Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bodohnya Bangsa Melayu!!!


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
RE: Bodohnya Bangsa Melayu!!!


Assalamualaikum...


 


  Tajam nya lidah itu lebih dari mata pedang...



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Saudara Aduka taruna............maaf atas kesilapan terlepas pandang soal jenayah yg tetap berlaku di Kelantan....tetapi kelihatannya saudara tetap mahu memulangkan tempiasnya keatas kerajaan Pusat yg memonopoli pihak berkuasa.......adakah anda tak mahu lansung mengakui akan kegagalan kerajaan PAS di Kelantan.....anda tahukah bahawa ahli2 majlis pihak berkuasa tempatan tetap dikuasai oleh parti yg memerintah negeri..ini bermaksud PAS masih mempunyai kuasa keatas majlis perbandaran kota bahrunya itu selaku ibu negeri bagi kelantan....jika tidak masakan PAS berani mengisytiharkan bahawa kota bahru itu sebagai bandaraya Islam.....anda masih ingat sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu...kerajaan negeri telah mengarahkan dibuang replika penyu diatas bulatan penyu.........adakah jika majlis perbandaran/daerah yg selaku pihak berkuasa tempatan itu masih di naungi kerajaan pusat, mereka akan mematuhi perintah itu??


Aduka, anda harus paham terdapat 2 kategori pihak berkuasabagi setiap negeri....yg pertama adalah pihak berkuasa persekutuan seperti polis( yang anda benci sangat..), tentera,JPJ,bomba dan sebagainya...mereka2 ini wajib ditempatkan disetiap negeri yg bersekutu dibawah perlembagaan Malaysia...PAS yg mentadbir negeri Kelantan tidak boleh menolak hal ini kerana Kelantan masih negeri bersekutu meskipun dibawah seliaan kalian........pihak2 berkuasa persekutuan ini menjalankan tugas menjaga keamanan sama seperti di negeri2 lain....walaupun di Kelantan, PAS mengelarkan mereka2 ini sebagai anjing kerajaan terutamanya POLIS!! mereka tetap setia dan teguh dgn tugas seperti diamanahkan........ingat Aduka, mereka POlis2 ini manusia seperti kita..bukan robot yg boleh di perendah2kan........


Bagi kategori kedua pula.....Pihak berkuasa Tempatan....seperti contoh majlis2 bandaran,dan daerah...ia dinaungi oleh satu majlis tertinggi..majlis inilah yg bertindak mengawal dan merencanakan pergerakan PBT dalam kawasan masing2...dan anda nak tahu siapa ahli2 majlis........ahli2 majlis adalah yg dilantik oleh kerajaan negeri.........so...siapakah yg berada disebalik majlis2 ini dalam negeri PAS???anda lebih tahu........


Saudara Aduka, masih ingat bila PAS memerintah Terengganu?? mereka mahu menubuhkan hukum Hudud......ya...ia dibolehkan oleh enakmen undang2 yg dibuat di peringkat negeri....ini bermakna ruang lingkup atau kawasan had kuatkuasa hukum itu hanya didalam negeri terengganu sahaja........Polis awal2 telah mengambil sikap berkecuali..nak tahu sebab apa????sebab mereka adalah petugas kerajaan Pusat.......mengapa perlu mematuhi arahan kerajaan negeri yg mahu buat hukum sendiri tanpa merujuk dgn perlembagaan persekutuan.....selepas itu PAS terus matikan idea mahu meneruskannya ( hukum hudud )..atas alasan tak mendapat sokongan Polis dan berbagai alasan lain...jika PAS benar2 pejuang seperti yg dibanggakan....nah....teruskan sahaja hukum itu di negeri yg telah pun kalian tawan pada masa itu.....jika Polis tak tolong sebab diluar bidang kuasa mereka...PAS tubuhkan sahaja polis sendiri....anda tahu mengenai negeri JOHOR???? JOHOR mempunyai ASKAR TIMBALAN SETIAnya sendiri yg bernaung terus dgn Sultan JOHOR..........adakah PAS ragu2 pada masa itu..agaknya terlalu lama fikir sampaikan rakyat pun dah bosan seterusnya PAS kalah teruk pada 2004...


Anda sendiri tahu janji Haji Hadi Awang ketika sebelum pilihanraya 1999......adakah ia mengotakannya...( anda akan berkata Yang Berhormat2 Umno jugamungkir janji....)..itu bukan soal pokok dalam topik ini.....soalnya kita sedang bincangkan soal penguatkuasaan yg berlaku di Kelantan..........kerana anda seringkali menyalahkan kerajaan UMNO yg sekular dan berfahaman barat ini menyekat hal2 penguatkuasaan disana....sedangkan PAS mampu utk bertindak sendiri..inikan langkah pejuang.....buat dulu..Insyaallah..bila rakyat dah buka mata melihat langkah PAS ini....tidak mustahil rakyat menyokong PAS dalam pilihanraya nanti....


sekarang PAS hanya ada Kelantan...bagaimana?? mahu melakukannya di sana???..teruskan..Aduka kan sekarang pemantau di sebelah sana..tidaklah jauhkan..jgn katatdak2 lagi selepas ini aduka..jika anda berani masuk ke website PEKIDA dgn membawa agenda sebegini rupa....saya rasa bukanlah sukar bagi anda utk berbuat sesuatu.....tawaran saya utk membantu masih ada jika ia masih atas landasan Islam..tetapi jika ia atas tiket politik, saya akan mengambil langkah berkecuali...anda berkata UMNO masih tidak mahu menegakkan hukum hudud bukan....anda dan pejuang2 sekalian lakukannya di Kelantan..tetapi mahu tidak mahu pasti PAS yg akan melaksanakannya bukan????


fikirkanlah..........apakah roda pusingan ini cukup menampakkan jalan anda...???


 



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:


sang simba wrote:






Saudara Aduka taruna............maaf atas kesilapan terlepas pandang soal jenayah yg tetap berlaku di Kelantan....


AdukaTaruna : Tidak mengapa. Hamba pun begitu. Manusia kan. Sebab itu manusia tidak boleh menjaga manusia. Ianya sama seperti lembu menjaga lembu. Jadi sekali lagi hamba menegaskan kita perlu Islam menjaga kita.


tetapi kelihatannya saudara tetap mahu memulangkan tempiasnya keatas kerajaan Pusat yg memonopoli pihak berkuasa.......adakah anda tak mahu lansung mengakui akan kegagalan kerajaan PAS di Kelantan.....


AdukaTaruna : Bukankah hamba berterima kasih atas pendedahan Mastika. Ini menunjukkan pejuang Islam perlu efisyen dalam membanteras maksiat (bukan jenayah). Jangan terlalu bergantung kepada penguatkuasa pusat. Bukankah hamba menegaskan parlimen amat bahaya jika dipegang oleh majoriti 2/3. Jika PAS memerintah sekalipun, amat bahaya jika PAS memegang 2/3 majoriti. Sebab itu kita perlu sistem syura ulama di atas parlimen bagi melindungi agama ALLAH. Hamba rasa saudara terlepas pandang sekali lagi. Maklumlah Majlis Dakwah ini berlangsung secara tulisan. :)


anda tahukah bahawa ahli2 majlis pihak berkuasa tempatan tetap dikuasai oleh parti yg memerintah negeri..ini bermaksud PAS masih mempunyai kuasa keatas majlis perbandaran kota bahrunya itu selaku ibu negeri bagi kelantan....jika tidak masakan PAS berani mengisytiharkan bahawa kota bahru itu sebagai bandaraya Islam.....anda masih ingat sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu...kerajaan negeri telah mengarahkan dibuang replika penyu diatas bulatan penyu.........adakah jika majlis perbandaran/daerah yg selaku pihak berkuasa tempatan itu masih di naungi kerajaan pusat, mereka akan mematuhi perintah itu??


AdukaTaruna : Sekali lagi. Bukankah hamba telah menjelaskan bahawa PBT mempunyai kuasa dalam pemberian lesen, dan pembatalan lesen. Bukankah hamba telah menjelaskan bahawa tiada peruntukan perniagaan, apatah lagi pengeluaran lesen kepada JUDI, SPA, URUT. Cuma ARAK, HIBURAN (konsert, wayang kulit), mempunyai syarat ketat di bawah Enekmen tertentu. Soal jenayah, penguatkuasa PBT tidak boleh melebihi bidang kuasa polis. Adakah kes rogol, penguatkuasa PBT yang pergi siasat? Adakah kes rompak bank penguatkuasa PBT pergi siasat. Adakah kes-kes jenayah perlu diadil di masjid? Pedulikan mahkamah. Boleh. Jika PAS berjuang secara militan. Peguatkuasa PBT dibekalkan senjata api. Kita wujudkan polis sendiri. Saudara, walaupun dihimpit, PAS cuba bertahan berjuang melalui demokrasi.


 Aduka, anda harus paham terdapat 2 kategori pihak berkuasabagi setiap negeri....yg pertama adalah pihak berkuasa persekutuan seperti polis( yang anda benci sangat..), tentera,JPJ,bomba dan sebagainya...mereka2 ini wajib ditempatkan disetiap negeri yg bersekutu dibawah perlembagaan Malaysia...PAS yg mentadbir negeri Kelantan tidak boleh menolak hal ini kerana Kelantan masih negeri bersekutu meskipun dibawah seliaan kalian........


AdukaTaruna : Nampaknya saudara cuba berhujah kosong (maaf yer Sang Simba) Kalau PAS menolak, Media akan menghentam PAS berjuang secara militan. Hamba ulang sekali lagi. Semoga saudara tidak terlepas pandang. Soal jenayah, penguatkuasa PBT tidak boleh melebihi bidang kuasa polis. Adakah kes rogol, penguatkuasa PBT yang pergi siasat? Adakah kes rompak bank penguatkuasa PBT pergi siasat. Adakah kes-kes jenayah perlu diadil di masjid? Pedulikan mahkamah. Boleh. Jika PAS berjuang secara militan. Peguatkuasa PBT dibekalkan senjata api. Kita wujudkan polis sendiri. Saudara, walaupun dihimpit, PAS cuba bertahan berjuang melalui demokrasi.


pihak2 berkuasa persekutuan ini menjalankan tugas menjaga keamanan sama seperti di negeri2 lain....


AdukaTaruna : Benar. Jadi mengapa kes jenayah di Kelantan dijadikan hujah? Jika masih guna itu juga, mengapa tidak persoalkan indek jenayah tertinggi Malaysia di Selangor? Bukan polis menjalankan tugas sama rata? Menggunakan undang-undang yang sama rata? Hamba tegaskan sekali lagi, selagi kita tidak guna undang-undang ALLAH, selagi itulah kita seperti ini. Kalau tak percaya pada ALLAH, cuba la dulu. Adil? Kita dah cuba undang-undang buatan manusia lebih 50 tahun. Sekarang kita cuba undang-undang ALLAH pula. Tak perlu jatuhkan UMNO. UMNO buat undang-undang ALLAH, PAS bukan setakat jatuh, malah dibubarkan.


 


walaupun di Kelantan, PAS mengelarkan mereka2 ini sebagai anjing kerajaan terutamanya POLIS!! mereka tetap setia dan teguh dgn tugas seperti diamanahkan........ingat Aduka, mereka POlis2 ini manusia seperti kita..bukan robot yg boleh di perendah2kan........


AdukaTaruna : Sejarah tidak pernah menipu. Siapa yang meng anjing kan polis? Siapa yang me robot kan polis. Hamba tidak mampu menulisnya terlalu banyak. PDRM sendiri bukan di bawah Yang Di Pertuan Agong, tetapi di bawah Jabatan Perdana Menteri. :) Kita lihat contoh yang satu ini dahulu.


meROBOTkan


Bagi kategori kedua pula.....Pihak berkuasa Tempatan....seperti contoh majlis2 bandaran,dan daerah...ia dinaungi oleh satu majlis tertinggi..majlis inilah yg bertindak mengawal dan merencanakan pergerakan PBT dalam kawasan masing2...dan anda nak tahu siapa ahli2 majlis........ahli2 majlis adalah yg dilantik oleh kerajaan negeri.........so...siapakah yg berada disebalik majlis2 ini dalam negeri PAS???anda lebih tahu........


AdukaTaruna : Benar. Apa yang saudara cuba hujahkan?


Saudara Aduka, masih ingat bila PAS memerintah Terengganu?? mereka mahu menubuhkan hukum Hudud......ya...ia dibolehkan oleh enakmen undang2 yg dibuat di peringkat negeri....ini bermakna ruang lingkup atau kawasan had kuatkuasa hukum itu hanya didalam negeri terengganu sahaja........Polis awal2 telah mengambil sikap berkecuali..nak tahu sebab apa????sebab mereka adalah petugas kerajaan Pusat.......mengapa perlu mematuhi arahan kerajaan negeri yg mahu buat hukum sendiri tanpa merujuk dgn perlembagaan persekutuan.....


AdukaTaruna : Ha. Jelas pun. Jadi, hujah saudara tentang jenayah dah ditolak oleh saudara sendiri. Selagi kita tidak tegakkan undang-undang ALLAH, selagi tu la kita sensara begini. Jadi bila lagi UMNO nak buat? Sekarang juga hamba tidak menyokong PAS. Sebab itu hamba tidak menjadi ahli. Tidak perlu ada 2 parti Islam.


selepas itu PAS terus matikan idea mahu meneruskannya ( hukum hudud )..atas alasan tak mendapat sokongan Polis dan berbagai alasan lain...jika PAS benar2 pejuang seperti yg dibanggakan....nah....teruskan sahaja hukum itu di negeri yg telah pun kalian tawan pada masa itu.....


AdukaTaruna : Boleh. Dengar jangan sampai terlepas pandang yer. Katakan kes rompak. Penguatkuasa PBT dilengkapi M16. Siap ada van radar lagi. Boleh pintas panggilan telefon. Kemudian Unit Elit Penguatkuasa PBT bergerak dengan helikopter penggempurnya. Tut! Tut! Tut! Bunyi helikopter tersebut. 10 orang Unit Elit PBT turun guna tali dari helikopter. Semua disatukan dengan walkie talkie. Sementara di jalan raya pula Unit Trafik penguatkuasa PBT mengawal lalu lintas. Jangan sampai orang awam menganggu urusan penguatkuasa PBT.


Arahan dari Pengetua PBT diterima. Siap digempur. Bertembung pula dengan Unit Elit Polis Di Raja Malaysia. Eh! Silap Polis Di Jabatan Perdana Menteri. Ini kan kerja aku. Ah! Peduli apa. Kita nak tangkap dulu sebab nak adili dia dengan undang-undang hudud. Eh! Mahkamah kan sivil. Camner plak tu? Ah! Pedulikan. Kita buat mahkamah sendiri.


Jemaah Islam boleh melakukannya, seperti cadangan saudara Sang Simba. Tapi jalannya berbeza, dari demokrasi kepada militan.


Hamba akan terus berdakwah hingga kemampuan hamba. ALLAH dah kata, jika mereka berpaling, kewajipan engkau hanyalah menyampaikan. Sebab kalau orang tak mahu ALLAH ni tak mahu, pelbagai hujah mereka kemukakan. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih.


jika Polis tak tolong sebab diluar bidang kuasa mereka...PAS tubuhkan sahaja polis sendiri....anda tahu mengenai negeri JOHOR???? JOHOR mempunyai ASKAR TIMBALAN SETIAnya sendiri yg bernaung terus dgn Sultan JOHOR..........adakah PAS ragu2 pada masa itu..agaknya terlalu lama fikir sampaikan rakyat pun dah bosan seterusnya PAS kalah teruk pada 2004...


AdukaTaruna : Seperti di atas ya, saudara Sang Simba. :) Sultan tu kalau ishtihar menyokong Islam, media senyap. Tapi bila dia ishtihar sokong PAS untuk waktu ini demi menegakkan Islam, mesti terus kena ISA. Sebab militan. Mempunyai polis sendiri.


Anda sendiri tahu janji Haji Hadi Awang ketika sebelum pilihanraya 1999......adakah ia mengotakannya...( anda akan berkata Yang Berhormat2 Umno jugamungkir janji....)..itu bukan soal pokok dalam topik ini.....soalnya kita sedang bincangkan soal penguatkuasaan yg berlaku di Kelantan..........kerana anda seringkali menyalahkan kerajaan UMNO yg sekular dan berfahaman barat ini menyekat hal2 penguatkuasaan disana....sedangkan PAS mampu utk bertindak sendiri..


AdukaTaruna : Hamba telah menjawabnya di atas. Antara Militan dan demokrasi. Antara mahu dan tidak mahu. Antara usaha dan dalih. :)


inikan langkah pejuang.....buat dulu..Insyaallah..bila rakyat dah buka mata melihat langkah PAS ini....tidak mustahil rakyat menyokong PAS dalam pilihanraya nanti.... sekarang PAS hanya ada Kelantan...bagaimana?? mahu melakukannya di sana???..teruskan..


AdukaTaruna : Ya mari kita lakukan. Kemudian UMNO akan melaporkan pada CIA. Keluarlah list pengganas oleh ketuanya. PAS diharamkan. Seperti Al-Arqam kerana memperjuangkan Islam tanpa demokrasi. Jemaah Islam akan terpecah 2. Satu mengihtiharkan jihad bagi menolak pemerintahan tidak suka ALLAH + boneka USA. Satu lagi akan tubuh parti baru. Malaysia huru-hara. UMNO ishtihar darurat ke seluruh negara. Jadi tidak ada pilihanraya. Keadaan bertambah sukar.


Saudara, (jangan marah yer) apa yang membezakan hujah saudara dan jemaah Islam ialah dari mana dalil. Melayu akan ikut logik akal. Islam akan mengambil Al-Quran dahulu. Kemudian Hadis. Kemudian Sunnah. Kemudian Ibrah (pengajaran).  


Aduka kan sekarang pemantau di sebelah sana..tidaklah jauhkan..jgn katatdak2 lagi selepas ini aduka..jika anda berani masuk ke website PEKIDA dgn membawa agenda sebegini rupa....saya rasa bukanlah sukar bagi anda utk berbuat sesuatu.....


AdukaTaruna : Saudara, hujah memerlukan ilmu. Dakwah memerlukan ilmu, amal dan iman. Tanpa ilmu, kita akan berhujah kosong. Tanpa amal, cakap tak serupa bikin. Tanpa iman tiada guide line dari ALLAH.


tawaran saya utk membantu masih ada jika ia masih atas landasan Islam..tetapi jika ia atas tiket politik, saya akan mengambil langkah berkecuali...anda berkata UMNO masih tidak mahu menegakkan hukum hudud bukan....anda dan pejuang2 sekalian lakukannya di Kelantan..tetapi mahu tidak mahu pasti PAS yg akan melaksanakannya bukan???? fikirkanlah..........apakah roda pusingan ini cukup menampakkan jalan anda...???  


AdukaTaruna : Hamba pun ada tawaran. UMNO tegakkan hukum ALLAH dahulu. Jangankan kata PAS jatuh, dibubarkan sekali. Hamba terus menyertai saudara Sang Simba. Tak perlu penat-penat jari berdakwah pada yang memang tidak mahu. (dakwah lisan masih belum mampu) Bilakah saat indah itu akan tiba...............


p/s : Hamba masih lagi berdakwah secara defensive. Lepas ni hamba ada soalan untuk pejuang UMNO. Tak mahu sebut UMNO la. UMNO dan PAS hanya nama. Ya, soalan untuk pendukung kebangsaan. Hamba bagi tahu dulu supaya pendukung kebangsaan lebih bersedia seperti saudara Tontoyo. Siap ada dalil lagi. Semoga ALLAH merakmati kita semua dalam majlis ilmu ini.







__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Hmm.............saya masih diatas kaki sendiri dalam halatuju saya..saya masih tersenyum dgn setiap hujah2 saudara Aduka taruna ini..:).........terlalu konsisten.....hmm...ye lah...saya ni tidak berilmu.......saya tidak pandai menggunakan dalil2 dan menghuraikan firman Allah serta hadis.........kata2 saya ni kosong je..sebab tiada dalil dan nas yg saya serta kan......saya tak pandai nak mengambil buku tafsir Al-Quran dan menaip semula firman2 Allah didalam forum ni..apatah lagi memetik mana2 kitab yg menerangkan maksud hadis.....saya tak pandai itu semua...

saya buta huruf sebenarnya Aduka sahabtku......entah kenapa saya boleh membacanya utk diselami dan ditanamkan ilmu itu didalam hati saya..tetapi utk saya menaip semula dan dipaparkan didalam forum..tiba2 saya buta........anda nak tau kenapa???? kerana yg menaip itu bukan saya..tetapi seorang manusia yg hipokrit yg hanya nak menang dalam ego apabila berhujah dgn Aduka.....jika itu berlaku...saya telah kalah sebenarnya......saya menyertakan dalil dalam post2 saya semata-mata mahu menunjukkan saya juga sama hebat seperti Aduka.....betapa bodohnya saya ini kan???.....tiada dalil dan nas dari Al-Quran pun dalam hujah2 saya......jadi..secara automatiknya lucutlah kelayakan saya utk berhujah dgn Aduka yg penuh ilmu didada ini........Alhamdulillah....Allah menanugerahkan ilmu yg tinggi kepada Aduka......

saya berhujah semata-mata atas pengetahuan saya selama mana saya menuntut dan mengkaji dulu...............benar kata Aduka..............saudara Tontoyo lebih bersedia dgn hujah2nya yg penuh dgn isi...dan saya berhujah kosong sahaja kan.....entahlah.....setelah difikir2kan kembali saya seperti lari dari matlamat asal cita2 saya sebaik sahaja mendaftar sebagai forumer didalam website PEKIDA ini....saya mahu mencari ilmu..mahu mencari jalan yg mana saya akan perolehi sesuatu didalamnya selaras dgn kecintaan saya kepada bangsa saya MELAYU dan ISLAM.....

Apabila bertembung dgn Aduka....semangat saya berkobar-kobar mahu membanteras gelombang yg Aduka ciptakan ini...semuanya kerana satu.........kerana bangsa yang saya pegang ini....( hmmm....sudah penat utk mengatakannya..tetapi kena juga kata.....dah pasti MELAYU YG MENDUKUNG ISLAM..).......

maka dgn ini...........saya menghentikan hujahan2 saya terhadap Aduka.........saya tak reti nak berhujah dalam isu2 yg ditimbulkan Aduka......seperti kata aduka, saya ini hanya berhujah kosong saja.....opss.....maaf ye semua..ini bukan kes nak mintak simpati.........tidak sesekali..jangan pandai2 nak kesian dgn saya......tak perlu pun..............

andaikata saya berhujah juga..jadilah hujah2 kosong.......yg tiada ilmu..yg tiada dalil, tiada hadis pun disertakan.....jadi..baik lupakan niat nak berhujah..Aduka tak pandang hujah2 dari kerajaan sekular.....maklumlah hujah dari saya mewakili kerajaan zalim. kerajaan boneka U.S....kerajaan yg suka roboh surau.opss masjid rupanya.......kerajaan yg rasuah...kerajaan yg mementingkan kroni..kerajaan yg menebang balak sana sini.....ahh.....yg lain2 tu Aduka pun boleh tambah kan..........

ha.....ni ada lagi satu....harap2 post yg ini Aduka tak quote juga la.....tak larat dah Aduka oii........jgn lah saudara risau lagi....lepas ni saya tak berhujah dgn anda lagi...bukan kerana kecewa ya.........juga bukan kerana nak org kesian dgn saya ya....ingat tu....tapi kerana satu.........saya tak pandai nak berhujah dgn anda...saya bodoh lahhhh........saya mana pandai benda2 ni semuaaaa.........

salam perjuangan...............




__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Assalamualaikum, saudaraku Sang Simba yang dikasihi. Hamba melutut meminta ampun kepada saudara jika saudara berkecil hati. Hamba faham perasaan saudara. Walau faham hamba tidak setanding dengan apa yang saudara rasa, hamba rasa hamba boleh menyelaminya.


Suatu ketika dahulu, hamba juga di dalam saf seperti saudara. Kita Melayu. Perlu bersatu padu. Memperjuangkan bangsa. Tanah air tercinta. Hamba tegaskan sekali lagi, hamba sayangkan UMNO. Tetapi hamba takutkan ALLAH.


Hamba mengaku ketika ini masih belum mempunyai rasa cinta pada ALLAH. Entah bila iman hamba dapat merasa hamba kasih pada ALLAH, hamba pun tidak pasti. Cuma iman hamba ketika ini, hamba takut kepadaNYA.


5:47 Hendaklah menghukum menurut yang diturunkan ALLAH dalam kitab itu. Barang siapa yang tiada menghukum menurut apa yang diturunkan, maka mereka itu orang yang fasik.


Apa hukumnya fasik? Ish. Ngeri saudara. Bayangkan kita ni mati. Akhirat tu kekal selama-lamanya. Katakan hamba lepas ni taip. Pas tu kuar rumah. Ajal hamba sampai. Hamba terbabit dalam kemalangan. Mana hamba nak nafikan kalam ALLAH ini? Abadan abada plak tu. Aduhhhai....


Berkenaan dengan Melayu mendukung Islam, kalau Melayu itu bertakwa, jangan bimbang. Melayu juga yang akan memerintah. Kita perlu bangunkan Islam, supaya perjuangan Melayu saudara, menjadi lebih molek. Bertakwa, berani, amanah. Melayu yang berani. Melayu yang amanah. Melayu yang hanya takutkan ALLAH. Bukankah Melayu bangsa dominan. Jangan bimbang. Perjuangan Islam demi Melayu. Bukannya Melayu, demi Islam.


Hamba tahu, jauh disudut hati saudara, saudara mengakui perlunya hukum ALLAH ditegakkan. Cuba lihat topik saudara dahulu bertajuk PERINGATAN UNTUK PEJUANG2 ISLAM. Bagaimana perlunya murtad ditangani. Semua ini demi Melayu yang saudara kasihi.


Sekali lagi, hamba mohon ampun. Semoga kita tidak bermusuh. Hamba menghormati perjuangan saudara. Semoga saudara boleh menjadi CHEK & BALANCE kepada perjuangan hamba. Hamba kan manusia juga.


Dan jika UMNO berpaling kepada ALLAH, menegakkan hukum ALLAH. Bukan hamba sahaja, malah individu yang dibenci ramai UMNO, Nik Aziz juga begitu. Individu yang dibenci jemaah Islam, Pak Lah akan dikasihi. Diminta maaf. Siapa yang tidak berbuat demikian maka, tahulah kita mereka itu berjuang kerana nama PAS, bukannya ISLAM.


Cuma, bagi hamba secara individu, Dr. M mungkin tidak termasuk kerana menghina Nabi. Maaf yer saudara. Datanglah Seremban, boleh hamba belanja masak lomak cili api.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


salam...


AdukaTaruna wrote:





 5:47 Hendaklah menghukum menurut yang diturunkan ALLAH dalam kitab itu. Barang siapa yang tiada menghukum menurut apa yang diturunkan, maka mereka itu orang yang fasik.





surah 5, al maidah - madaniyah...


dinamakan madaniyah kerana diturunkan di madinah ( tempat din allah ) dimana nabi saw telah tegakkan islam.


cuba fahamkan Al fatihah dulu... kemudian baca dan fahamkan surah al alaq...


semoga allah memberi hidayah kepada kita semua...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Assalamualaikum ...


Fuh ... melengoh saya baca hujah dari kedua-dua pihak panel. Penat-penat pun layan jugaklah. Please ... please carry on. I like to read this kind of thing. Knowledge gak tuh kan.


 


pHiz: to Sang Simba >>> 12/2/06 ade tribunal dekat pusat jgn lupe hadir. to AdukaTaruna > saudara pernah tengok kereta kebal yg Malaysia baru beli tuh ?



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

maafkan hamba...


cara andika putra berdakwah agak bongkak dan sombong... meninggi diri dan kurang berhikmah. Maafkan hamba kalau memberi komen yg agak direct dan tidak beralas. Tak mungkin berkesan berdakwah cara ini...




