangsa arab itu lagi teruk lagi dari bangsa melayu...itulah sebabnya islam bermula disana.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:





PAS



UMNO




Mempunyai kuasa mengeluarkan lesen



  • tindakan tidak sesekali mengeluarkan lessen bagi judi, disko dan perlacuran kerana semua agama menolak judi dan perlacuran setelah dialog diadakan.
  • mengeluarkan lessen arak yang terhad di kawasan bukan Islam. Islam tidak dapat mengharamkan arak kepada bukan Islam kerana tiada paksaan dalam Islam.
  • Tidak ada konsert hiburan seperti sure heboh yang dibenarkan kecuali dalam suasana Islam. Seperti nasyid atau baru-baru ini, solat jemaah Isyak sebelum konsert Pengishtiharan MBKBBI.


Mempunyai kuasa mengeluarkan lessen



  • Mengeluarkan lessen judi.
  • Mengeluarkan lessen disko. Malah ada disko kebal.
  • Mengeluarkan lessen perlacuran di bawah tajuk Spa dan Urut. Sehingga baru-baru ini kecoh datuk pemimpin parti politik tertangkap di Spa.
  • Mengeluarkan permit konsert. Konsert Inul Gelek Gerudi pun boleh sebab dalam perjuangan Melayu dibolehkan.
  • Mengeluarkan penjualan arak di merata tempat seperti 7-11. Jangan kata 7-11 kedai runcit sebelah surau pun ada jual.

 




Kes jenayah


Negeri Kelantan tertakluk dibawah undang-undang pusat. Penguatkuasanya polis.



  • Masih ada jenayah kerana Undang-undang ALLAH tidak dapat  ditegakkan di parlimen.


Kes Jenayah


Kesemua Negeri tertakluk dibawah undang-undang pusat. Penguatkuasanya polis.



  • Masih ada jenayah kerana sememangnya tidak mahu undang-undang ALLAH yang kuno, primitive dan zalim ini.



Rasuah


Alhamdulillah, dengan petunjuk ALLAH, masih belum ada pemimpin Islam di Kelantan ditangkap oleh BPR walau BPR yang di bawah Jabatan Perdana Menteri bukannya di bawah parlimen itu sentiasa tidak sabar menunggu .



Rasuah


Walau BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri, kes 12 individu berprofil tinggi yang disenyapkan, indeks rasuah antarabangsa antara yang tercorot, mahu tidak mahu, BPR terpaksa menangkap ikan-ikan bilis dan beberapa ikan jerung untuk dikambing hitamkan.


 


Ini adalah usaha hamba berdakwah kepada bangsa yang mempunyai isipadu otak 1400cm seperti hamba. Walau apa pun, hamba hanya mampu berdakwah. Hidayah itu milik ALLAH.


Jauh disudut hati hamba, hamba kagum dengan keterbukaan saudara Sang Simba. Semoga ianya dicontohi oleh pendakwah Islam yang lain. Terutama yang baru berjinak-jinak seperti hamba. Wallahualam.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


salam...


AdukaTaruna wrote:





1 hari indeks jenayah ni USA, sama dengan 23 tahun Arab Saudi (hudud).


Kita semakin menghampiri kejayaan role model kita ini (USA). Juara jenayah adalah Selangor, dan Naib Juaranya adalah Negeri Sembilan. Negeri hamba. Hamba harap semua baca dengan teliti. Fahamkan hujah pihak lain dengan terbuka. Yang baik kita akui. Seperti Tontoyo tadi. Hujah Mastikanya. Bagus. Benar. Kebaikkannya semoga pendokong Islam lebih agresif membanteras maksiat. Jangan hanya bergantung pada penguat kuasa kerajaan pusat seperti polis.  Wallahualam.





statement yang diboldkan... ianya realiti disebabkan keimanan orang2 di arab saudi atau hanya statistik yang didapati daripada gomen???


pernah dengar pesanan2 untuk orang yang nak tunaikan haji dan umrah... orang perempuan kalau nak masuk teksi biar selepas lelaki  masuk dan keluar dulu sebelum orang lelaki kerana dibimbangi akan dibawa lari oleh drebar teksi... kenapa wujud pesanan sebegini... kes2 pembantu rumah dirogol atau cabul... biasanya timbul apabila mangsa yang selalunya warga asing mengadu kepada kedutaan atau kerajaan masing2...


saya bukan nak mempertikaikan keberkesanan hudud itu... implementasinya adakah betul??? bukankah negara atau negeri islam(factory)... mengamalkan hukum islam(work guidelines)... melahirkan umat islam(product)??? jadi... product (umat islam) yang beriman kepada allah lah yang tidak melakukan kemungkaran... hukum potong tangan atau dera (dsb) tak perlu dijalankankan kerana iman dan faham...


adakah pas sudah implement method diatas??? jika sudah bagus la untuk kita semua... jika tidak jangan tuding-menuding...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


salam...


shaff wrote:





A'kum... eemm.....ADUKA boleh saya bertanya apakah perjuangan aduka sebenarnya hendak menegakkan panji islam atau sekadar hendak menghentam org tertentu...memang saya akui m'sia mengamalkan undang2 kafir yg telah dididik oleh british dari zaman datuk,bapak kita. tapi rasanya tak moleklah aduka memberatkan nama2 seorang utk di kutuk walaupun. bukan budaya orang islam jawi. saya hormat paklah saya hormat tok guru..kerana bagi saya merekalah pemimpin...tapi jgnlah kecam krn org itu pemimpin negara sekunder. berdosa itu kalo tidak betul...kita manusia ada kelemahan kita sendiri jgnlah kita bersengketa sesama agama saya tahu manusia mudah lalai..jln terbaiknya aduka buat satu surat petisyen anta kat pak lah...biar pak lah serta pemimpin tahu akan isi hati serta perjuangan anak2 bangsanya supaya bukan jadi bangsa melayu yg bodoh lagi...bagi saya bangsa arab itu lagi teruk lagi dari bangsa melayu...itulah sebabnya islam bermula disana.





betul shaff... islam tidak datang dengan bom, pedang, senapang dan maki-hamun... islam tegak dengan kasih sayang...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

shaff wrote:


A'kum... eemm.....ADUKA boleh saya bertanya apakah perjuangan aduka sebenarnya hendak menegakkan panji islam atau sekadar hendak menghentam org tertentu...memang saya akui m'sia mengamalkan undang2 kafir yg telah dididik oleh british dari zaman datuk,bapak kita. tapi rasanya tak moleklah aduka memberatkan nama2 seorang utk di kutuk walaupun. bukan budaya orang islam jawi. saya hormat paklah saya hormat tok guru..kerana bagi saya merekalah pemimpin...tapi jgnlah kecam krn org itu pemimpin negara sekunder. berdosa itu kalo tidak betul...kita manusia ada kelemahan kita sendiri jgnlah kita bersengketa sesama agama saya tahu manusia mudah lalai..jln terbaiknya aduka buat satu surat petisyen anta kat pak lah...biar pak lah serta pemimpin tahu akan isi hati serta perjuangan anak2 bangsanya supaya bukan jadi bangsa melayu yg bodoh lagi...bagi saya bangsa arab itu lagi teruk lagi dari bangsa melayu...itulah sebabnya islam bermula disana.


Terima kasih saudara Shaff. Begini. Ketika Nabi Musa (kita ambil nabi ini dahulu, peristiwa nabi semua sama) diwahyukan menjadi Nabi, perkara utama ialah berjumpa dengan pemerintah Firaun untuk berdakwah (lebih lembut dari surat petisyen). Tetapi akhirnya mengapa wujud penentangan antara Nabi dengan pemerintah? Tinggalkan Musa A.S.


Nabi Isa. Setelah mendapat wahyu, perkara utama berdakwah kepada pemerintahan Yahudi (lebih lembut dari surat petisyen). Mengapa akhirnya wujud penentangan antara golongan agama dengan pemerintah? Tinggalkan Isa A.S


Nabi Muhammad SAW. Setelah mendapat wahyu, Nabi ditegur ALLAH kerana berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Lalu berdakwah kepada pemerintahan Quraish (lebih lembut dari surat petisyen). Akhirnya mengapa wujud penentangan antara Nabi dan pemerintah?Tinggalkan Muhammad SAW.


Umat akhir zaman. Berdakwah kepada pemerintah. Mengapa wujud penentangan antara pendakwah dengan pemerintah. Mufti Selangor yang dipecat kerana menyampaikan kalam ALLAH mengharamkan ratu cantik. Dr. Harun Din . Ust. Badrul Amin. Pelbagai ulama di ISA. Sekali lagi mengapa wujud penentangan antara penegak agama ALLAH dengan pemerintah?


3:179 ALLAH tiada membiarkan orang-orang yang beriman terus dalam keadaan teraniaya, sehinggalah Ia membezakan orang yang jahat dari orang yang baik.


Wallahualam


pohon maaf dari hamba


    -AdukaTaruna-


 



__________________
«First  <  1 2 3 4  >  Last»  | Page of 4  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard