Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERHIMPUNAN OKU - MAJLIS PERKAHWINAN ISTIMEWA DI DATARAN MERDEKA


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
PERHIMPUNAN OKU - MAJLIS PERKAHWINAN ISTIMEWA DI DATARAN MERDEKA


PERHIMPUNAN OKU - MAJLIS PERKAHWINAN ISTIMEWA DI DATARAN MERDEKA


 


Mohon sebarkan berita kepada kenalan dan mereka yang berkemampuan.


Sepasang warga emas istimewa (OKU) ingin melansungkan perkahwinan dan tidak berkemampuan. Ibu beliau sudah meninggal dunia dan ayah telah tidak tinggal serumah kerana telah kawin lain. R&D Pekida Malaysia mengajak NGO, korporat, Kerajaan dan orang ramai bergabung ambil peluang utk raikan warga emas ini, bersama teman-teman warga istimewa mereka di Dataran Merdeka dengan bantuan DBKL.


Memandangkan masa suntuk, maka JEMAAH & sahabat sekalian di minta bantu panjangkan pada kenalan utk turut membantu. Sumbangan dana dan tenaga amat di perlukan.


Untuk lebih jelas, Sila buka www.pekida.org/oku


Buka web itu samada hanya untuk melihat dan/atau download dokumen utk di print dan di edarkan (kertas kerja + kad jemputan + flier serta borang sumbangan + gambar-gambar OKU dan fakir miskin yg telah r&d tolong).


Marilah sama sama bantu...


Renungkan firman Allah ini. Ali-imran ayat 92. Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Ja


Senior

Status: Offline
Posts: 108
Date:

satu pogram berteraskan Islam sebenar, untuk umat Islam, demi Islam.........sebarkan-sebarkan berita ini...hulurkan sumbangan............tahniah rnd atas usaha ini.......Alhamdulillah.......

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

InsyaAllah akan membantu sekadar termampu...


Satu perjuangan yg mulia....


Org yg berupaya pon tak sambut majlis kt dataran merdeka...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
Sumbangan yang diperlukan


Dalam kertas kerja tu jelas...


1.    Sumbangan yang diperlukan



  • Sumbangan tunai - (untuk perbelanjaan majlis perkahwinan & perhimpunan, pengurusan Rumah Kebajikan Aishah Jahratun-nur, Bantuan Rawatan, Pendidikan & sarahidup, bantuan pembinaan tempat tinggal & pembelian kenderaan OKU dll)

  • Bantuan Peralatan majlis – kemah, kerusi meja

  • Sumbangan Kenderaan majlis – untuk mengangkut OKU dan golongan yang di raikan untuk datang ke Majlis.

  • Sumbangan Kenderaan Khusus – untuk bantuan pengangkutan harian OKU.

  • Bahan makanan - untuk majlis.

  • Makanan harian, Pakaian, perubatan, peralatan & perabut rumah – untuk rumah kebajikan.

  • Sumbangan tenaga – Pihak kami mengalu-alukan sukarelawan yang sanggup menyumbangkan tenaga untuk perlaksanaan majlis ini dan juga untuk menguruskan kebajikan OKU dan golongan resipien yang di nyatakan bagi jangkamasa panjang (sila rujuk flier yang di kepilkan).


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
Objektif


1.    Objektif


Program ini bertujuan untuk ,



  1. Menyedarkan masyarakat umum bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah sebahagian daripada ahli masyarakat dan warga negara Malaysia yang amat memerlukan perhatian dan pertolongan dari segi keperluan asas seperti makanan, pakaian serta tempat tinggal khas yang selamat dan selesa. Mereka harus diberi peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kerjaya, pendidikan, kerohanian dan kesihatan.

  2. OKU juga harus diberi peluang dalam menikmati kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta mempunyai hak tertentu sebagai warganegara yang dilindungi.

  3. Untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan OKU tidak sekali-kali dipinggirkan oleh Kementerian dan jabatan kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bahkan turut mendapat perhatian dan bantuan melalui kerjasama kerajaan dengan pihak swasta dan masyarakat keseluruhannya.

  4. Program ini akan menjadi satu platform kebajikan di mana sumbangan berupa dana, aset, idea dan tenaga yang diberi dapat disalurkan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan amat memerlukan bantuan ini.  Lebihan sumbangan dari perbelanjaan pengurusan majlis ini akan di salurkan untuk usaha kebajikan jangka panjang seperti berikut,

i)                  Menghulurkan sumbangan dan cenderahati kepada golongan istimewa yang hadir.


ii)                Membiayai pengurusan dan sarana RUMAH KEBAJIKAN AISHAH (JAHRATUN-NUR) di Hulu Langat (rujuk gambar di lampiran)


iii)             Membina rumah kebajikan baru di Pinggiran Putra, Putrajaya dan Johor Baru bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.


iv)              Mengumpul dana untuk rancangan bantuan yang berterusan bagi keperluan sarahidup diri & keluarga, peluang kerjaya, rawatan kesihatan, keperluan pendidikan / motivasi dan dana pengurusan rumah kebajikan OKU, anak yatim, warga Emas dan Ibu tunggal yang semakin meningkat.


v)                Membantu pembinaan rumah seorang OKU di Kelang yang tidak berlantai dan berdinding dan telah roboh.



  1. Dari segi politik, program ini pasti dapat membuka mata, memberikan keyakinan OKU, keluarga OKU dan masyarakat umum bahawa ahli-ahli politik dan kerajaan tidak pernah mengenepikan nasib OKU, warga emas, anak-anak yatim dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada ahli-ahli politik dan jabatan kerajaan yang terlibat.

  2. Dari skop perniagaan, sumbangan korporat terhadap program ini akan membuka mata ramai pihak di mana mereka akan sedar bahawa syarikat-syarikat swasta memainkan peranan penting dalam membela nasib OKU dan golongan yang kurang bernasib baik di negara Malaysia. Dengan ini, masyarakat di luar sebagai konsumer dapat merasakan bahawa ada bahgian dari segala perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk membeli produk atau perkhidmatan disalurkan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik.

  3. Program ini menuntut pihak media untuk memainkan peranan dalam membantu OKU dan mereka-mereka yang kurang bernasib baik sebagai satu medium untuk menarik minat masyarakat di dalam mahupun di luar negara supaya sedar dan tahu fungsi diri sebagai insan dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Peranan Media secara langsung dapat mambantu mengharumkan, menjaga nama baik dan imej negara, bahawa Malaysia memiliki masyarakat yang amat perihatin.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
Kesimpulan


1.    Kesimpulan


Program ini akan meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, tanpa mengira fahaman agama dan politik untuk bersatu hati dan saling tolong-menolong untuk membangun dan membela nasib OKU.


Perlaksanaan program ini akan mengurangkan perselisihan faham dan memupuk hubungan kasih sayang (sillahturrahim) sesama insan untuk membentuk sifat-sifat pemurah dan pengasih sesama insan.


Rasa kasih dan simpati kita tidak akan menyerap dan bermakna dalam diri kita selagi tidak kita buktikan dengan sama sama menghulurkan bantuan harta maupun tenaga.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:
RE: PERHIMPUNAN OKU - MAJLIS PERKAHWINAN ISTIMEWA DI DATARAN MERDEKA


Wahhhh... ini program besar ni...


terangkat ker projek ni... kalau betul gitu memang satu jasa besar r&d pada OKU dan pekida. Tentu harum nama Pekida dengan program kebajikan yang jarang di buat selama ini. Tentu bangga OKU di raikan secara khusus.


Insyaallah hamba akan sebarkan berita.



__________________
Hidup Matiku Hanya Untuk Islam.


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

menang hebat. satu idea yang bagus. semuga kita pakat pakat bantu sebarkan maklumat dan tolong cari sumbangan sedikit sebanyak. Berjaya r&d makna berjaya Pekida.


Tentu naik bendera Pekida kat majlis tu... bagi semua orang tengok yang kita ni bukan semuanya samseng jalanan yang dah tak boleh di pisah dari identiti. ... kita ni pejuang bangsa dan agama, pendakwah dan tak putus putus buat kebajikan...


tahniah r&d. saya janji akan sebarkan.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...


Harap dapat sebarkan pada rakan2 sepejabat, ketua2 jabatan, sahabat handai anda ataupun ahli keluarga. Sumbangan atau bantuan mereka itu merupaka amal jariah. Program ini bukan sekadar untuk dua pasangan memperlai OKU yang nak berkahwin itu sahaja, tetapi untuk keseluruhan OKU, anak yatim, warga tua, ibu tunggal dan lain-lain golongan kurang bernasib baik beragama Islam di seluruh Malaysia. Program ini insyaallah bakal membuka mata masyarakat tentang wujudnya golongan tersebut dan mereka juga manusia biasa yang perlukan bantuan.


Untuk makluman semua, golongan seumpama ini terutama OKU biasanya di handle oleh pertubuhan OKU yang basednya Kristian. Susah nak jumpa pertubuhan OKU yang basednya Islam. Jadi inilah yang cuba di tampilkan oleh R&D Pekida di mana Pertubuhan Warga Prihatin di wujudkan bagi menjaga kebajikan golongan tersebut.


Kalau dah based Kristian, faham2 jer la. Dah tentu dakwah ajaran Kristian yang di terapkan. Jadi kalau selalu kita dengar individu Islam terutama dalam forum ni sibuk marah atau bising kenapa umat Islam kita murtad dan memeluk agama Kristian, ini lah cara mereka. Menampilkan kebaikan agama Kristian melalui pertubuhan OKU. Jadi nak tunggu je dan tengok R&D Pekida sahaja lakukan sesuatu. Ayuh..!!!! Bantu kami selamatkan OKU2 tersebut. Mereka juga umat Islam. Jangan hanya tahu memekak sahaja. Laksanakan macamana apa yang kami lakukan.


Sebagai contoh, pertubuhan oku tersebut siap sediakan van dengan ramp utk orang cacat sebagai kemudahan orang cacat ke gereja. Tetapi bagi yang beragama Islam, untuk bersembahyang Jumaat terpaksa bersusah payah pergi sendiri tanpa bantuan. Jadi kami dalam proses mendapatkan sumbangan van oku-friendly bagi transit oarang cacat ke masjid untuk solat. Program seumpama inlah yang bakal membantu.


Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang berminat atau dapat reaksi positif dari rakan2 sepejabat, ketua2 jabatan, sahabat handai anda ataupun ahli keluarga, boleh hubungi saya, Zackbikers (012-6931005) atau abang Long Dr. Masjuki dan kami akan aturkan pegawai R&D Pekida untuk berjumpa dan uruskan segala hal berkaitan sumbangan, jemputan dan penerangan. Alhamdulillah.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

menarik..minat sangat nak jadi penyambut tetamu..tarikh 25 februari pulak tu..waktu tengah cuti....hmm..

__________________
Terus Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Terakhir....Insya Allah


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:

roger......

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

siapa yang berminat nak jadi urusetia dan penyambut tetamu harap PM kan nama penuh kpd kanda zack bikers, alamat, no k/p, no tel dan masa dan hari ingin bertugas. Kerja amal ini akan bermula dari 20 feb. secara sepenuh masa di Kajang. sesiapa saja boleh datang utk bantu kerja kerja ikut kemampuan masing masing.


Kami di rnd dan mula round da clock sejak seminggu lalu.


SIAPKAN PAKAIAN SEPERTI BERIKUT:


DRESS CODE 1:


SELUAR HITAM, KASUT HITAM, SONGKOK HITAM, TOPI HITAM PLAIN + T-SHIRT PUTIH BERKOLAR PLAIN. KALAU PERLU SARUNG KOT HITAM DI LUAR T-SHIRT.


SAMA SAJA BAGI YG PEREMPUAN KECUALI TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG.


 


DRESS CODE 2:


SELUAR HITAM, KASUT HITAM, SONGKOK HITAM (BERJALUR BAGI AHLI PEKIDA) + KEMEJA PUTIH PLAIN + TIE GELAP + KOT HITAM DI LUAR T-SHIRT.


SAMA SAJA BAGI YG PEREMPUAN KECUALI TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG.


 


DRESS CODE 3:


SELUAR HITAM, KASUT HITAM, SONGKOK HITAM (BERJALUR BAGI AHLI PEKIDA) + BAJU MELAYU HITAM PLAIN + SAMPING HITAM BUNGA PENUH BENANG EMAS (BUKAN SILVER/COPER)


BAGI YG PEREMPUAN PAKAI KAIN HITAM + BAJU PUTIH - SAMADA KURUNG ATAU KEBAYA + TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG.


 


DRESS CODE 4:


SUIT BAJU MELAYU PUTIH + KASUT HITAM, SONGKOK HITAM (BERJALUR BAGI AHLI PEKIDA) + + SAMPING HITAM BUNGA PENUH BENANG EMAS (BUKAN SILVER/COPER)


SAMA SAJA BAGI YG PEREMPUAN KECUALI TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG.


==========================================


Ajaklah seramai mungkin kengkawan, tapi daftarkan dulu. Bagi yang ada kelab motor atau kereta, ajak derang join PERHIMPUNAN AMAL di dataran merdeka dari pagi sampai kul 12 malam. anytime tak paksa. dan yg penting hulurlah seringgit dua pada tabung kebajikan OKU dan golongan yg daif ini.


Dah banyak kelab motor dan kereta yg nak join setakat ni. Mana yg tak ada kelab tapi ada kereta tak apa, kita himpun atas tiket KELAB KERETA C3. borang ada just isi jer.


DI SAMPING ITU - HARI ITU ADALAH HARI PELANCARAN DAN KUTIPAN AHLI GABUNGAN yang nak join KONVOI AMAL JELAJAH MALAYSIA bersama sama OKU selama 1 minggu ke selatan, 1 minggu utara dan 1 minggu timur. Yang ini agak besar sikit, dan akan di buat dengan kerjasama korporat seperti Petronas, telco, modenas dll. 5 motosikal orang cacat dah pun siap sedia utk ikut serta. 5 kereta org cacat pun dah ada. lebih 100 kenderaan lain dah mula mendaftar. di jangka hampir 500 kenderaan akan ikut konvoi ini... anda boleh bayangkan berapa km panjangnya, dan betapa penuh padang bila berhimpun.


tunggu risalah dan keterangan penuh tentang konvoi yg akan di adakan dalam bulan Mac 06 ini...



 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Anda dapat bayangkan betapa meriah dan gembiranya lebih 300 OKU berbaris bawah kemah di halaman bangunan galeri dan dewan library, dengan kerusi rodanya, di raikan dan di apit oleh sekurang kurangnya satu orang sihat beruniform sepanjang berada di majlis.


Ada kemungkinan MAWI dan Ras Adiba Radzi akan turut berada di situ atas tiket amal... klip video perjalanan hidup OKU sedang di siapkan....


PASTI GRANDDD...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

LUPA NAK MAKLUMKAN... SETAKAT INI semua persatuan OKU, 4 pertubuhan ibu tunggal telah menyatakan persetujuan, di samping rumah anak yatim, fakir miskin telah confirm hadir...


Nampak perhimpunan ini bukan setakat meraikan majlis kahwin OKU sajer...


silalah buka www.pekida.org/oku utk keterangan lanjut. sebarang update akan di buat di situ oleh pengarah projek, abang long Dr Masjuki.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

ALLHAMDULILAH SATU PROJEK GEMPAK AKAN BERGEGAR TAK LAMA LAGI.datang jgn tak datang kau tolong bagitahu kawan kau dan suruh dia datang bawak kekawan dia dan suruh kekawan dia datang bawak R.M LEBIH - LEBIH SIKIT OK.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 30
Date:

CAYAAAA LAH R&D...


GUA SOLUTE GILERRR...


BANGGA LAHHHH....



__________________
System Integrator,
OPENSOURCE Business Solutions,
http://www.sumberterbuka.com.my


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

Tak habis-habis RnD dengan program. Salute la. Mesti pergi ni. Program besar. Dengar cerita Siti Nurhaliza pun di jemput. Nak tengok jugak Siti Nurhaliza layan orang cacat macamana.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

suluh30 wrote:


siapa yang berminat nak jadi urusetia dan penyambut tetamu harap PM kan nama penuh kpd kanda zack bikers, alamat, no k/p, no tel dan masa dan hari ingin bertugas. Kerja amal ini akan bermula dari 20 feb. secara sepenuh masa di Kajang. sesiapa saja boleh datang utk bantu kerja kerja ikut kemampuan masing masing. Kami di rnd dan mula round da clock sejak seminggu lalu. SIAPKAN PAKAIAN SEPERTI BERIKUT: DRESS CODE 1: SELUAR HITAM, KASUT HITAM, SONGKOK HITAM, TOPI HITAM PLAIN + T-SHIRT PUTIH BERKOLAR PLAIN. KALAU PERLU SARUNG KOT HITAM DI LUAR T-SHIRT. SAMA SAJA BAGI YG PEREMPUAN KECUALI TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG.   DRESS CODE 2: SELUAR HITAM, KASUT HITAM, SONGKOK HITAM (BERJALUR BAGI AHLI PEKIDA) + KEMEJA PUTIH PLAIN + TIE GELAP + KOT HITAM DI LUAR T-SHIRT. SAMA SAJA BAGI YG PEREMPUAN KECUALI TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG.   DRESS CODE 3: SELUAR HITAM, KASUT HITAM, SONGKOK HITAM (BERJALUR BAGI AHLI PEKIDA) + BAJU MELAYU HITAM PLAIN + SAMPING HITAM BUNGA PENUH BENANG EMAS (BUKAN SILVER/COPER) BAGI YG PEREMPUAN PAKAI KAIN HITAM + BAJU PUTIH - SAMADA KURUNG ATAU KEBAYA + TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG.   DRESS CODE 4: SUIT BAJU MELAYU PUTIH + KASUT HITAM, SONGKOK HITAM (BERJALUR BAGI AHLI PEKIDA) + + SAMPING HITAM BUNGA PENUH BENANG EMAS (BUKAN SILVER/COPER) SAMA SAJA BAGI YG PEREMPUAN KECUALI TAMBAH TUDUNG HITAM BAGI YG BERTUDUNG. ========================================== Ajaklah seramai mungkin kengkawan, tapi daftarkan dulu. Bagi yang ada kelab motor atau kereta, ajak derang join PERHIMPUNAN AMAL di dataran merdeka dari pagi sampai kul 12 malam. anytime tak paksa. dan yg penting hulurlah seringgit dua pada tabung kebajikan OKU dan golongan yg daif ini. Dah banyak kelab motor dan kereta yg nak join setakat ni. Mana yg tak ada kelab tapi ada kereta tak apa, kita himpun atas tiket KELAB KERETA C3. borang ada just isi jer. DI SAMPING ITU - HARI ITU ADALAH HARI PELANCARAN DAN KUTIPAN AHLI GABUNGAN yang nak join KONVOI AMAL JELAJAH MALAYSIA bersama sama OKU selama 1 minggu ke selatan, 1 minggu utara dan 1 minggu timur. Yang ini agak besar sikit, dan akan di buat dengan kerjasama korporat seperti Petronas, telco, modenas dll. 5 motosikal orang cacat dah pun siap sedia utk ikut serta. 5 kereta org cacat pun dah ada. lebih 100 kenderaan lain dah mula mendaftar. di jangka hampir 500 kenderaan akan ikut konvoi ini... anda boleh bayangkan berapa km panjangnya, dan betapa penuh padang bila berhimpun. tunggu risalah dan keterangan penuh tentang konvoi yg akan di adakan dalam bulan Mac 06 ini...  

minat tue ada nak buat kerja amal dan saling bantu membantu tapi nak tahu juga kerja amal tue bermula jam berapa? kalau start belah malam boleh lah tapi kalau nak minta bantu untuk edarkan risalah pun boleh dah biasa buat marketing dan urusetia program.

__________________
SEMOGA FARUM INI DAPAT MENGERATKAN SIROHTULRAHIM DAN BERKONGSI ILMU UNTUK MASA DEPAN


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Ku alam wrote:


 minat tue ada nak buat kerja amal dan saling bantu membantu tapi nak tahu juga kerja amal tue bermula jam berapa? kalau start belah malam boleh lah tapi kalau nak minta bantu untuk edarkan risalah pun boleh dah biasa buat marketing dan urusetia program.


Rasanya Ku Alam akan berjumpa saya hujung minggu ni kan? Boleh berbincang dengan saya nanti.


Untuk makluman umum, sukarelawan boleh pilih masa yang terluang. Pelbagai bantuan diperlukan mengikut kemahiran masing-masing.


Contohnya, pada hujung minggu ni, ahli2 RD CLUB akan edarkan brochure tentang majlis ini di sekitar Bukit Bintang.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

zackbikers wrote:


Rasanya Ku Alam akan berjumpa saya hujung minggu ni kan? Boleh berbincang dengan saya nanti. Untuk makluman umum, sukarelawan boleh pilih masa yang terluang. Pelbagai bantuan diperlukan mengikut kemahiran masing-masing. Contohnya, pada hujung minggu ni, ahli2 RD CLUB akan edarkan brochure tentang majlis ini di sekitar Bukit Bintang.


cayalah ......


hari ahad ini ke kelab RD Club nak edar brochure.......... kat mana nak jumpa?


tak apa nanti saya call zackbikers hari jumaat petang....



__________________
SEMOGA FARUM INI DAPAT MENGERATKAN SIROHTULRAHIM DAN BERKONGSI ILMU UNTUK MASA DEPAN


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

sama sama kita doa agar majlis ni berjaya... nampak grand gak tu...


boleh gak angkat nama pekida yg dah tak elok di pandang mata ....




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

semoga berjaya

__________________
alllang


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

AdiPutra wrote:


sama sama kita doa agar majlis ni berjaya... nampak grand gak tu... boleh gak angkat nama pekida yg dah tak elok di pandang mata ....


betul tue......


tapi bukan semua ahli pekida yang buat perangai cuma segelitir yang buat tapi abih seluruh pertubuhan yang terkena sempihan....


harap masyarakat akan membuka mata yang pekida adalah pertubuhan yang membantu orang yang kurang upaya dan selarah dengan moto dan visi, misi pertubuhan.....


semoga pekida akan terus membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan perhatian...



__________________
SEMOGA FARUM INI DAPAT MENGERATKAN SIROHTULRAHIM DAN BERKONGSI ILMU UNTUK MASA DEPAN


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Howdy, this has been an excellent informative article! I definitely appreciate all of your wisdom. Thanks alot .

__________________
Prada Vitello Replica Wallets
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard