Bercakap mengenai perlumbaan bermotor, masa depan sukan ini pastinya siri perlumbaan Formula E. Sepanjang tempoh tiga tahun kewujudannya, perlumbaan Formula E menjadi semakin menarik dalam dunia perlumbaan bermotor. Ia merangkumi kemajuan, ketinggian teknologi, dan ekologi. Reka bentuk futuristik serta enjin elektrik sesuai dengan konsep perlumbaan moden.
Kesemua ciri-ciri Formula E ini telah menarik perhatian InstaForex yang merupakan antara perintis dalam bidangnya dan sentiasa memandang ke hadapan bagi memastikan hari ini sebuah masa hadapan.
InstaForex telah menjadi rakan kongsi pasukan Dragon Racing - salah satu pelopor Formula E. Pengarah Pembangunan Strategik syarikat itu, Roman Tsepelev berkata, "Seluruh konsep perlumbaan kereta elektrik memberi sebuah visi bagi masa hadapan industri ini. InstaForex sentiasa menggunakan teknologi-teknologi terkini dan sentiasa menjadi antara salah satu perintis,seperti Dragon Racing. Oleh itu kami percaya kerjasama ini merupakan sinergi yang tepat bagi kedua-dua pihak".
Pasukan Formula E Dragon Racing telah diasaskan oleh pengurus tertinggi Seagate Technologies yang memulakan sejarah permotoran pada tahun 2006 sebagai Luczo Dragon Racing. Pada bulan Mei 2007, pasukan ini membuat kemunculan buat kali pertamanya diperlumbaan legenda Indianapolis 500.
Dua tahun kemudian, pasukan ini menamatkan musim pertamanya dalam IndyCar dan dinobatkan gelaran "novice of the year". Pada masa ini, Dragon Racing beraksi dalam Formula E. Pasukan itu telah menempah kemenangan sulong dalam pusingan Formula E yang pertama setelah kemenangan Jerome d'Ambrosio di Berlin. Dua minggu selepas itu, sebuah kereta dengan jenama InstaForex tampil buat kali pertama dalam kemunculan Formula E di Moscow.
Selain InstaForex, McAfee, Microsoft, TrueCar, dan Chevrolet turut menjadi rakan kongsi Dragon Racing. Pasukan ini beribu pejabat di Los Angeles, Amerika Syarikat, dan kilangnya terletak di Donington, UK.
InstaForex dengan ikhlas mengucapkan agar Dragon Racing berjaya dan mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Formula E!
Info lanjut di https://www.instaforex.com/ms/dragon_racing