Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Selamat Tahun Baru Hijrah 1427


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
Selamat Tahun Baru Hijrah 1427


Selamat Tahun Baru Hijrah 1427 !!!

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

Alhamdulillah, kita berkesempatan menyambut Awal Muharram 1427 Hijrah. Peristiwa yang menjadi titik tolak kepada perjuangan Islam yang sangat penting apabila generasi awal menjadikan hijrah sebagai permulaan tahun bagi umat Islam, yang berbeza dengan umat yang lain dalam dunia. Ini menandakan perlunya kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada perkara yang berlaku dalam hijrah itu.

Di antara perkara yang penting di dalam peristiwa hijrah ialah menunaikan kewajipan menegakkan pemerintahan yang mendaulatkan syariat Allah SWT, yang benar-benar memberi keadilan kepada manusia sejagat kerana mesej Islam adalah mesej untuk seluruh manusia di sepanjang zaman. Islam merupakan ajaran Allah SWT yang sempurna dan lengkap, telah terbukti dengan nyata dalam kenyataan sejarahnya mewujudkan masyarakat madani melalui pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w. ketika melakukan hijrah.

Masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbagai agama, kaum dan bangsa boleh menerima pemerintahan Islam. Dan mereka mengakui keadilan ini sehingga sebahagian besar daripada mereka menganut agama Islam tanpa paksaan. Ini kerana selepas berkembangnya pemerintahan Islam di seluruh pelosok dunia berabad-abad lamanya dalam satu wilayah yang luas, kita melihat masih ada lagi penganut-penganut yang bukan Islam dan rumah-rumah ibadat mereka di tengah-tengah masyarakat Islam. Ini menandakan tidak ada paksaan, bahkan perkara ini disebut oleh ahli-ahli sejarah yang mengkaji secara ikhlas.

Hal-hal yang seperti ini wajib menjadi renungan kepada umat Islam supaya mereka sedar dan insaf. Mereka tidak berhajat lagi kepada ideologi dan teori ciptaan manusia kerana Islam, petunjuk daripada Allah SWT ini telah membuktikan satu-satunya yang memberi kejayaan kepada kita di dunia dan janji Allah di akhirat juga adalah benar.

Adalah wajib bagi umat Islam yakin dan percaya hanya Islam yang menyelamatkan mereka di dunia dan menyelamatkan mereka di hari akhirat. Ini menunjukkan bahawa hijrah mempunyai satu wawasan yang sangat jauh, bukan wawasan perhitungan tahun yang ada dalam kehidupan manusia di dunia bahkan wawasan dari dunia sehingga hari akhirat.

Prinsip yang diatur oleh Allah SWT dengan dasar yang teguh dan pelaksanaan yang fleksibel, yang tidak menghanyutkan manusia ke dalam kancah kesesatan. Bahkan menyelamatkan mereka dalam keadaan dimanfaatkan sifat-sifat manusia yang baik dan menghilangkan serta mencegah sifat-sifat manusia yang buruk. Ini merupakan satu peraturan ataupun sistem yang diatur oleh Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri dan mencipta seluruh alam.

Maka peristiwa hijrah perlu diingati oleh umat Islam. Marilah kita bersama-sama menghidupkan semangat hijrah bagi menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. dan generasi awal Islam. Dan kepada seluruh umat manusia, kita mengajak supaya mereka tidak perlu bimbang dengan kemunculan Islam yang ada pada hari ini. Bahkan itu adalah fajar yang menyingsing, menandakan kebaikan sekiranya Islam diberi tempat dan diberi kebenaran untuk dilaksanakan di muka bumi ini.

 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Imam Othman berbaju biru,
Singgah minum di kedai Pak Wa,
Salam marhaban tahun yang baru,
Semoga bertambah iman dan takwa...



__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

semoga tahun baru ini akan ada perubahan pada diri kita menuju kearah yang lebih matang dan berwawasan...

__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

jadikan tahun ini tahun kebangkitan bagi umat ISLAM....................///

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

tahun demi tahun berlalu, usia makin meningkat tua, jgn jadi tua saje udahler..................... ilmu itu penting serta amat berguna utk kehidupan. tuntutlah ilmu jadikan ia sebagai bekalan kita.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard