"Berdesingkah telinga kita mendengar perkataan seumpama begini? Tapi itulah hakikatnya. Sudah banyak kali kita mendengar Melayu otak beku, malas, bodoh, zalim dan seumpamanya. Mari kita tinjau apa yang berlaku sebenarnya.
"MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa? Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling kenal-mengenali.
Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan Parsi. Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.
Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI, mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).
Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia, Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan) itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).
Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh, hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.
Bagaimana Parsi? Kepada adik-adik, bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS yang hebat.
Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu. Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan "kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian, bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini, berkait rapat dengan iklim. Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim, perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau) dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun) mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.
Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini adalah senjata Neuklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai kemampuan (samaada berani atau daya penghasilan) untuk memilikinya.
Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia? Sejarah telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust, pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan, peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab, Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah ketakwaan. Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita cintai pun boleh, asal bertakwa.
Sekarang kita masuk MELAYU. LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak? Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan. Hari ini, saat ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BODOH SOMBONG. Tetap menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai MELAYU!...........
Tapi....... Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BODOH SOMBONG. (termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?
Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Bodoh, Bangang, Angguk-angguk, geleng-geleng. Itulah wajah sultan MELAYU. Dari negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai. Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen. Terus tak melawan lagi. MaTt Kilau? Melarikan diri? Apa hukum mereka yang melarikan diri dalam fisabilillah dalam Islam? Berbeza dengan pahlawan dari pantai timur yang menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan jasadnya digantung. Alfatihah untuk pejuang Islam.
Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan? Hampir semua cabang sukan diperintah oleh sultan MELAYU. Tak pun oleh sekular Melayu. Hasilnya? Layu..... Alhamdulillah, masih ada yang berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, kita tidak berjuang atas akidah MELAYU!
Tetapi bangsa itu bermula dari bawah. Ianya semakin bijak dan maju. Tetapi mengapa bangsa Melayu menongkah arus. Semakin ke belakang? Ini mempunyai kaitan dengan "Penjana Pemikiran" sesuatu bangsa. Apakah itu penjana pemikiran. Terlalu banyak. Kita ambil contoh yang paling mudah. Akhbar. Akhbar adalah salah satu penjana pemikiran pada zaman ini. Tetapi bebas dan merdekakah akhbar kita? Akhbar bangsa kita diperkudakan bagi kepentingan kekuasaan Nasionalis MELAYU. Akibatnya? Maruah kita tidak terbela. Hak kita tidak terbela. Buktinya? Ambil contoh yang paling terbaru. Sebelum ini berapa ramai banduan kita (wanita dan lelaki) yang teraniaya? Ada yang mati dalam tahanan reman (belum terbukti bersalah) Ada yang dibogelkan. Didera. Dikambing hitamkan demi menutup kes. Pelbagai lagi sepak terajang politik bangsa Melayu. Tetapi beranikah akhbar selaku penjana pemikiran bangsa melayu ini bersuara? Sebaliknya mereka sendiri bekerjasama dengan pengkhianat Islam. Menutup isu. Mengalihkan isu. Akibatnya bangsa yang sedia ada bodoh ini terus bodoh bertingkat-tingkat.
Kita lihat akhbar Cina. Walaupun diugut bunuh, dipecat. Tapi mereka bangga kerana namanya tercatat dalam sejarah sebagai pembela bangsa mereka sendiri.
Kita pergi ke bukti kedua. Seorang GodFather Johor (ketua kongsi gelap) di tahan tanpa bicara di simpang renggam. Akhbar mereka menyuarakan kes ini. Akhirnya pengkhianat melayu tunduk membebaskannya. Bagaimana dengan akhbar Melayu berkenaan dengan kes ISA? Ayah kepada beberapa anak dipenjarakan bertahun-tahun tanpa peluang dibucarakan. Suami kepada seorang isteri yang tabah menghadapi ujian dunia? Bukannya seorang tetapi beribu-ribu orang Islam sejak nasionalis Melayu memerintah. Pedih untuk dihuraikan.
Sebenarnya kita boleh menghentikan ini semua. Bagaimana? Dengan menolak atau mengurangkan majoriti BN di parlimen. Tidaklah dia menggubal undang2 sesuka hati. Jika dah totok UMNO, tidak boleh terima hidayah sekali pun, memadailah dengan menolaknya (UMNO) sekali bagi meningkatkan CHEK & BALANCE. Tetapi walau apa pun, MELAYU ITU TETAP BODOH. Dijerit, dibuktikan dituamkan di depan mereka sekali pun, cukup Melayu memperolehnya dari bapak-bapak mereka, sedangkan bapak-bapak mereka tidak diberi petunjuk sedikitpun.
Jadi.... Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah......! Peduli apa aku......! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka! Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya..... Melayu itu tetap layu. Tunggulah kehancuran....nya wahai Melayu. Ianya semakin menampakkan dirinya......"
kawan, ko tulis sendiri atau copy paste? setakat copy paste, pastu nak bgtau kat sini bangsa melayu bodoh, sape yg bodoh sebenarnye? melayu xbodoh, bodoh
Sebelum saya memberi pendapat saya nak celah sket kat bro skyline.Bukan tulis tapi taip laaaa...
Jangan mara arr gurau...
Berbalik pada isu asal,saudara aduka taruna sudah kah saudara kaji dan faham aper yang saudara bangkitkan disini?Kalau ikutkan disini memang aper yg kita lihat dari mata kasar yg melayu ini bodoh .Tapi tahukah saudara siapa yg telah membodohkan kita?kenapa tidak diceritakan saudara tentang sejarah melayu itu sendiri?Kan nampak hebat!Barulah boleh dibandingkan dengan dengan bangsa lain!Cuba saudara renungkan bagaimana orang kristian(bukan mat saleh)telah mengalahkan tentera islam dalam perang salib dan telah merampas dan memanipulasikan segala teknologi yang dicipta oleh umat islam dan kemudian dibakar segala buku2 sains teknologi dan mengubah nama penciptanya kepada nama orang yg bukan islam.Untuk apa semua itu kalau bukan untuk menjatuhkan org Islam!Dan teknologi itu digunakan pula utk menjajah Negara lain(lebih2 lagi negara islam)Ini semua dah berlakku kepada kita.Mereka guna senjata api untuk menjahanamkan tubuh org melayu yg ketika itu hanya menggunakan tombak dan keris.Skarang pula mereka guna 3F (Fashion,Food,Fun)untuk menghancurkan umat melayu amnya dan umat islam khasnya.
Kita kupas lagi isu saudara,kenapa mat kilau saudara jadikan contoh?Kenapa tidak Datuk Bahaman,kenapa tidak Mat Lela yang akhir mati dan mayatnya digantung kerana memperjuangkan org Melayu?Mengapa tidak kita fikir positif yang mungkinbeliau lari kerana tidak terdaya untuk melawan ketika itudan akan membalas bila berpeluang(strategi).Kita lihat pulayg ini,Mengapa rasullullah s.a.w lari ketika baginda di kepung untuk dibunuh oleh orang kafir?sudah pastinya baginda terfikir dan bimbang,jika beliau terbunuh adakah Khalifah lain yang boleh membimbing umatnya seperti baginda kerana belum tiba masanya beliau pergi sebelum habis semua wahyu yg diturunkan oleh Allah untuk diajarkan kepada umatnya...
Sekarang kita lihat pula kemajuan bangsa lain.Saudara kata mereka kaya walau tercampak dimana2.Kenapa?Kerana mereka tidak perlu halal haram untuk mengaut keuntungan.Mereka tidak perlu belas kasihan untuk mendapat kekayaan.Tapi kita orang melayu yg islam masih terikat pada itu semua!Siapa kata tak ada org melayu yg kaya,kita lihat saja diluar sana,ramai saudara.Bukalah mata bukalah minda,renungkan baik-baik perkara ini sebelum segalanya jadi huru-hara.Ingatlah saudara kalau org melayu berjalan kebelakang tak kan saudara dapat lihat bangunan KLCC yg melangit,tak kan saudara dapat merasa makanan halal di bumi kita ni,dan paling mudah saya katakan tak kan dapat saudara berpijak dibumi sendiri.
Rasanya cukuplah dulu setakat ini.ingatlah saudara jangan kata melayu mudah lupa tanpa memandang apa yang org melayu sedang lakukan.Saya ambil contoh terdekat iaitu PEKIDA(Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia)merupakan salah satu contoh pertubuhan yg inigin menaikan bangsa melayu (kini dah tubuh Koperasi untuk menaikan martabat melayu)Apalagi saudara?Jangan hanya pandai 'mengondem' apa kata kita sama2 membantu antara satu sama lain untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat,,,,mohon maaf jika terkasar bahas
terima kasih saudara Raden kerana keterbukaan saudara. Apa yang cuba hamba sampaikan di sini adalah perbezaan antara Nasionalis dan Islamis. Walaupun hamba boleh menjawab apa yang saudara Raden utarakan, tetapi niat hamba bukan untuk bertekak atau berdebat, cuma menggerakkan sedikit minda bangsa Melayu. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi. :)
terima kasih saudara Raden kerana keterbukaan saudara. Apa yang cuba hamba sampaikan di sini adalah perbezaan antara Nasionalis dan Islamis. Walaupun hamba boleh menjawab apa yang saudara Raden utarakan, tetapi niat hamba bukan untuk bertekak atau berdebat, cuma menggerakkan sedikit minda bangsa Melayu. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi. :)
Assalamualikum....
salam///
Terima kasih kembali kepada saudara kerana saya juga bukan ingin bertekak cuma memberi pendapat yang mana apa yg saya nampak melalui pengalamn.Bak kata orang kalau kita sakit jgn fikirkan sgt sakit kita,kerana ia akan menambah lagi penderitaan kita,tetapi jgn lupa carilah penawar untuk menyembuhkannya.
penawar terbaik? mulakan dgn mind setting, buang jauh2 dari fikiran kite bahwa melayu itu bodoh, tanam kan dalam minda melayu bagus, pandai, cemerlang.. malas nak cerita pangjang klu mind setting pun xreti..
yg penting bukan pengiktirafan negara islam atau tidak, yg penting diri sendiri, klu diri sendiri yg xbetul, nak wat pe salah kan negara? betul x? contoh camne yg ko nak?
Definisi negara Islam adalah sebuah negara yang bukan sahaja ramai org Islam...bukan sahaja menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi yg ditulis di dalam perlembagaan semata-mata...malah negara ISlam adalah negara yang mengamalkan hukum hakam Islam di dalam sistem perundangan dan juga dari semua aspek.spt contoh melaksanakan hukum hudud.
negara kita masih belum boleh diisytihar negara ISlam.negara ISlam suppose jalankan hudud.takde kedai judi.takde umah pelacuran,takde umah urut,takde bapok2,takde disko-disko,takde spa spa dsbgainya...
undang2 syariah pula hanya digunakan di mahkamah syariah yg mana skopnya amat kecil...hanya tertakluk kepada soal kahwin,pembahagian harta dan juga org bukan islam nak masuk islam...tapi kalau org Islam nak murtad...depa rujuk mahkamah sivil,mahakmaha persekutuan,mahkamah rayuan..tup tup mmg org islam jugak yg kalah...cuba lah imbas kembali berapa ribu org islam yg telah berjaya secara rasmi dimurtadkan?????
Wallahualam
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
betul ape yg saudara ckp 2, tp bg saya, kota rome tak dibina dlm masa sehari, perubahan memerlukan masa yg panjang, bukan secara paksaan, kekerasan dan mendadak. walau bagaimana pun, negara kita sedang menuju ke arah negara islam 100%. contoh ringkas, eksiden dengan kelajuan 10-60km/J dengan eksiden 180-200 km/J, mane lagi parah dan menyusahkan org?
mrkolumpo wrote: betul... cuma saya rasa seruan Islam dah lama sgt berkumandang....sejak perlantikan Rasullulah s.a.w menjadi rasul...dah beribu tahunnnn
maaf, bole saya tau penilaian saudara dari aspek mane yg buat saudara rasa seruan Islam dah lama sgt berkumandang....sejak perlantikan Rasullulah s.a.w menjadi rasul... apekah yg membuat saudara berasa camtu?
dari perspektif itulah.jgn lah kite guna alasan Malaysia ini berbilang kaum berbilang agama...sedangkan di Madinah dulu terdiri dari pelbagai puak,kaum dan agama.ada kristian ada yahudi ada majusi tapi tetap mereka boleh hidup aman damai di bawah pimpinan Rasululullah dan para sahabat di mana Alquran dijadikan rujukan undang2.
ini berlaku beribu2 tahun dahulu..takkanlah kita nak cakap kite kene slow2 lagi...takkan kite nak cakap ooohhh hudud tak sesuai la...org cina india tak boleh terima..atau nak dgr kata samy vellu "itu quran boleh bikin jalanraya ka????"
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
ooo, camtu ke? ape pendapat saudara mengenai negara2 arab yg lagi hampir dgn madinah? dlm fikiran saudara, ape kah langkah2 yg perlu diambil segera dlm masa terdekat ini ? seruan azan, ceramah2 agama, ehwal islam, al kulliah, harakah, persatuan2 spt abim, pekida, pkpim, dll, dan gerakan dakwah spt tabligh, dsbg, sume 2 bukan seruan islam ke pd pandangan saudara?
kita lihat bangsa kita sendiri!!! tidak bersatu hati... inikan negara2 saudara kita yang hampir dengan palestin kenapa mereka tidak bersatu hati untuk menghentikan kekejaman disana??? apakah saudara kita disana sedang dibuai mimpi2 indah??? fikirkan
arjuna sita wrote: kita lihat bangsa kita sendiri!!! tidak bersatu hati... inikan negara2 saudara kita yang hampir dengan palestin kenapa mereka tidak bersatu hati untuk menghentikan kekejaman disana??? apakah saudara kita disana sedang dibuai mimpi2 indah??? fikirkan
saudara mrkolumpo, betul ape yg saudara ckp 2, tp bg saya, kota rome tak dibina dlm masa sehari, perubahan memerlukan masa yg panjang, bukan secara paksaan, kekerasan dan mendadak. walau bagaimana pun, negara kita sedang menuju ke arah negara islam 100%. contoh ringkas, eksiden dengan kelajuan 10-60km/J dengan eksiden 180-200 km/J, mane lagi parah dan menyusahkan org?
Saudara skyline2 yg dikasihi, maafkan hamba terlebih dahulu. Nasionalis dan Islam tidak selari. Kerana itu, rasul bersabda siapa yang mengambil kabilah (nasionalis/kebangsaan) terkeluar dari Islam. Lihatlah saudara mengambil acuan rome sebagai contoh. Bukankah rasul menegakkan satu tamadun Islam hanya selama 23 tahun? Tapi itu rasul lah, kita ni mana mampu. Adakah itu alasan kita? :) Bukankah kita telah mengembangkan Islam hampir 3/4 muka bumi ALLAH ini dengan sistem khalifah Islaminyyah? Bukankah kita menuju kehancuran apabila system khalifah ini bertukar kepada dynasti? (raja melantik keturunannya, bukannya mengikut kelayakkan)
Apabila berlaku begini, system dinasti/sistem adik-beradik/ kebangsaan/ nasionalis/ kapitalis/ komunis/ sekular dan sebagainya yang bidaah/ sesat, akhirnya jadilah kita begini.
Apa-apa pun saya minta maaf pada saudara skyline. Begitu juga pada semua. Cuma cuba berkongsi-kongsi idealogi. :)
Saudara Skyline dan semua. Terima kasih kerana memberi perhatian kepada isu ini. Begini, sebenarnya niat saya kerana TIDAK MAHU KITA MENGULANGI KESILAPAN BAPA KITA TERDAHULU.
Kesilapan? Peristiwa 13 Mei. (sy pon belum lahir lagi). Apakah kesilapan 13 Mei? Kerana saya berasa kesal akibat "kebodohan" bapa-bapa kita tentang Islam. Cuba bayangkan jika mereka (kebanyakan) keluar berperang atas niat, atas akidah MELAYU bukan ISLAM. Adakah syahid mereka diterima ALLAH?
Bayangkan si isteri mencium tangan suami meminta maaf sebelum suaminya keluar berperang. Minta halalkan makan minumnya. Suami yang penyayang memaafkannya. Mencium dahi isterinya. "Abang akan pastikan tidak akan MELAYU hilang di dunia, sayang"
Bayangkan anak-anak mencium tangan si ayahnya dengan tangisan tanpa erti. Masih tidak mengerti. Cuma sebak melihat ibu dan ayah menangis. Ayah dengan tabah mengusap-usap rambut anaknya. Memeluk anaknya. "Anakku, abah berjuang demi BANGSA kita. Belajarlah rajin-rajin. Jangan derhaka pada ibu."
Jika kita memegang Islam, kita boleh berbangga dengan pencapaian Islam terdahulu (teknologi, politik, ekonomi dan sebagainya) dan akan datang (dijanjikan, Imam Mahadi?). Jika kita memegang Melayu kita tiada apa-apa. Tidak percaya? Kita (Melayu) tidak pernah mencipta apa-apa teknologi ataupun cabang ilmu (seperti ibnu sinar dan lain-lain). Ataupun terbabit dalam penaklukan dunia (seperti Islam memerintah sebanyak 3/4 dunia ketika dahulu, penaklukan rome, Jepun, russia, USA dan lain-lain)
Bezakan antara Islam dan BANGSA! Baca dan renung dahulu topik utama. :)
ape yang aduka teruna jelaskan mamang betul... cube kite pikir balik.. yang sepatutnye, kite berjuang demi BANGSA dan AGAMA.. bukan bangsa je kite nak juangkan.. mana kite nak campakkan agama?? mana hilangnya amar makruf??