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

pHIzz.........kereta kebal yg anda nak tahu tu dari jenis PT 91 buatan Poland..ia adalah dari jenis revolusi pt 72 dari Russia............kini diletakkan didalam Rejimen ke 4 Amor di kem penrissen...tapi sahabat di unit terbabit mengatakan ia telah dihantar di sungai besi.......Tentera darat belum menerima sepenuhnya keseluruhan unit2 MBT tersebut..masih ikut q.....


dalam web tentera darat malaysia ada gambar MBT PT 91 milik rejimen 4 Amor Di-Raja..


Hmm..phizz..dimana tribunal tu..di bukit katil ke?? maksud awak pusat dimana?? atau tpt lain..minta phizz beri alamat penuh ya..insyaAllah saya hadir..saya di pasir gudang kini.........insyaallah akan balik ke melaka dalam masa terdekat.....terima kasih atas informasi......


p/s: saya juga ahli forum laman web tentera darat dan menggunakan ID 'sang simba' juga...khusus membincangkan hal2 ehwal ketenteraan dan aset2 perang.....silalah phizz kesana jenguk2...hmm......risau juga rasa dihati..manalah tau' sesiapa' yg try nak masuk forum tentera darat bersama agenda politik..bahaya beb...........



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Assalamualaikum, kepada Tontoyo terima kasih. Benar ayat itu turun di Madinah. Begitu juga ada ayat yang ditujukan kepada Yahudi dan Nasrani. Tetapi ALLAH kata Al-Quran itu telah sempurna. Menjadi rujukan bagi yang beriman. Dipelihara ALLAH hingga Akhirat.


Ini bermakna, ayat-ayat ALLAH tidak tertakluk kepada penduduk Madinah, atau Mekah, atau orang Yahudi, atau Nasara semata-mata.


Apa-apa pun terima kasih buat Tontoyo.


Assalamuaalaikum, adiputra. Maaf jika buat saudara tersinggung. Hamba manusia biasa. Mungkin tanpa sedar melampaui batas. Terima kasih atas teguran saudara. Semoga di masa akan datang, saudara Adiputra, Tontoyo dan semua dapat menegur hamba. Hamba manusia.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


AdukaTaruna wrote:





Benar ayat itu turun di Madinah. Begitu juga ada ayat yang ditujukan kepada Yahudi dan Nasrani. Tetapi ALLAH kata Al-Quran itu telah sempurna. Menjadi rujukan bagi yang beriman. Dipelihara ALLAH hingga Akhirat. Ini bermakna, ayat-ayat ALLAH tidak tertakluk kepada penduduk Madinah, atau Mekah, atau orang Yahudi, atau Nasara semata-mata.





adakah sudah difahami ayat2 itu??? kenapa yastrib ditukar namanya kepada madinah???



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

:) Cuba sudara Tontoyo terangkan secara detail. Hamba akan cuba belajar dari saudara Tontoyo.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:


salam...


AdukaTaruna wrote:





:) Cuba sudara Tontoyo terangkan secara detail. Hamba akan cuba belajar dari saudara Tontoyo.





ilmunya ada... insan ( pengajar dan murid ) ada... tempat lak tak sesuai...


tapi kalau ada kesungguhan... pastinya allah membuka jalan...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:

sekadar mencelahhhh...


tak mampu nak turut sama berhujah...


ilmu tak setinggi aduka..pemikiran tak setajam sang simba


walaubagaimanapun...aku tetap berdiri di belakang mu wahai saudara ku aduka atas nama Islam


dan aku tetap menyokong perbahasan ilmiah ini oleh sang simba...


sesungguhnya percanggahan dan perbezaan fahaman antara kita adalah rahmat yg Allah turunkan


supaya kita sebagai manusia berfikir



__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

A'kum...///                                                                                                                 
 

11. Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan



12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar



13. Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu



 



14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok



15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.



 



16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk



 



17. Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.



 



18. Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar),


AL-BAQARAH AYAT 11 - 18



 



25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.



26. Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?." Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik,



 



27. (yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.



AL-BAQARAH AYAT 26 - 27




if (!document.layers)
document.write('')






__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Terima kasih banyak saudara Shaff. Tapi macam ader gambar yang tak sukses la. Tak mengapa la. Terima kasih kerana menyampaikan kalam ALLAH walaupun beberapa ayat.

__________________
«First  <  1 2 3 4 | Page of 4  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard