Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Berita Utama Harian Metro - SMS UGUT PEKIDA dari Geng 77


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
Berita Utama Harian Metro - SMS UGUT PEKIDA dari Geng 77


http://www.emedia.com.my/Current_News/HM/Thursday/BeritaUtama/20060504084724/Article/indexm_html


Edisi Nasional: SMS ugut Pekida

KUALA LUMPUR: Anak buah Tiger Snook, ketua Geng 77 yang didakwa ‘menjual’ nama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dipercayai menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk memusnahkan pejabat pertubuhan itu.

SMS berkenaan dikirimkan kepada seorang pemimpin kanan Pekida dipercayai kerana tidak puas hati selepas ketua mereka ditahan dalam serbuan polis di Klang, minggu lalu.

Dalam SMS itu, anak buah Tiger Snook memberi amaran kepada pemimpin kanan Pekida itu supaya tidak mencampuri urusan Geng 77 jika tidak mahu menerima padah.

SMS terbabit berbunyi: “Hang bagi tau kat ayah Lan kalau nak hidup selamat, jangan cuba nak masuk campur dalam hal (Geng) 77, lagi sekali kes 77 masuk Metro, pejabat Pekida akan kami langgar dan musnahkan, jangan bermain dengan buah 7 padah akibatnya.”

Berikutan ugutan itu, pemimpin kanan Pekida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Kes itu dirujuk ke IPPD Putrajaya untuk tindakan lanjut kerana mangsa menerima ugutan berkenaan di kawasan pentadbiran polis terbabit,” katanya.

Sementara itu, pemimpin kanan Pekida yang membuat laporan polis itu berkata, pihaknya tidak bermusuh dengan mana-mana pihak.

“Pekida bukan ditubuhkan untuk bertelingkah dengan mana-mana individu atau pihak. Kami tidak akan mengambil tindakan terburu-buru atau menyalahi undang-undang untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Pekida menyerahkan ugutan terbabit kepada polis untuk siasatan lanjut. Kami juga akan memberikan kerjasama kepada polis jika diminta berbuat demikian,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

SMS terbabit diterima selepas seorang pemimpin kanan Pekida mengeluarkan kenyataan mendakwa pertubuhan itu tidak akan menerima ahli yang bertindak samseng atau melakukan jenayah.

Selain itu, Pekida mendedahkan Tiger Snook ada ‘menjual’ nama pertubuhan berkenaan tetapi selepas mendapat tahu banyak pihak kurang senang dengan perbuatan berkenaan, dia melarikan diri ke Klang, Selangor.

Bagaimanapun, Tiger Snook bersama konco-konconya meneruskan aktiviti jenayah seperti mengugut peniaga Bumiputera serta merekrut ramai anggota baru Geng 77, terutama di kalangan remaja.

Dalam serbuan tengah malam Rabu lalu, Tiger Snook yang berusia lingkungan 20-an ditahan selepas menjadi buruan polis sejak beberapa tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan, peras ugut dan pengedaran wang palsu di sekitar Lembah Klang.

Dia ditahan bersama tiga orang kanannya dan tiga wanita dalam serbuan sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, diketuai Inspektor Hairmi Miskon kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Polis melakukan intipan beberapa minggu lalu sebelum serbuan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat, berkata Tiger Snook yang tidak mempunyai pekerjaan, dikesan bergantung hidup menerusi hasil kutipan bayaran yuran bulanan RM36 daripada setiap pengikutnya.

“Semua pengikutnya perlu membayar yuran itu setiap bulan kerana mereka sudah mengangkat sumpah dan perlu mematuhi peraturan berkenaan,” katanya.

Azizan berkata, suspek juga dikehendaki polis Kuala Lumpur kerana disyaki terbabit kes jenayah di sekitar ibu kota.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek bersama anggota kanannya melarikan diri ke Klang untuk berlindung,” katanya.

Difahamkan, suspek bersama beberapa rakannya yang masih bebas sebelum ini menubuhkan kumpulan berkenaan selepas mereka disingkirkan daripada sebuah pertubuhan yang terkenal dengan kegiatan kebajikan dan sosial.

, termasuk di utara Semenanjung dan Kuala Lumpur.

Tiger Snook juga dikatakan sering membawa senjata untuk keselamatan diri selain untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia mempunyai kuasa serta pengaruh bagi menghalang pihak berkuasa menahannya.

Selain itu, suspek memperoleh hasil daripada syarikat atau individu tertentu selepas memeras ugut mereka.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

harap abg2 dapat ambil tindakan sewajarnya supaya nama persatuan tidak terus dicemari...


dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,tentu mereka akan lari dari kelilingmu.oleh itu maafkanlah mereka(mengenai kesalahan yg mereka lakukan terhadapmu),dan pohonlah ampun bagi mereka,dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan(peperangan dan soal2 kedamaian)itu...


surah al-imran:ayat 159


AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR///


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

Kalau ketua pun umur 20-an.. ni mesti geng bebudak mude ni.. tapi berani betul diorang buat ugutan camni.. ramai sgt ke ahli diorang ni? geng baru ke, dah lama wujud ni?


terkejut gak bile baca berita ni kat harian meto pagi tadi (sebelum diorang update ngan news hari ni)..


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

DAN HENDAKLAH KAMU BERTOLONG-TOLONGAN UNTUK MEMBUAT KEBAJIKAN DAN BERTAKWA,DAN JANGANLAH KAMU BERTOLONG-TOLONGAN PADA MELAKUKAN DOSA MAKSIAT DAN PERMUSUHAN


SURAH AL-MAIDAH:AYAT 2


AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR///



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

noted along.. thanks..


Pekida bukan ditubuhkan untuk bertelingkah dengan mana-mana individu atau pihak. Kami tidak akan mengambil tindakan terburu-buru atau menyalahi undang-undang untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Pekida menyerahkan ugutan terbabit kepada polis untuk siasatan lanjut. Kami juga akan memberikan kerjasama kepada polis jika diminta berbuat demikian,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

Jahat betul mangkuk 77 ni.Dia ingat skang ni zaman jahiliah ke?Confirm tak selamat la korang...

__________________
Otol's


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

Musnahkan 77 geng penyamun....Hekeleh,nak main buah 7 plak,kang kena buah 12 sendiri mau ingatlah...Wei geng 77 sedarlah kamu sebelum kamu di sedarkan.....Nak ugut pun p lah ugut bangsa lain.Nak tunjuk Samseng plak...BENDALAH LU MAT..WAT MALU BANGSA JER..

__________________
ZUL...BLACK T.S ///TUNTUT SUMPAH


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

itu macam kalu.. kena tukar mood sket la.. tadi mood baik..


jommm! musnahkan geng penyamun tuu!



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

mereka2 ni memang sepatutnya dimusnahkan tapi perlulah dengan cara yang bijak.alhamdulilah..tindakan membuat laporan polis itulah yg sebetulnya.dah sah diorang ni memang BODOH sebab bagi mesej macam tu kan...nak langgar kita konon...sama2 kita tunggu tindakan pihak berkuasa.tak lama lagi kena angkut la diorang tu..ape yg kita nak susah2...tunggu je..


AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR///



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:

ces....geng 77 ni dia ingat dia tu kuat sangat ke nak langar dan nak musnahkan pejabat kite...kat negara kite ni ader undang undang....jangan buat malu lah geng 77 mau gaduh dgn melayu..satu bangsa...baik ko langgar dan musnahkan geng geng india sane.....ader brani kerrr..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:


along29 wrote:

mereka2 ni memang sepatutnya dimusnahkan tapi perlulah dengan cara yang bijak.alhamdulilah..tindakan membuat laporan polis itulah yg sebetulnya.dah sah diorang ni memang BODOH sebab bagi mesej macam tu kan...nak langgar kita konon...sama2 kita tunggu tindakan pihak berkuasa.tak lama lagi kena angkut la diorang tu..ape yg kita nak susah2...tunggu je..
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR///




yes itu tindakan bijak. saya amat setuju.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

hahaha...tiger snook dah mengaku kebal plak..siap pakai tangkal ribu2 ringgit lagi..nak je aku jumpe dan nasihat dia.allah maha kuasa..kebal macam mana pun mampus gak nanti..


maafkan saya terkasar bahasa


AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR///



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:

serah kan sumer tu kepada kuas tuhan :) tak elok kalau kite bermusuh kite serah kan kepada allah s.w.t :)

maafkan saya kalau ade dinatara abg² tersinggon

__________________
Ikhlas Jujur Amanah ( BERSATU ) Taatsatia ( TAAT ) Radho Barkorban Barjuang ( SRTIA ).


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:

Akum,


Teruk mereka. Tak ada kerja ke. Taubatlah..... Kita serah kepada polis  dan  berdoalah pada Tuhan Yang Maha Kuasa beri mereka bertunjuk supaya balik kepangkal jalan [ INSAF DAN TAUBAT].


Wassalam



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard