Rahsia Mengelak Nasib Malang & Mengundang Nasib Baik Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk mendapat nasib yang baik, kata orang ada “ong”. Ada yang berpandukan cahaya matahari pagi, panduan bintang, cuaca dan sebagainya. Itu semua kufur..tak masuk akal.Tetapi kat sini ada satu perkara yang telah dijumpa dan ingin berkongsi bersama anda semua di mana ianya agak masuk akal, konsisten dan bertahan lama. Malangnya ia terlalu mudah dan rugi sekiranya ada diantara kita yang tidak mencubanya.
Setelah beberapa kali mempraktikkannya , didapati ianya amat praktical, membahagiakan,menceriakan dan menakjubkan. Adalah amat berbesar hati untuk saya menjadikannya sebagai hadiah satu pakej percutian kepada sesiapa yang dapat melakukannya…
Mari kita lihat apa sebenarnya disebalik semua ini: “Tidor sebelum pukul 10 malam.”.
Apa nie?
Itu sahaja yang dapat saya utarakan dan berkongsi dengan anda semua…
Begini kisahnya…Setiap hari,pastikan diri kita dilindungi, gelapkan suasana sekitar, pejamkan mata kita sebelum pukul 10 malam. Setiap kali kita lakukannya , lakukan dengan hati yang terbuka. Insyallah kita akan dianugerahkan dengan segala kebaikan pada keesokkan harinya. Tak dapat nak dipastikan bagaimana ia berlaku , tetapi ianya berkesan..memang memberikan kesan.
Kesibukkan harian dengan kerja dan sebagainya sehingga aktiviti harian kita berlanjutan ke tengah malam, menyukarkan kita untuk tidor awal sebelum pukul 10.
Tetapi betuahnya saya semalam kerana dapat menyempurnakan hajat untuk tidor tepat pada pukul 10 malam. As a result kata orang..beberapa perkara yang agak menakjubkan berlaku..kesemuanya berlaku sebelum tibanya waktu makan tengahari.
Satu kejutan tentang berita kewangan yang jelas menunjukkan tanda-tanda positif. Betapa pula keluarga yang tiba-tiba ceria berinteraksi antara satu sama lain. Perasaan yang cukup membahagiakan. Tak ada sedikit pun timbul perasaan untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa.
Masalah kewangan yang tiba-tiba mendapat magik, pulih dengan sendirinya. Jualan yang tiba-tiba masuk memberikan kekuatan untuk saya teruskan usaha untuk berniaga.
Bukan pula bermakna, kita akan bernasib malang sekiranya kita tidor selepas pukul 10.Tetapi anggaplah ianya sebagai bonus ke atas segala kesenangan yang telah kita ada. Ukuran kebahagian yang ada pada hari tersebut amatlah berbeza dari hari-hari yang lain.
Tak dapat nak ditafsirkan disini kenapa ia berlaku, as you know, is the world-is-as-you-are type of thing. Dalam erti kata lain..kalau perasaan kita sering memberontak, hidup dalam awangan, kurang waktu tidor , letih, serta tak bermaya maka kita akan lalui waktu harian kita dengan paras emosi yang kurang efisyen dan kabur. Maka cara pemikiran kita akan berubah maka secara tidak lansung kita akan sentiasa tersilap langkah dalam melakukan keputusan mahupun aktiviti-aktiviti harian.
Pastikan diri kita mendapat rehat yang secukupnya, bahagia melihat dunia yang begitu fresh, segar dan begitu aman. Bahkan kata orang dunia seolah-olah memberi respon yang lebih positif sekiranya tiada gangguan dari sebarang keraguan yang datangnya dari pemikiran yang letih dan gusar akibat kurang tidor.
Cubalah dapatkan tidor yang berkualiti hari ini dan sekurang-kurangnya lakukan ia dalam masa seminggu. Maka katakan kepada saya bahawa ia benar memberi kesan ke atas untung Nasib Baik kita pada keesokan harinya.
"It will be interesting to see, if this simple thing has any universality to it.."
nak elak...nasib malang senang jer...selalu berdoa kat allah s.w.t mintak jauh dari benda tak elok...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."