Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Benar Dari Pengakuan Seorang Saudara Baru yang Memeluk Islam


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:
Kisah Benar Dari Pengakuan Seorang Saudara Baru yang Memeluk Islam


kisah ini telah di forwardkan ke dalam email saya yang telah disebarkan oleh seorang sahabat email saya..


> > Assalamualaikum wrh wbr.......kisah benar. Sebarkan lah, untuk
> > pengetahuan muslimin dan muslimah.....
> >
> > Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
> >
> > Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama
> > Kristian
> > ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga
> > Kristian.
> > Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja
> > disatu
> > kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
> > seorang
> > paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha
> > kami
> > mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
> >
> > Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya
> > program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan
> > wang
> > tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk
> > membantu orang
> > kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan
> > bantu
> > mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit
> > secara
> > spontan. ! Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku
> > sekolah dsn.
> >
> > Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa
> > kali
> > kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
> > berbaloi
> > kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi
> > dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap
> > seorang
> > Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih
> > dialam
> > persekolahan.
> >
> > Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil
> > m/pelajaran Agama
> > Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya
> > m/pelajaran ini
> > setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3.
> > Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya
> > terus
> > ambil pelajaran Agama Islam.
> >
> > Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya
> > menyebarkan
> > agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira
> > tidak
> > mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu
> > hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
> > yang
> > mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa
> > soalan, tapi
> > saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya
> > kerumah cikgu..."
> >
> > Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah
> > ustaz itu.
> > Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan
> > atas nama
> > Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
> > kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
> > - Mengapa orang Islam sembah kaabah
> > -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian
> > dan
> > Islam adalah agama langit.
> > -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
> > membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
> > -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka
> > peperangan.
> > -Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang
> > asalnya.
> >
> > Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan! saya dan
> > kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati
> > akal.
> > Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
> > menjawab
> > secara tepat.
> > - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
> > - Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
> > - konsep ketuhanan Jesus.
> >
> > Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
> > kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa
> > ustaz itu
> > kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
> > Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang
> > dibawa oleh
> > ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya
> > kerana bawa
> > 'orang malaya' datang kerumah.
> >
> > Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
> > mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya
> > memerhatikan
> > kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
> >
> > Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berj! ubah. Seorang
> > berjubah
> > hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
> > bertulisan
> > jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta
> > saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih
> > saling
> > menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.
> >
> > Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam
> > dan yang
> > berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya
> > terjaga.
> > Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
> > berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."
> >
> > Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
> > saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan
> > dengan
> > pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh
> > Ustaz
> > itu.
> >
> > Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
> > saya
> > lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
> > telah tahu.
> > Sebaik melihat saya, bapa bergeg! as masuk dan keluar semula
> > dengan
> > mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan
> > peluru
> > senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai
> > sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya
> > bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz
> > pulang ke
> > semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.
> >
> > Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan
> > rakan
> > saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
> > mengikuti
> > kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan
> > adalah
> > saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
> > Sabah
> > dulu..
> >
> > 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
> > Alhamdulillah
> > saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja
> > dengan
> > Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri
> > Sembilan,
> > Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya
> > sedih
> > kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over
> > time.
> > Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
> > Saya ingin
> > membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini
> > saya mahu
> > berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan
> > kuatiti
> > saja.
> >
> > Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan
> > belajar di
> > PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya
> > katakan
> > jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. saya
> > sayang
> > adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan
> > akhirat.
> >
> > Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan
> > buku-buku
> > yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7
> > tahun
> > saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan
> > ayah,emak
> > dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
> > bagaikan
> > halilintar sa! ya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama
> > Islam.
> >
> > Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
> > menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya
> > menjadi
> > terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya
> > bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami
> > menangis
> > bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
> >
> > Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai
> > oleh ayah
> > saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
> >
> > Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari
> > ini
> > berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan
> > sunnah Rasul.
> > Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil
> > contah
> > pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak
> > menentang
> > pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
> > dilaksanakan.
> > Inilah sikap umat Islam. Saya ! pernah berdialog dengan beberapa
> > orang
> > pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah
> > saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
> >
> > Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
> > pendakwah
> > saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya
> > tahu Apa
> > itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.
> >
> > Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya
> > berdialog
> > tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah
> > ini,untuk
> > bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak
> > Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
> >
> > Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,
> > sapa
> > benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
> > Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya
> > bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
> >
> > Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
> > ialah
> > di IPT. Pendakyah i! ni mendekati kaum muslimah,pura-pura nak
> > belajar
> > Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang
> > pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.
> >
> > Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti
> > Putra
> > Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja
> > ini
> > antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
> >
> > Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy
> > Water'.
> > Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi
> > termasuk
> > Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
> > Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah
> > 1x, Yasin
> > 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
> > sebahagian
> > buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat
> > diselamatkan. insyaAllah.
> >
> > tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang
> > tercinta...insyaallah...



__________________
Ian


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

sofian87 wrote:


> > pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.> >> > Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti> > Putra> > Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja> > ini> > antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

ini yang sebenarnya membimbangkan pelajar islam di UPM..

__________________
Ian
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard